BAB 1

Romance Completed 4376

Tanggal 5 February 2010, adalah hari yang takkan dilupakan kerana ia merupakan hari pertama Oman mula menghubungi Zira.Banyak kali dicubanya namun tak juga Zira mengangkat telefon bimbitnya.Oman tidak tahu yang Zira tidak akan melayan panggilan yang tidak dikenalinya.Akhirnya Oman menghantar sms untuk mengenalkan diri pada Zira.Mungkin dia dah penat untuk menunggu panggilan yang tak dijawab langsung oleh Zira.Ditunggu-tunggu juga smsnya tadi dibalas,namun masih tidak dibalas."dah tidur agaknya dia ni"bisik hati Oman.

Esok harinya sekali lagi Oman menghantar sms pada Zira.Entah kenapa teringin benar dia mendengar kabar sahabat sejak dari tadikanya dulu.Akhirnya dibalas juga pesanan sms yang dinanti-nantikan Oman.Tersenyum lebar Oman melihat nama yang dinanti-nantikan dah pun membalas pesanan smsnya.

Sejak hari itu Oman dan Zira rapat seperti mereka di sekolah rendah dahulu.Oman dan Zira adalah rakan sejak mereka tadika hingga ke sekolah menengah.Namun Zira mendapat tawaran untuk bersekolah di sekolah teknik.Oman dan Zira tidak begitu rapat semasa mereka di sekolah menengah.Selepas tamat SPM,Zira menyambung belajar di Politeknik Sabak Bernam.Oman pula,terus bekerja.Katanya dia takut nak sambung belajar,takut kalau-kalau dia bukan nak belajar,tapi sebaliknya.Oman tak pernah mengambil tahu tentang Zira sejak masing-masing menjejakkan kaki di sekolah menengah.Tamat SPM,Oman hanya dapat tahu yang Zira belajar di Politeknik Sabak Bernam,itu pun dia mendapat tahu melalui rakan-rakan sebayanya yang lain.

Zaman persekolahan Oman dan Zira dah pun lama berlalu.Kini,Oman dan Zira masing-masing sudah bekerja.

"asslammualaikum.."oman memulakan perbualan di telefon.

"waalakummussalam..ha..oman,ada apa telefon aku malam-malam ni..?"zira menjawab,dia musykil dengan perangai kawannya yang seorang ni.Tak pernah-pernah dia begini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience