Rate

Bab 2

Romance Series 2805

Even you know me for a years or you are my bestfriends i still won't tell you anything, even one thing about myself cause i'm just a private person. So, please don't talk like you know everything about me girl -f??

*****

"Korang! keluar nak tak ?" Haura melentokkan kepalanya pada bahu Naira. Tetapi ditepis oleh gadis itu.

"Uish, ganas sangat lah kau ni." Aku menegur perbuatan Naira.

"Dia ni mengada nak lentok lentok dekat orang pulak. Pergi lentok dekat Fathira sana." Naira beralih duduk di sebelah aku.

"Kau takpe kau. Aku ingat kau buat aku macam ni. Aku taknak kawan kau." Haura membuat suara gedik plus mengada.

"Nak keluar pergi mana ? Dah malam lah ni." Fathira yang diam sedari tadi bersuara.

"Pergi taman yang ada tasik tu nak tak ?" Haura memberi cadangan.

"Alah kau, nak pergi tempat macam tu kau tu dahlah penakut lepastu nak balik cepat cepat. Lepastu nanti dua orang ni duduk sendu sendu tepi tasik, menangis. Dah tu aku jugak yang kena memujuknya." Aku membantah awal awal lagi cadangan Haura.

"Alah, kau kena faham aku ni tak boleh lah sunyi sunyi macam tu. Aku mudah menangis."

Haih, dia ni lah yang paling cepat touching, senang betul terasa.

"Entah, aku tak macam kau. Hati batu, takde perasaan." Naira membalas.

"Iyalah, korang ajelah yang ada hati, yang hati lembut. Aku ni takde hati, takde perasaan, hati batu. Aku jadi macam ni pun sebab korang lah."

Walaupun aku dah bagi hint paling jelas tapi percaya cakap aku yang diaorang tak akan faham.

"Apa pulak sebab aku. Kau tu yang takde perasaan, asyik nak gembira je. Sometimes, kau kena lah jugak menangis." Naira menidakkan kata kata ku.

Kan aku dah cakap. Diaorang tak akan faham punya. Diaorang ni, semua benda kena straight to the point tak boleh berlapis.

"Iya, Haura iya. Kau betul." Aku mengalah.

"Wah, bukan senang ye seorang Fakhira Medina nak mengalah. Untuk pertama kalinya dia mengalah dahlah mengalah dengan Haura pulak tu." Fathira menyindir.

"Tolong, aku terasa." Aku melayan sindiran Naira.

"Ish, jomlah nak pergi ke tak ?" Haura masih lagi mengajak.

"Ish, jomlah kau ni !" Naira sudah mula berdiri. Diikuti oleh aku, Fathira dan akhirnya Haura.

******

"Kenapa ramai sangat orang malam ni ?" Aku menyoal sambil mata melihat orang yang berada di sekeliling aku.

"Alah kau ni, ramai tak adalah bahaya sangat. Sekurang kurangnya ada orang daripada ada 'benda' tu." Haura membalas pertanyaanku.

Pap!

Terus aku menampar mulut Haura. Ha, itu makan dia! Cakap mengarut lagi.

"Alah tak bestlah. Aku baru nak pasang lagu lepastu kita nyanyi macam kita selalu buat dulu. Dahlah nak keluar macam ni selalu susah. Asyik sibuk je." Naira bersuara tidak puas hati.

I know you, you're like this
And when sh*t doesn't go your way you needed me to fix it
Like me i did
But i ran out of every reason
Now suddenly you're asking for it back
Could you tell me where'd you get the nerve
Yeah, you could say all that we had
But i don't really care how bad it hurt

"When you broke me first! You broke me ...." Lagu yang dipasang oleh Naira aku tutup menyebabkan mereka terus berhenti menyanyi. dan disebabkan itu aku menerima pandangan tajam daripada mereka.

Belum sempat aku membuka mulut untuk bagitahu perkara sebenar diaorang dah potong.

"Apa kau ni !"

"Aku tahu kau nak cakap 'berhenti nyanyi suara korang macam katak panggil hujan'. Please for once just let me sing this song so wrap me in plastic and make me shine ...."

"Bukan bongok." Aku mengetuk kepala Naira.

"Dah tu ?" Naira menaikkan keningnya.

Aku memuncungkan bibir menunjuk  ke arah Haura yang sedang menangis.

"Kenapa ?" Fathira berbisik.

"As always."

"Alah kau ni macam tak biasa, teringat kenangan lama. Dah jom ah balik." Fathira mula berdiri dan diikuti oleh Naira.

Mereka berjalan beriringan mengejar langkah Haura yang sudah jauh ke depan. Inilah sebab dia aku taknak datang tasik malam malam dia jadi macam ni lah. Dari pada bising macam duduk dekat kelab malam boleh senyap macam dekat tanah perkuburan.

Dan aku masih lagi duduk di sini, keseorangan macam yang aku mahu. Aku memejam mata seketika menghirup udara malam dan tiba tiba aku dengar suara orang bercakap.

Tak dia bukan bercakap berdua, maksud aku bukan bercakap dengan seseorang atau lebih tepat dia sedang bercakap dengan aku. Dan aku dapat dapat rasa ada seseorang dekat belakang aku. Tiba tiba roma aku berdiri tegak tetapi mata masih lagi aku pejam. Jantung tiba tiba berdegup laju.

Ini bukan lagi menghirup udara malam ini dah jadi hirup aura ketakutan dah ni.

Macam mana kalau aku buka mata lepastu ada 'benda' dan bukanya orang. Ah, ni semua salah Haura! Dia lah ni cakap macam tu tadi. Aku dah bersiap siap nak cabut lari tetapi dia bersuara.

"Balik. Tapi jangan balik rumah terus." Suara garau itu berkata dan terus senyap.

Tak asal pelik sangat pesananya, balik rumah tapi jangan balik terus, dah tu nak suruh aku duduk berkelah tepi jalan ?

Lepas aku yakin itu ialah orang aku mencelikkan mata kembali. Aku pusing belakang, tapi tak ada sesiapa. Orang yang lalu belakang aku pun tak ada.
Dan itu buatkan aku kembali takut, jantung berdegup laju.

Please cakap dekat aku yang itu orang, tapi mana ada orang woi ! Takkanlah hantu boleh cakap, suara garau pulak tu. Seksi betul hantu sekarang. Eh, hahahahaha.

Aku cepat cepat bangun dari duduk dan terus lari ke arah Fathira yang sedang melambai.

"Balik sekarang tapi jangan balik terus, apa hantu seksi tu nak cakap sebenarnya ? Eh pening lah aku." Aku bermonolog sendirian. Dan sewaktu aku melintasi seorang lelaki berhoodie hitam aku dengar suara macam, dia ketawa ?

Argh, abaikan lelaki berhoodie hitam tadi, sekarang masalah paling besar ialah aku perlu dengar bebelan daripada Haura, Naira dengan Fathira.

"Kau ni, buat apa hah dekat sana! Dah lah tadi ada benda hitam duduk belakang kau. Ish, jomlah balik!" Sampai sahaja aku di hadapan mereka Naira terus membuka mulut.

Benda hitam ? Weh, apa ?!

Tanpa banyak kata, aku terus membuka pintu di bahagian pemandu. Aku lah yang kena drive kalau malam malam macam ni. Selalunya dia yang drive, tapi entah nyanyuk apa dia tertinggal cermin mata dia. Dah tu aku yang kena ganti dia.

Sebaik sahaja kereta selamat berada di atas jalan raya, kata kata lelaki tadi  bermain di minda.

Apa maksud dia jangan balik terus ? Ada orang stalk aku ke ? Kalau betul pun macam mana dia tahu ? Dia ni saja nak suruh aku main teka teki.

"Hoi, bawak kereta elok elok lah. Mengelamun pula!" Fathira yang berada di sebelah menepuk lenganku.

Terus aku kembali ke alam realiti. Sebaik sahaja ternampak kedai 7E, terus aku memberi signal dan berhenti di bahu jalan.

"Eh, kenapa berhenti pulak ni ?" Naira yang berada di belakang menyoal hairan.

"Aku nak pergi beli topup kejap. Ada nak kirim apa apa ?" Dompet dan telefon yang berada di atas dashboard aku ambil.

"Aku nak aiskrim. Macam biasa." Setelah beberapa saat soalan aku dibiarkan sepi akhirnya Naira menjawab pertanyaanku.

"Aku pun nak askrim juga." Haura yang diam sedari tadi bersuara.

"Aku pun."

Tanpa banyak kata, aku terus keluar dari perut kereta dan berjalan ke kedai 7E.

Aku tak tahu sama ada aku memang dengar cakap lelaki tadi untuk jangan balik rumah terus ataupun aku sebenarnya takut dengan apa yang aku nampak tadi.

Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam kedai tersebut, aku terus menapak ke arah rak makanan. Tadi aku cakap nak beli topup je kan ? Tapi itulah godaan makanan lebih hebat. Perempuan.

Pelbagai jenis makanan ringan aku ambil, seterusnya aku berpusing ke belakang di mana terletaknya rak yang menempatkan pelbagai jenis roti.

Aku mengeluh perlahan sebaik melihat banyak jenis roti 7Days berbanding roti Gardenia. Dua plastik roti coklat Gardenia aku ambil dan dimasukkan ke dalam bakul.

Bukan aku je kan yang prefer roti Gardenia daripada 7 Days ? Dahlah mahal tak sedap pulak tu, dia punya inti tu haih, aku taknak cakap tapi yang faham tu faham lah.

Dan terakhir aku melangkah ke Freezer Aiskrim. Malam malam makan aiskrim, aku tak tahu nak cakap apa. 3 jenis Aiskrim Magnum aku ambil. Usai memilih aku bergerak ke kaunter.

Baru sahaja aku melangkah keluar dari dari 7E, hujan renyai renyai mula turun. Sebab hujan pun tak lebat aku ambil keputusan untuk berlari ke kereta. Baru beberapa langkah berjalan ....

"Argh!"

1362 W

Next chapter,

"Giving food for homeless huh?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience