Rate

BAB 4

Mystery & Detective Completed 593

"Saya ada teka-teki. Sambung dari yang hari itu. Ecah mengeluh. Malas nak menjawab kali ini. Mesti tak logik... "Polis hari itu nak balas dendam dekat India tua tu. So, dia pancitkan motor india tua tu. India tu pun marahlah dengan polis tu. So, polis tu cakap something yang terus buat India tua tu diam. Apa yang dia cakap?" Senyap sunyi kelas itu. Kalau dalam cerita kartun, dah lama ada bunyi katak atau burung gagak nak menggambarkan betapa sunyinya kelas itu. "Tak ada siapa nak jawab?" Soal Cikgu Jahari lagi. Masih lagi sepi. "Okaylah! Jawapan dia, polis tu cakap. Sana ada angin, sini ada angin, kepala you pun ada angin, buat apa tayar ada angin." Cikgu Jahari ketawa sendiri. Melihatkan pelajarnya uang senyap tidak bereaksi ketawanya mati. Kalau kulitnya cerah, memang sah tengah merah sekarang ni. Malu... "Kepala Encik Draku pun masuk angin." Ujar Ecah perlahan.

####### Selesai waktu Sejarah, Ecah dan rakan sekelasnya sibuk mengeluarkan buku untuk ke makmal matematik untuk kelas yang seterusnya. Sewaktu Ecah melangkah keluar dari kelas, matanya bertaut dengan Encik Draku yang juga secara kebetulan baru keluar dari kelas mengikut pintu hadapan. Encik Draku tersenyum manis ke arahnya. Pergh! Cair macam coklat panas dia dibuatnya. Cool, Ecah! Cool! Ecah membalas senyuman seadanya sebelum melangkah pergi. Hai... Dalam benci suka tu ada juga. Tak tidur malamlah dia dibuatnya. Semua salah Encik Draku ! Pergi senyum dekat dia, buat apa? ####### "Fail?" Mata Ecah mula berpinar. Fail??? Hatinya menjerit. Kenapa dia mesti gagal ujian Sejarah kali ni. Sebelum ini mantap sahaja keputusan peperiksaannya. Hati jahatnya mula menyalahkan Encik Draku . "Ni semua sebab Encik Draku tak mengajar betul-betul." Hatinya mendongkol. Kerana geram, Ecah memulakan misi mengumpat dan memburuk-burukkan Encik Draku secara lebih meluas. Ish, budak ni! Tak bertaubat lagi. Patutlah gagal. Tak berkat ilmu tu. Ecah terus-terusan membenci Encik Draku . Baginya lelaki itulah punca kegagalannya. Selama dia belajar dengan Cikgu Lia, tidak pernah sekalipun dia gagal Sejarah malah dia sentiasa mendapat keputusan cemerlang. Dalam pada sibuk mengumpat itu, rasa bersalah tetap ada. Fuh... Nasib baik... Ingat hati tu dah hitam... Ecah sering melarikan diri dari Encik Draku sejak berada di tingkatan 5. Err... betul-betul melarikan diri. Alah... Lari ala-ala pecut 100 meter tu. Tak percaya? Pernah sekali, Ecah dalam perjalanan ke makmal matematik. Waktu itu, kebetulan Encik Draku keluar dari makmal sebelah. Berdesup Ecah lari meninggalkan tempat itu. Yang Encik Draku pula nampaknya perasan akan tingkah si Ecah tu. ####### Kelas 5 Maju itu sudah bising seperti pasar. Azri sebagai ketua kelas sendiri sudah tidak ambil peduli. Ini sudah masuk minggu ke dua Cikgu Jahari tidak masuk ke kelas mereka. Nurul menepuk bahu Ecah. "Kejap lagi rehat, aku rasa mesti Cikgu Jahari tak masuk kelas lagi selepas rehat nanti." Nurul memandang Ecah. "Aku rasa dia merajuk dengan kau lah." Tuduh Nurul. Ecah sudah melopong. Jari telunjuknya dihala ke wajahnya manakala Nurul mengangguk laju. "Apasal pula dia nak merajuk dengan aku?" Bengkeng Ecah. "Kau tanya, apasal? Kau tu akhir-akhir ni kan selalu lari dari dia. Sana sini kau mengumpat dia. Kau tak rasa ke yang dia mungkin tahu and terasa dengan kau plus I wonder why do you care so much about him?" Marah Nurul. "Mana ada!" Ecah membuat muka selamba. Tapi, dalam hati rasa bersalah sudah menggunung. "Kau try la pujuk dia." Ecah geleng. "Kau takut ke?" Bulat mata Ecah memandang Nurul. Hey, Nurul! Ecah ni keturunan Malim Deman... Pantang dicabar. "Kau tengok muka aku ni. Ada gaya takut ke? Pleaselah..." Matanya sudah dijulingkan ke atas. "Hang cakap berdegaq. Kalau ya, buktikan." Cabar Nurul. Ecah berdiri pantas. "Fine!" ####### Jam di tangan dikerling. Masih ada masa lagi sebelum habis rehat. Ecah sudah mundar-mandir di hadapan meja Encik Draku yang kosong dalam bilik guru itu. Rehatlah tu. Ecah buat tidak tahu sahaja jika ada guru lain yang memandang pelik. Tiba-tiba Encik Draku muncul dari belakang Ecah terus menonong duduk di mejanya. Ecah mendekat. Muka memang kawal habislah. "Bila nak masuk kelas?" Ecah bersuara mendatar. Tengok muka, ego tu memang tak boleh tarah. Encik Draku sudah pandang pelik. Kedua-dua belah keningnya dijongketkan. Akhirnya pecah juga tawanya. Entah apa yang kelakar sangat. Ecah hanya mengerutkan wajahnya. "Pukul berapa ni?" Soalan Ecah dijawab dengan soalan. Ecah senyap... Ada sepuluh minit lagi. Gelojoh sangat ke dia. Gulp! "Saya ada assignment. Tolong bagi ke kelas." Ecah menyambut kertas yang dihulurkan oleh Encik Draku . "Masuk tak?" Belum putus asa nampaknya si Ecah ni. "Masuk apa?" Ah, sudah! Masuk dah angin bendul Encik Draku ni. "Kelaslah..." Ecah mencebik. Encik Draku ketawa lagi. Tapi, dia tidak menjawab dan hanya membiarkan soalan Ecah dibawa angin. ####### Ecah menghantar pergi rakan-rakan sebiliknya pulang ke kampung dengan pandangan mata yang sayu. Sayu ke? Suka lagi adalah. 'I'm the king of the hostel. Huahuahua!' Tempik hatinya. Suka dapat counqer asrama seorang diri. Apalah Ecah ni. Dah mereng agaknya tak dapat balik cuti raya haji. Malam itu, Ecah keluar melepak di tepi air terjun kecil buatan yang menambah keindahan sekolah berasrama penuh ini. Sedang asyik termenung, Ecah merasa seram sejuk seperti ada aura kejahatan memerhatinya. Cewah! Banyaklah aura kejahatan dia. Terus Ecah berpaling. Terkejut jugalah melihat lembaga hitam sedang tersengih ke arahnya. Tersusun giginya yang putih berseri itu. "Tak balik ke?" Soal lembaga hitam itu. Ecah memicingkan mata. Lah... Encik Draku rupanya. "Tak..." Jawab Ecah ringkas. "Baguslah..." Ujar Encik Draku sebelum berlalu meninggalkan Ecah terpinga-pinga. Aik? Bagus??? 'Kau buat ku keliru wahai Encik Draku ...' Jerit hati Ecah berdrama. Drama queen betul budak ni. ####### Yahoo! Rakan-rakannya sudah balik. Apa lagi... Ecah pun mula meraih simpati mereka supaya mereka menemaninya keluar 'outing'. Mana boleh menolak permintaan Ecah yang tidak dapat balik bercuti. Kesian... "Weyh, dah lewat ni!" Ujar Rohana, rakan sebilik Ecah. Wajahnya dibalut risau. Keempat-empat mereka di dalam teksi itu juga sudah gelisah. Kalau mereka lambat, kad-kad matrik mereka yang mereka tinggalkan di pondok jaga sebelum keluar tadi akan dirampas dan mereka akan didenda! Nehi! Nehi! "Siapa warden bertugas hari ni?" Soal Nurul cemas. "Habislah kita kalau cikgu Wan yang jaga pintu." Wajah mereka semua ketakutan. Terbelit usus perut mendengar nama Cikgu Wan yang sememangnya terkenal dengan sifat garang singa betinanya itu. "Ecah... Dah nak sampai ni. Kau paling tepi, so kau keluar cepat-cepat ambil kad kitorang sekali. Barang-barang shopping serahkan pada kitorang." Ujar Syafira, juga merupakan rakan sebilik Ecah. "Beres!" Ujar Ecah bersemangat. Enjin sudah dipanaskan. Tinggal nak pecut sahaja ambil kad mereka. Matanya merenung tajam pondok jaga yang sudah semakin jelas. Tangannya menggenggam kejap pintu kereta. 3! 2! 1! Pecut!!! Gulp! Ecah brek mendadak. Alamak! Kelihatan Encik Draku berdiri di pondok jaga memegang kad-kad matrik mereka. Dia menjongketkan kening sambil menayangkan kad itu di hadapan Ecah. "Ecah! Kad kitorang!" Jerit Nurul. Mendengarkan suara Nurul itu, Ecah terus melompat tinggi, merampas kesemua kad dalam tangan Encik Draku . Memanglah kena lompat, dia pendek, Encik Draku pula tinggi lampai. Sebaik kad di dalam tangan, dia terus memecut seperti di kejar anjing. Tapi, sempat juga telinganya menangkap bunyi ketawa Encik Draku . ####### Ecah bersembunyi di sebalik pohon bonzai di tepi jalan sebaik ternampakkan Encik Draku . Lama juga dia mengendap Encik Draku di situ. Kelihatan Encik Draku seperti berwajah risau dan terbongkok-bongkok seperti mencari barang. "Hoi! Mengendap!" Sergah Nurul dari belakang. Melatah Ecah dibuatnya. Habis patah ranting pohon bonzai itu menampung tubuh Ecah yang dengan selambanya melompat ke atas pohon itu. Mengekek ketawa Nurul. "Tak guna punya kawan!" Marah Ecah. "Yang mengendap Encik Draku tu kenapa? Kau suka dia, eh..." Telunjuk Nurul di hala tepat ke wajah Ecah. Ecah menepis tangan Nurul itu. "Eiii! Tak hadap la!" Nafi Ecah. Auta je lebih tu. Padahal jantung memang dah bekerja terlebih masa setiap kali melihat senyuman Encik Draku . Ada hatilah tu... "Hmph! Tak mengaku. Kau tak suka dia... Tapi, aku rasa dia suka kau." Nurul cuba menarik minat Ecah. Ecah buat tidak tahu, pura-pura menilik kuku pendeknya itu. "Ingat tak masa study group hari tu?" "Emm..." Ecah menjawab malas. "Dia tak nampak dah kitorang. Kau sorang je yang evil tu tegur." Ujar Nurul. Nampaknya, Cikgu Jahari memang sudah terkenal dengan panggilan Evil. Ecah pun merupakan salah satu penyumbang idea untuk panggilan itu. Uisy! Banyak betul dosanya pada Encik Draku . Kalau minta ampun tujuh tahun berturut-turut pun belum tentu habis dosanya. Ecah membulatkan mata. Dia ingat sangat wajah teruja Encik Draku menegurnya. Rakan-rakannya yang lain seolah-olah tidak wujud di situ. Uik? Biar betik??? "Eh, kakak... Aishah!" Suara Encik Draku membuat Ecah dan Nurul berpaling. Satu lagi tabiat Encik Draku yang aneh. Dia ini kalau berjumpa dengan mana-mana pelajarnya, dia akan memanggil mereka kakak atau abang termasuklah Ecah. Tapi, kalau bersendiri tanpa guru lain atau faktor lain, laju sahaja nama 'Aishah' meluncur di bibirnya. "Cikgu... Buat apa tadi dekat pondok guard?" Soal Nurul mesra. Sudah terbiasa dengan panggilan kakak. "Pendrive cikgu hilang. Dah lah banyak dokumen penting dalam tu." Encik Draku menunjuk muka sedih. Matanya memandang sekilas wajah Ecah yang seperti tiada perasaan itu. Kayu betul! "Oh really? Kesian cikgu, kan Ecah?" Tersedak Ecah dengan air liurnya sendiri mendengar namanya di sebut Nurul. Bulat matanya memandang rakannya itu. "Err... A'ah. Good luck! May cikgu jumpa pendrive tu." Ujar Ecah sambil menarik tangan Nurul meninggalkan Encik Draku tanpa niat mahu menolong. Mana dia pernah ada niat baik tentang hal melibatkan Encik Draku . Jahat je niatnya. Tanduk sudah tumbuh.... ####### Ecah membaca khusyuk buku cerita Inggeris kegemarannya. Lama juga dia tercongok malam-malam di luar dewan menunggu rakan-rakannya yang sedang menduduki 'make up exam'. Terlebih baik hatilah pula sampai sanggup teman dan menunggu rakan-rakannya di luar dewan seperti patung cendana itu. Memang baik pun. Jahat dengan Encik Draku saja. Muka jahat sudah keluar.... Bunyi enjin kereta mendekat mengganggu pembacaan Ecah. Terasa mahu tercabut jantungnya. Mana tak tercabut, macam mana si Encik Draku tu boleh muncul dekat sini? Asal malam je jumpa Encik Draku , asal jumpa Encik Draku je malam... Ugh! Berkerut dahi Ecah melihat Encik Draku terjenguk-jenguk cuba melihat gerangan yang duduk tercongok seorang diri di luar dewan. Ecah menutup wajahnya dengan buku di tangan. Dia mencuri tengok reaksi Encik Draku . Kesian pula melihat Encik Draku terhendap-hendap di situ. Ecah pun buatlah perangai gilanya. Dengan senyuman yang tersangatlah lebar sampai boleh sumbat bulan sabit dalam mulut tu, Ecah melambai ke arah Encik Draku . Kan elok menyapa guru... Eh? Encik Draku datang dekatlah. "Aishah!" Tegurnya. "Buat apa sini?" "Tunggu kawan." Mendatar suaranya. Sepi... Ecah dah tidak senang duduk. Encik Draku ni pun, pergi ikut tercongok peluk tubuh bersandar pada tiang depan Ecah buat apa? 'Tak ada kerja ke Encik Draku ni?' Gerutu hati Ecah. Buntu mahu cakap apa. Idea! "Pendrive dah jumpa?" Soal Ecah pura-pura prihatin. Drama betul! Encik Draku mengangkat kening. Terharu nampak... "Tak..." Jawabnya sedih. Kesianlah pula Ecah melihat muka sedih Encik Draku . Gaya macam tak dapat hisap darah selama 1000 tahun. Eh, melampau nampak perumpamaan. (penulis: Sori... Jangan marah...) 'Apasal mamat ni tak guna hard disk je?' Soal Ecah dalam hati. "Hard disk saya rosak." Ecah membulatkan mata. Encik Draku ni boleh baca hati orang ke apa ni? "Nak tolong ke?" Ceh! Prihatin terlebih pula Ecah ni. Wajah Encik Draku pula sudah berseri. Baru mahu membuka mulut, pengetua muncul entah dari mana, memanggil Encik Draku . Perbualan mereka tamat begitu sahaja. ####### Sekolah itu sibuk dengan deretan kereta keluar masuk mengikut pagar sekolah. Maklumlah, hari graduasi para pelajar SPM. Logiklah satu keluarga mahu menyambut. Ada yang sehingga dua ke tiga buah kereta. Bawa satu kampung agaknya. Sesi bergambar Ecah sudah selesai. Fuh... Rasa seperti artis pun ada. Ecah menghantar ibu bapanya ke pagar sekolah. Lah! Encik Draku lagi. Mana sahaja Ecah pergi mesti dia ada. Jodohlah tu. Ecah tahan ketawa melihat Encik Draku yang sudah berpeluh-peluh berdiri di tengah panas seperti tiang lampu menjaga laluan trafik. Sewaktu Ecah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapanya, Ecah perasan pandangan mata Encik Draku yang mengekorinya. Sebaik ibu bapa Ecah pergi, Ecah pun mendekati Encik Draku . Hmm... Dah ada kemajuan nampak. Selalunya Encik Draku sahaja yang sibuk menegurnya. Ini, Ecah pula yang berani mendapatkannya. "Cikgu..." Tegur Ecah. Encik Draku tersenyum manis. Pergh! Senyuman itu lagi. Tergugat iman.... "Tadi parents Ecah ke?" Ecah mengangguk. "Malam ni study?" Ecah angguk lagi. Mestilah belajar. Dah nak SPM. Nanti kandas, susah... Tak dapat masuk universiti, tak dapat kerja, tak dapat pinang anak teruna orang! Ceit! Serong punya fikiran. "Malam ni saya ada dekat kubik." Ecah angkat kening. Okay... Dia memang belajar dekat kubik. Sebelum ni pun memang macam tu. Kadang-kadang Encik Draku join sekaki. Biasalah tu. Cikgu lain pun ada. Tapi, apa perlunya beritahu Ecah yang dia ada malam ni? ####### Ecah semakin sibuk dengan persediaannya untuk menghadapi peperiksaan manakala Encik Draku pula sudah ditukarkan untuk mengajar murid tingkatan 4. Tak dapatlah mereka bertemu muka kerana kesibukan masing-masing. Dan malam di kubik itulah pertemuan akhir mereka tanpa mereka sendiri jangka. Ecah melanjutkan pelajaran di universiti manakala Encik Draku sudah berpindah sekolah. "What??? That's all?" Jerit Ira tidak puas hati. Ecah angguk. "Habis tu, kau tak try contact dia?" Soalnya lagi. Ecah mengeluh. "Nombor dia hilang masa phone aku rosak. Well, I did try to find him on the Fac. Still, tak jumpa. Tak ada jodoh dah." Ira geleng kepala. Maknanya, cerpennya kali ini tidak mempunyai penamatlah. "Habis, macam mana dengan ending dia?" Keluh Ira. Matanya masih di skrin komputer dan tangannya lincah mengetuk papan kekunci. Cerpen tentang kisah cinta pertama Ecah ini agak menarik baginya. Romantik komedi! Nanti selesai, dia akan hantar di penulisan2u. "Kau fikirlah sendiri." Ujar Ecah. Ira merengus. Ira meneruskan kerja menaipnya. Sedikit lagi. Sedikit lagi.... And..... Finish! Ira tersenyum puas. Laman penulisan2u dibuka dan karyanya dihantar. ####### Ira menggoyangkan kepalanya mengikut rentak musik sambil menunggu Ecah selesai membeli nota kuliah mereka. Amboi! Dia goyang kaki, si Ecah pula yang berpenat lelah bersesak dengan banjiran manusia dalam kedai sekangkang kera itu. Itulah untungnya dapat kawan yang baik. Eh? Ecah pula? Kesian Ecah dapat kawan yang hatinya terlebih mulia macam Ira ni. "Opocot!" Melatah Ira bila telefon samsung Corby miliknya menjerit minta dijawab. Hmm... Nombor yang tidak dikenali. Segera dia menekan butang 'answer'. "Hello... Siapa?" Amboi! Kasar betul anak dara ni. Buatnya bakal suami yang telefon, terus tak jadi kahwin. Lari bertempiaran dia dibuatnya. "Hello? Ira, ya?" Hmm... Suara serak-serak... "Hmm... Aku Ira. Kau siapa?" Isyk! Budak Ira ni memang kena hantar pergi kelas budi bahasa. Perangai kasar, tapi boleh lagi tulis cerpen. Dasyat! Macam durian pula Ira ni.. Durian? Iyalah.... Luar keras berduri, dalam lembik nak mati. "Saya rasa saya Encik Draku dalam cerpen awak. Cikgu Roslan." Ira membulatkan matanya yang sepet. Memang bakal suami yang menelefonnya, tapi bukan bakal suaminya. Bakal suami Ecah! "OH MY PRADA!!!" Jeritnya tidak percaya. ####### Kahwin juga si Ecah ni dengan Encik Draku . Yang lagi tak boleh blahnya, penamat kisah cinta Ecah dengan Encik Draku ini sebiji dengan cerpen yang ditulis Ira. Encik Draku terbaca karya si Ira dan terus merasa seperti pernah mengalami babak-babak dalam cerpen itu. Hatinya kuat mengatakan yang dia boleh bertemu semula dengan Ecah yang menghilang melalui Ira. Terus dirayunya pihak penulisan2u bagi mendapatkan nombor telefon Ira. Tapi yang Ira sakit hatinya, si Encik Draku ini dapatkan nombor telefonnya dengan cara tidak adil. Ada ke lelaki itu pergi mereka cerita bahawa dia adalah adik kepada Encik Draku yang memberontak dan melarikan diri dari rumah. Dan si Encik Draku ini amat berharap dapat memujuk semula adiknya atau si Ira ni yang kononnya telah menukar nombor telefon. Tidak pasal-pasal Ira menjadi remaja bermasalah. Aduhai.... "Ira... Thanks... Sebab kau, aku jumpa semula dengan Encik Draku aku although terkejut jugalah dia tiba-tiba masuk meminang." Ujar Ecah sambil memegang tangan Ira. Encik Draku di sisi Ecah sudah tersenyum. "Well, yeah. Credits to me. Dah jodoh korang." "Yup, all credits to you. Kalau tak sebab awak, saya takkan tahu perasaan sebenar Ecah pada saya. Selama ni dia buat bodoh je dengan saya. Ingat tak suka. Kalau bukan awak..... Takkan jumpa dia. Takkan berani masuk meminang dia dan last sekali takkan kahwin." Kini giliran Encik Draku pula berterima kasih. Ira angkat bahu. "Kalau tanpa aku pun, korang tetap kahwin. Dah jodoh ketentuan Allah. Tapi, Ecah... Satu cara kau boleh balas budi aku." Ecah dan Encik Draku saling bertukar pandang. "Nak join makan beradap. Ayam golek atas meja tu nampak sedap. And... Tu! Gulai daging tu. Bungkus banyak-banyak sikit. Nak bawa balik USM." Ketawa mereka pecah mendengar permintaan Ira. Akhirnya bersatu juga kisah cinta campur komedi Asya Aishah dan Jahari atau lebih dikenali dengan Encik Drakula ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience