Bab 4

Humor Completed 4313

"Izan,kau di mana sekarang?Boleh aku jumpa kau sekarang?Alah...adalah aku mahu bincang dengan kau.Okey,kalau macam tu kita jumpa di pondok sains tu tau.Okey,bye."Karissa menamatkan panggilan telefon.
Karissa menuju ke arah pondok sains.Kakinya berhenti tidak jauh dari pondok itu.Dia melihat Izan dari jauh.
"Huh!"Dia mengeluh halus.Kenangan bersama Izan masa kecil terimbas kembali.
Seorang gadis berusia lima tahun menangis teresak esak.
"Kenapa kau menangis di sini?"tanya seorang budak lelaki.
"Sa..saya hilang du.. duit."balas gadis kecil itu.
"Nah."budak lelaki itu menghulurkan 2 keping duit berwarna biru.
"Kau tak makan ke?tanya gadis itu.
"Aku sudah makan.Apa nama kau?"tanya budak lelaki itu.
"Ka..Karissa.Kau?"tanya Karissa pula.
"Izan.Mohd.Izan.Gunalah duit tu.Bila bila kau gantilah balik ya."balas Mohd.Izan sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.
Selepas kejadian itu mereka menjadi kawan rapat...
"Sedapnya aiskrim ni."kata Karissa.
"Memanglah sedap.Aku yang belanja.Kalau mahu rasa kau yang belanja,lahir anak kepada cucu kau pun aku tak merasa."omel Mohd.Izan.
"Alah.Lain kali aku belanja kau lah.Kau kan kaya. Umur kita sudah 15 tahun lah.Kau kena berfikiran matanglah Izan."seloroh Karissa.
"Yalah tu.Tunggu kepala aku pecah baru kau fikir pasal aku kan."kata Izan.
"Kau ni.Kalau kau tiada,siapa nak jadi teman aku?"tanya Karissa sambil mengelip ngelip matanya beberapa kali.
"Hantu!!"balas Mohd.Izan kemudian ketawa terbahak bahak.
Karissa mencebik..
"Aku takkan tinggalkan kaulah.Kau kan bestfriend aku"kata Mohd.Izan.
Mereka berdua tersenyum gembira..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience