Rate

BAB 3

Mystery & Detective Completed 593

Ecah sudah membuat muka bosannya. "Kau kenapa, Ecah? Selalunya kalau kelas sejarah, happy je. Ni dah macam cencorot tertelan garam ni, apa kes." Ecah mencebik mendengar kata-kata Nurul. Banyaklah dia punya cencorot. Pernah ke tengok rupa cencorot tu masa tertelan garam? Entah-entah cencorot pun si Nurul ni tak kenal. "Aku bukan apa. Dulu cikgu Lia. Best... Sekarang ni... Emph!" Ecah menunjuk tanda bagus terbalik. So lame.... "Dia suka kenakan aku. Benci!" Ecah menyuarakan rasa tidak puas hatinya. "Iyalah. Aku tengok kau seorang je yang selalu kena." Nurul memandang syiling. Dahinya berkerut seperti memikirkan sesuatu. "Hah! Jangan-jangan dia suka kau tak?" Menyembur air yang baru diminum Ecah. Mujur tak kena sesiapa. Cuma basah jugalah lantai kelas dibuatnya. "Kau cakap something yang logik boleh tak?" Marah Ecah. Tapi di mulut sahaja. Dalam hati... Dup! Dup! Dia suka aku ke??? "Hah! Tu dia buah hati hang dah mai." Ecah mengetap bibirnya melihat Nurul yang sudah tertawa. Panas! Cikgu Jahari melangkah masuk ke dalam kelas. Buku di tangannya diletakkan di atas meja. Dia berdiri di tengah kelas. "Hari ni saya tak nak terua mengajar. Saya nak bagi pilihan pada awak semua. Nak apek cina ke india tua?" Soalnya. Murid-murid dalam kelas itu sudah berbisik sesama sendiri. "Cepat!" Gesanya. Seorang murid lelaki yang agak kurus mengangkat tangan. "India tua!" Suaranya agak kuat. "Okay, semua berdiri." Arah Cikgu Jahari tiba-tiba. Lalu semua murid pun berdiri mengikut arahannya. "Siapa yang boleh jawab teka-teki saya ni, boleh duduk. Ada seorang india tua ni. Dia pergi jalan-jalan naik motor waktu malam. Tapi, motor dia tak ada lampu. Sekali ada roadblock. Polis tu tahanlah india tua tu. Masa nak saman, india tua tu cakap sesuatu pada polis itu sampai polis tu tak jadi saman. Soalannya, apa yang india tua tu cakap?" Masing-masing diam mendengar soalan cikgu Roslan. Hanya Ecah yang beria mahu menjawab. Semuanya sebab dia mahu duduk. Berkali-kali juga dia mengangkat tangannya.

"Dia bagi duit." Teka Ecah. "Nope! Itu rasuah." "Dia cakap dia ada anak bini?" "No." "Dia cakap nak pergi baiki lampulah ni..." "Pun bukan." Semua jawapan Ecah salah. Cikgu Jahari tersenyum melihat wajah masam Ecah. "So, semua surrender?" Soalnya. Semua murid mengangguk kecuali Ecah yang hanya diam memeluk tubuh. Masih dengan egonya. "Jawapannya, india tua tu cakap, encik polis, sana ada lampu, sini ada lampu. Buat apa saya pasang lampu." Ecah sudah membuat muka tidak percayanya. 'What the...' ####### "Evil juga cikgu baru kita tu, kan?" Adelia sudah memulakan sesi membuat ketupatnya.... Mengumpat... Isyk! Isyk! Isyk! Tak ada kerja betul. Ecah mengangguk laju. Setuju sangatlah dia. Dia sendiri pun dah naik geram dengan cikgu Jahari itu. Geram ke? Hmm... "Betul! Suka kenakan kita, kan?" Sampuk Nirina .
Itulah perempuan. Pantang berkumpul. Mesti mengumpat. "Sekali tengok, macam drakula pun ada." Tokok Ecah. "Drakula ?" Hampir serentak Adelia , Nirina dan Nurul bersuara. "Why?" Soal Nurul pula. Ecah menjongketkan bahunya. Malu pula mahu memberitahu sebabnya. Bukan apa, Encik Draku tu memang pandai bergaya. Tinggi... Kalau dia senyum... Fulamak... Kesannya macam kena pukau. Dan dia selalu terserempak dengan Encik Draku itu di waktu malam. Alamak! Dah tukar dari cikgu Jahari kepada Encik Draku ? Ecah tersengih. Kawannya hanya memandang pelik. "Angau apa?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience