Rate

4

Romance Series 4045

Taulah aku ni bukan sesiapa bagi kau... 'Fadhli'

Kenapa dia emo sangat harini... 'Wani'

______________________________

Keesokan harinya, aku hanya berjalan kaki untuk ke SMK Bukit Sentosa yang tidak jauh dari rumah aku. Sosok tubuh seorang budak lelaki sedang mengayuh basikal dihadapan, aku pandang dengan mata yang bersinar-sinar.

Allahu! Bidadara dah turun dari langit dengan basikalnya! Diorak langkah dengan laju, lalu belakang basikalnya aku tarik. Serta merta dia memberhentikan kayuhan.

Fuhhh, nasib baik kau tak kayuh laju-laju. Kalau tak, memang reputlah tulang temulang kaki aku kejar kau.

Wajah buah hati di hadapan, aku pandang dengan penuh gembira. Tak sia-sia aku nak jalan kaki dari rumah ke sekolah.

"Asal kau tarik aku punya belakang basikal?" Pertanyaan yang keluar dari mulut lelaki itu memberhentikan lamunan yang sudah jauh melayang sampai ke Jakarta.

"Err, Raikal. Aku nak tanya pasal kerja... Kerja... Kerja rumah semalam." Nyata aku tergagap-gagap. Semalam cikgu ada beri kerja sekolah ke? Argh, hentam jelah. Harap-harap ada. Aku pun lupa. *balik rumah hantukkan kepala kat jamban*

"Mana adalah. Kau ni nyanyok ke apa?" Raikal tergelak kecil melihat riak muka aku yang berubah secara mendadak. Adehhh, malunya!

"Ouh, yeke? Haha. Aku lupa." Raikal menggeleng lalu dimulakan semula kayuhan nya yang terbantut tadi. Aku menggigit bawah bibir menahan geram. Geram dengan kebengapan diri sendiri.

??

Aku termenung jauh memandang ke arah awan yang sedang berarak di bumi. Putihnya warna awan seputih cinta kita bersama. Ecehhhh!

"Kau termenung apa tu?" Dikerling Fadhli di sebelah. Aku mengeluh kecil melihat figura itu sedang mengulang kaji Sejarah. Fadhli mendengus, ditarik helaian kertas dari buku lalu dikonyokkan masuk ke laci meja.

"Hmm, tadikan aku terserempak dengan Raikal waktu aku nak pergi sekolah."

"So?" Soal Fadhli acuh tak acuh. "Tadi kau juga yang tanya, asal aku termenung. Nilah sebabnya, aku termenung mengenangkan muka hensem Raikal tu. Tenang je raut wajah dia. Auchhh!" Diakhir kata, aku memegang jantung sendiri ibarat dikena anak panah. Haihhh, siapalah putera kayangan yang dah berjaya curi hati aku tu?

"Apa muka aku tak cukup tenang ke?"  Fadhli memandang dalam muka aku meminta jawapan.

"Err, err. Hmm. Memanglah muka kau tu tenang. Tapi cer kau fikir,dari darjah 3 sampai tingkatan 5 ni asyik jumpa muka kau je. Balik-balik muka kau. Sekolah muka kau. Kokurikulum muka kau. Naik muak kau tau." Aku bercakap dengan satu nafas sahaja. Fadhli sudah cemberut, mata diarah ke hadapan semula.

"Yelah, aku ni siapa saja bagi kau. Aku tau, mesti kau rimas tengok muka aku. Dahlah, sama kelas, duduk sebelah-sebelah, kawasan perumahan sama, lorong sama, kelab sama,permainan sama, badan uniform pun sama." Fadhli berkata dengan nada sedih. Dia bangun dari tempat duduknya lalu keluar dari kelas.

Aku menghantarnya dengan pandangan mata sahaja. Yang nak emo sangat ni pehal? Selama ni kalau aku kutuk dia, mesti dia bash balik. Tapi ni,... Arghhh, serabut aku layan dia, mengada mengalahkan perempuan.

??

Badan dihempas ke atas katil, penatnya sekolah harini. Sakit seluruh badan aku masih belum hilang walaupun sudah membusukkan tilam selama setengah jam.

Aku masuk ke dalam bilik mandi dengan tuala disangkut di bahu. Setelah selama satu jam aku berendam didalam tab mandi, aku keluar dari bilik mandi dengan berkemban.

Aku memakai t-shirt lengan pendek berwarna kelabu dan seluar pendek paras lutut polkadot berwarna hitam. Nak pakai lawa-lawa pun buat apa? Duduk rumah saja.

"Kak, dah solat?" Soal Zafriel yang secara tiba-tiba sahaja sudah berdiri tegak di hadapan pintu bilik tidur aku.

"Hehehe, bendera red." Aku tersengih kepada adik lelaki yang tersayang. Zafriel mengangguk perlahan lalu dia hilang dari pandangan aku.

Inilah yang istimewanya tentang adik aku ni, dia ni terlampau caring dekat aku sampaikan kawan-kawan dia ingat aku ni girlfriend dia. Bukan macam adik aku yang sorang tu, melayan laki tak habis-habis.

Aku keluar dari bilik tidur sambil menyanyi kecil. Terlihat figura yang sedang membasuh pinggan di dapur. Figura yang amat aku kenal dan aku amat merinduinya. "Ibu!" Aku memeluk ibu dari belakang.

Gembiranya bukan kepalang apabila melihat ibu sudah balik ke rumah.

Aku menutup novel yang dibeli Fadhli sempena hari jadi aku yang ke 16. Ya Allah, boring sungguh jalan ceritanya. Aku tau, mesti jalannya tersangatlah klise dan melayu gitu.

Serik sia asyik baca jalan cerita yang sama. Jumpa, gaduh, cinta, kahwin pastu ada orang kacau. Gaduh balik, pastu baik balik. Apa ke teruk sangat cerita macam tu. Betul tak readers semua?

Lainlah macam kisah aku ni, ada jalan ceritanya tersendiri. Maklumlah author kita yang buat, mesti istimewa. Betul tak author?

Dipandang screen Lenovo X yang sedari tadi diam tanpa berkata. Asal sunyi sangat ni? Mana Fadhli dan mana 2 ekor ayam aku tu? Sejak 2 ekor ayam tu pindah sekolah, sudah dilupakan aku disini.

Aku mula mendail nombor Fadhli, handphone di bawa ke telinga. Harapnya dia angkat lah. Sangkaan aku meleset jauh apabila Fadhli menolak call aku.

Aikkk, seumur hidup aku, dia tak pernah tolak call aku. Takkan marah lagi pasal dekat dalam kelas tu, hal kecik je pun.

Aku termenung jauh mengingat kembali apa yang aku cakapkan dekat dia. Teruk sangat ke aku kutuk dia sampai merajuk cenggitu sekali?

Apa yang saya tersalah cakap? Cuba bagitau readers dan author bagitau saya.

Sweater yang disangkut di belakang pintu bilik aku sarung di badan. Tudung 2 muka aku sarung di muka. Kunci skuter aku capai lalu keluar dari rumah teres 2 tingkat itu.

Aku memandang ke arah langit, gelapnya. Betul ke tindakan aku nak pergi rumah dia ni? Memalam bebuta,keluar. Argh, lantaklah.

Motor skuter yang diparkir elok di hadapan rumah aku naik, motor itu aku bawa keluar dari perkarangan rumah menuju ke rumah dia.

Author tak tahu nak sambung apalagi. Kenapalah idea selalu datang memalam bebuta ye? Pagi2 kau tak nak datang jenguk kepala hotak aku ni. Macam2.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience