Rate

Bab 1

Romance Series 2805

Don't ask people why they can't understand you even you don't understand yourself - f??

*****
Telefon bimbit yang berada di atas meja solek dicapai dan aku melangkah ke arah almari kecil di tepi katil lalu earphone yang tersimpan dibawa keluar dan disumbat pada telinga.

Tingkap aku buka seluasnya, membiarkan angin malam masuk dan menyapa tubuh. Punggung dilabuhkan di atas katil dalam posisi bersila, telefon yang dipegang sedari tadi aku hidupkan dan skrin yang tadinya gelap mula cerah.

Aplikasi spotify aku cari dan ditekan, tangan laju mencari lagu yang selalu aku dengar. Lagu Before you go nyanyian Lewis Calpadi aku tekan, seketika lagu tersebut mula kedengaran.

Aku menungkat dagu pada tingkap. Mata naik memandang taburan bintang yang bercahaya di dada langit yang hitam pekat. Tenang, dan ini apa yang aku lalukan setiap malam. Mencari ketenangan di waktu orang lain sedang tidur.

Bertemankan lagu, melihat bulan dan bintang ditambah pula dengan angin malam yang bertiup lembut sungguh mengasyikkan. Aku mula masuk ke dalam dunia aku sendiri, menyelami hati sendiri, mencari ketenangan sendiri dan menangis sendiri.

Tanpa aku sedar air mata aku mula mengalir perlahan, kerana diri ini tidak pernah orang lain fahami. Bukan kerana orang lain tidak mahu memahami tetapi kerana diri ini sendiri tidak mahu difahami oleh orang lain.

Walau bagaimapun mereka mengatakan mereka faham apa yang kau rasa, apa yang kau lalui tetap tidak akan sama dengan cara kau fahami diri sendiri. Kerana yang laluinya kau, yang rasa kesakitan itu kau dan hanya kau yang tahu betapa strugglenya kau untuk ada di mana kau berada sekarang.

Keep sadness for the night. Why in the middle night ? Cause only that times that i can be the real me. Only that time i can cry, i can find relaxing and for sure i find myself. Cause i don't need to pretend anymore.

Jam yang tergantung di dinding aku pandang sekilas, 10.45. Air mata aku kesat menggunakan hujung baju, earphone aku cabut dan disimpan semula di dalam laci. Aku bangun daripada duduk untuk menutup suis lampu dan ketika itulah aku terdengar jeritan daripada Fathira dan Naira.

Aku mengeluh perlahan. Gaduh lagi.

Suis lampu aku tutup dan aku melangkah keluar dari bilik. Anak tangga dipijak satu persatu untuk turun ke ruang tamu. Lampu terbukak, kipas tak tutup, bantal berselerak, televisyen dibiarkan terpasang, plastik makanan ringan penuh atas meja.

Inilah keadaan rumah kalau hujung minggu.

"Fathira! Kenapa kau makan aku punya keropok ?" Dari ruang tamu aku sudah mendengar suara Naira yang menjerit menuduh Fathira.

"Bila hah ? Aku tak sentuh pun lah makanan kau." Fathira menafikan tuduhan Naira.

"Habistu plastik keropok tu siapa punya ?"

"Tu Fakhira punya lah !"

Aku memandang Haura yang elok bersila di atas sofa sedang menonton K-Drama. Haih, dia ni paling tenang, orang bergaduh terpekik terlolong pun dia boleh lagi makan keropok sambil tengok drama.

"Kau makan dia punya kan ?" Walaupun aku tak tengok dia yang makan tapi aku tahu, dia je yang selalu buat macam tu tapi tak pernah kantoi dengan Naira.

Dia sengih tidak bersalah.

"Haih, kau ni. Asyik makan orang punya je, pergi lah beli sendiri." Sambil bercakap aku mengambil plastik keropok, isinya aku masukkan ke dalam mulut.

"Talking with mirror huh ?" Dia menjeling aku. Aku tersengih janggal.

Baru sahaja aku mahu meletakkan plastik keropok di atas meja suara Naira memetir. Laju dia berlari ke arah aku.

"Eh, eh bukan aku yang makan lah." Aku berkata apabila Naira memandang aku tajam.

"Haih, apa nak jadi lah kau ni Fakhira.
Sudah lah makan tak kemas, habis berselerak rumah, aku jugak yang kena kemas semua ni." Haura berpura pura mengemas, bantal yang berselerak tadi di susun kembali di atas sofa.

Ceh, itulah ajelah benda yang akan dia buat kalau penipuan hampir terbongkar.

Aku memandangnya sinis. Haura menggeleng supaya aku tak cakap perkara sebenar tapi aku hanya beri senyuman mengejek.

"Haura, Kalau lah rajin kau ni tak palsu kan elok ? Naira kau nak tahu tak ..." Belum sempat aku menghabiskan ayat suara Fathira memetir.

"Haura Nadiha !! Kau cakap apa hah dekat Naira ?!" Matanya tajam memandang Haura.

"Tak, mana ada aku cakap apa apa. Erk, aku mengantuk lah, aku naik tidur dulu." Dia berpura pura menguap. Aku hanya melihat lakonan kayu Haura. Dia ni kalau berlakon, confirm kena kecam sebab kayu sangat.

Aku duduk kembali di atas sofa. Bantal dipeluk erat, mata masih fokus memandang budak tiga orang yang masih lagi bergaduh sebab cari siapa yang makan keropok Naira.

Dengar macam tak logik kan ? Tapi percaya lah cakap aku, perempuan boleh bergaduh sebab makanan. Tapi tak adalah bergaduh sampai tarik tudung macam yang selalu viral tu, cuma gaduh gaduh manja je. Contohnya macam apa yang sedang berlaku sekarang ni.

"Tak kau ni dari mana ?" Aku memandang Fathira pelik.

"Aku dalam tandas tadi, lepastu si Naira ni duk marah aku cakap aku makan keropok dia. Apa ke gilanya aku nak makan dia sedangkan aku duduk dalam tandas. Nak membuang pun tak senang lah." Fathira berpeluk tubuh. Kononya merajuk.

"Euw, geli lah gila !"

"Ergh, pengotor lah kau !"

Aku dan Naira mempamerkan riak geli.

"Dah tu, siapa yang makan aku punya ?!" Naira masih lagi tidak berpuas hati.

"Ergh, tak habis lagi ke gila ?" Fathira melabuhkan duduk di sebelahku.

"Tak. Bukan satu aje tau dia makan. Dah banyak kali dah, setiap kali aku beli keropok tu mesti esoknya tak ada satu atau dua plastik. Takkanlah toyol pulak ambil ? Ke hantu ?" Naira sudah mula melalut.

"Nak tahu ke siapa ?" Aku memandang Haura di sebelah.

"Tak payah cakap, aku dah tahu, mesti Fathira kan ?" Dan dia tidak habis habis menuduh Fathira.

"Kau ni, berapa kali aku nak cakap bukan aku ! Sudahlah makanan aje pun, bukanya duit ataupun barang kemas pun kan ?" Fathira membalas kembali.

"Hei, makanan tu aku beli guna apa ? Air liur ? Tak, aku guna duit jugak kan, kalau sekali aku boleh terima lah jugak, ini tak berkali kali. Kau tahu tak, sebab makanan pun boleh perempuan boleh bergaduh kan ?" Diaorang saling berbalas pandangan.

Sungguh, aku tak tahu nak cakap apa lagi dekat dua ekor ni. Tak reti nak mengalah langsung.

"Ish, sudahlah. Naira, yang selalu makan makanan kau tu bukanya Fathira. Tapi dia ni ..." aku menunding jari ke arah Haura yang tayang muka tak bersalah dia.

"HAURA NADIHA !!!" Haura sudah bersedia untuk berlari apabila Naira sudah bangun dari duduk.

"Kenapa kau tak mengaku hah ?!"

"Dah, kau tak tanya aku ?" Dia buat muka innoncent dia dah.

"Ergh, kan dah berdosa aku tuduh Fathira melulu tadi. Eiii kau ni kan !"
Dia memandang Haura tajam.

"Kau memang selalu macam tu. Banyak sangat buat dosa dekat Fathira." Aku membela Fathira.

"Ah, kau pun sama je. Kenapa kau tak cakap dari awal lagi ?" Dia memandang aku.

"Eh, aku pun kena ? Aku dah bagitahu benda yang sebenar pun dah cukup bagus okay ?"

"Takde takde, kau minta maaf dekat aku sekarang." Fathira mempamerkan wajah ibu tiri seperti dalam sinetron ataupun cerita melayu.

"Yelah, aku minta maaf."

"Tak ikhlas betul gayanya. Suara tu biarlah sedih sikit, nampak lah jugak kau ni mengenang kebodohan diri sebab tuduh melulu. Kau dah derhaka dengan aku tahu ?!"

"Ah, melebih pulak kau !" Tangan Fathira ditepis kasar.

Aku mengurut kepala. Penat tahu tak kena layan sinetron diaorang ni hari hari. Semua drama je lebih.

"Dah lah, aku nak pergi masuk tandas balik. Tak selesai lagi hajat aku, siapa nak ikut aku, meh meh."

"Ape kau ni gila !" Naira membaling bantal yang baru sahaja disusub oleh Haura tadi.

"Tengok kau dah buat dosa lagi! Tadi baru minta maaf." Sambil berjalan sambil membebel.

"Naira! Aku baru aje kemas tadi!" Aku membaling bantal kepada Naira.

"Eh, eh elok sikit, aku yang kemas okay !" Haura bersuara.

"Alah, cakap ajelah yang kau nak main baling baling bantal dengan aku." Naira yang faham akan ajakan aku terus membalas kembali.

"Fakhira! Naira! Ergh, dua ekor ni!"

1276W

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience