Bab7

Humor Completed 4313

Karissa rasa bosan berada di dalam dorm memandangkan waktu tu dia tiada kelas.Dia bercadang untuk pergi ke pondok sains tu.
"Eh!Ada Izan lah."Kata Karissa gembira.
Mohd.Izan sedang membaca buku tanpa menyedari kehadiran Karissa.
"Izan!!"sapa Karissa dengan kuat mengalahkan pontianak.
"Eh mak kau meletup"Mohd.Izan melatah kerana disapa sebegitu.
"Hehe.Kau buat apa sini?"tanya Karissa.
Mohd.Izan membiarkan soalan Karissa sepi..
"Kau still marahkan aku ke?Alah jangan lah macam tu.Kita kan kawan."pujuk Karissa.
"Aku tak tahu pun kau dan aku ada status kawan."kata Mohd.Izan cuba untuk menguji Karissa.
"Apa main status status ni.Kau ingat ini Fac ke nak main status status."marah Karissa bengang.
Mohd.Izan tersenyum dengan ayat Karissa tadi.
"Eh!Kau senyum lah tadi.Kau dah tak marah ke?" tanya Karissa.
"Mana ada aku senyum.Kau salah nampak kut atau bulu mata kau terlampau panjang."kata Mohd.Izan berbaur sindiran.
"Kau ingat aku unta kah ada bulu mata panjang."balas Karissa.
Mohd.Izan tergeletek dengan ayat Karissa.
"Kau sedar pun yang kau ni macam unta." Mohd.Izan terus ketawa berdekah dekah macam dunia tu dia punya.
Karissa mencebik kemudian turut ketawa bersama dengan Mohd.Izan.
"Aku maafkan kau Risa.Tapi ingat,jangan buat keputusan yang melulu lagi."pesan Mohd.Izan.
"Baik tuan."balas Karissa.
Petang itu riuh dengan bunyi ketawa mereka.
Mereka berdua berdoa agar mereka kekal jadi sahabat buat selama lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience