Rate

3

Romance Series 4045

"Wei, belikan untuk aku boleh?" Aku mengedipkan mata tanda berharap.

Fadhli menggeleng lagi kepalanya buat kali yang ke lima. Aku memuncungkan mulut kehadapan. "No, no! Tetap tak boleh." Hisyhh, aku potong kepala tu bagi dah tak boleh geleng baru tahu!

"Ala, kita kan BFF. Kawan sehidup semati, beb. Takkan kau tak boleh tolong aku. Hal kecik je pun."

"Haha, kawan sehidup tu boleh. Kawan semati tu nanti aku pertimbangkan. Tapi walaupun kita BFF, kau tak boleh buat aku macam ni, sis. Parah wei, nanti kalau ada yang tengok aku beli benda tu. No, no. Parah... Parah."

Aku mematikan video call yang dibuat melalui Whatsapp. Tolong sikit pun tak boleh. Aku menjeling ke arah Lenovo X yang sudah terdampar di atas karpet ruang tamu.

Kerana mamat pondan tu, phone aku jadi mangsa keganasan aku. Sabor jelah, kau mempunyai tuan yang suka memusnahkan harta benda sendiri.

Bip bip bip flying pig. Ada dimana-mana.

Aku mengukirkan senyuman sinis apabila melihat gerangan yang menelifon aku. Ingat, dah tak nak tolong kawan.

Tekan punat hijau untuk menerima video call.

"Apa dia? Aku ingat kau dah tak nak tolong kawan sehidup saja ni." Ujar aku dengan nada sinis.

"Hmmph, yelah. Kau nak saiz apa?"

"24. Ada sayap. Jenama Kotex." Jawab aku ringkas dengan senyuman lebar di bibir.

"Disebabkan kau, maruah aku jatuh." Fadhli memasamkan muka.

Fadhli menamatkan video call.

Jari aku mula menari di atas keyboard phone untuk hantar mesej, ucapan terima kasih kat Fadhli.

Sorry Fadhli. Lepas balik sekolah je, terus aku kacau dia suh beli ehem ehem. Nak buat macam mana. Minyak motor habis, kedai pulak jauh nak jalan kaki. Nak minta tolong, tak ada sesiapa kat dalam rumah. Lagipun tengah Urgent ni.

(TT)

Fadhli POV

Kereta yang aku bawa, meluncur laju di atas jalan raya. Spoillah minah berok tu. Macam-macam hal! Suka sangat menyusahkan aku.

Sesampai sahaja kereta Myvi berwarna hitam di hadapan pasaraya Tesco, aku keluar dari kereta dengan langkah penuh macho.

Semua mata memandang ke arah aku. Aku menjeling tajam ke arah mereka. Yang bangla-bangla ni sibuk pandang aku asal? Mana perempuan pergi? Semuanya mak-mak. Hmm...

Troli diambil lalu aku tolak masuk ke dalam tesco. Langkah dibawa ke rak/laluan bahagian wanita. Aku menelan air liur kasar apabila melihat deretan plastik ehem ehem tu. Amboi, macam-macam harga dan jenama ada.

Last time aku jenguk kat tempat ni masa umur 13 tahun. Sekarang ni dah umur 17 tahun. Hampir 4 tahun aku tak singgah kat laluan ni.

Saiz dan jenama yang dipesan oleh minah berok itu aku ambil lalu diteliti luarnya. Aku menggaru kepala yang tidak gatal, melihat benda-benda mengarut yang dipaparkan disitu.

Macam mana aku nak cari yang ada sayap? Tak sangka ehem ehem pun boleh terbang.

Argh, ambil jelah yang mana-mana pun. Lantak dialah nak pakai yang mana.

Aku berjalan ke arah kaunter untuk membuat bayaran. Troli besar kedabak, barang hanya satu. Dahlah barang tu sangatlah menggelikan dan memalukan. Apa lah nasib aku?

Penjaga kaunter tersenyum malu memandang aku. Mata nya dilirikkan ke arah barang itu pula.

"Kak, tolong cepat sikit. Saya tak ada masa nak layan drama lirikan mata kat sini pula." Tutur aku dengan senyuman yang dibuat-buat.

Seorang perempuan cina di belakang, menepuk bahu aku lembut. Aku menoleh ke arahnya dengan pandangan Kau.Nak.Apa?

"Beli untuk girlfriend ha?" Aku menggangguk dengan teragak-agak. Anggukan aku terus disambut sengihan muka babun dari makcik-makcik di belakang.

Ya Allah, agaknya apa yang diorang fikir ni?

Selesai saja membuat bayaran, aku berjalan dengan laju keluar dari pasaraya tesco lalu memboloskan diri di dalam kereta. Ini semua mengarut! Tunggu kau minah berok. Kau dah menjatuhkan air muka aku. Bukan setakat air malah dengan muka-muka sekali cair ke atas lantai lalu di mop oleh makcik cleaner.

??

"Sakitlah bodoh!" Aku menjerit kesakitan apabila Fadhli menepuk muka aku dengan bantal gebu. Aduhhh, dahlah bantalnya bau busuk. Alahai!

"Balasan! Balasan sebab kau dah jatuhkan air muka aku!" Fadhli memberontak dengan bantal busuknya.

"Cibai kau! Ambik ni!!! Tendangan Altraman X!" Aku memberi tendangan padu penuh tenaga ke arah perut Fadhli.

Fadhli mengelak lalu dipegangnya kaki aku. Aku melopong besar apabila dia sudah membuat siku silatnya. "Please, ehek ehek. Jangan buat aku macam ni. Aku janji akan bayar balik air muka kau yang dah jatuh tu."

Rayu aku dengan tangan kedua-dua belah menggenggam antara satu sama lain. Fadhli melepaskan kaki aku, badan aku terus hilang imbangan lalu jatuh menyembah karpet yang ibu aku beli dari bangla islam.

"Hmm, apa yang kau boleh buat? Biar aku fikir. Peluang ni tak boleh dilepaskan atau digunakan untuk benda-benda yang tak berfaedah."
Fadhli berfikir sambil tangannya mengurut-urut dagu.

Aku memandangnya dengan perasaan geram. Mahu sahaja ditarik-tarik rambut lebat Fadhli tu, biar tercabut pastu jadi botak.

Namun keinginan itu aku simpan jauh di dalam lubuk hati. Ingat Wani, Fadhli tu dah tolong belikan ehem ehem untuk kau. Kalau dia tak belikan, memang mereputlah kau kat dalam rumah ni.

background MUSIC

BOOMBAYAH BY BLACK PINK

Sudah tamatlah bab 3 ini. InsyaAllah, ada masa Chek update na. Sayang korang, muahhh!!!??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience