Mereka mula menyusun langkah ke dalam bilik guru disiplin yang disayanginya itu.
"Err... Ada apa cikgu panggil kami?" Tanya Tazz.
"Kenapa kamu ada kat sini Tazz? Saya cuma panggil Qish sahaja."
"Tapi tadi...
"Dah, kamu boleh keluar..." Kata cikgu kepada Tazz.
Tazz keluar dalam perasaan malu. Dalam hatinya dia mula memaki Evan.
"Ada apa cikgu panggil saya?" Tanya Qish.
"Macam nilah, ibu bapa kamu telefon saya tadi dan meminta izin dari saya untuk lepaskan kamu balik."
"Balik? Kenapa perlu balik? Sekolah belum habis lagi..."
"Saya tahu... Kamu pelajar cemerlang di sekolah ini... Dan saya tahu orang seperti kamu...
"Apa salahnya saya pelajar cemerlang atau saya pelajar tercorot pun... Saya tak nak balik selagi sekolah belum habis!" Kata Qish menyekat kata-kata cikgu.
"Apa - apapun saya dah beri keizinan untuk balik. Jadi kamu boleh balik!" Tegas cikgu.
"Tidak! Saya tak nak balik!"
Secara tiba - tiba seseorang mengetuk pintu dari luar.Tanpa tidak disangka tercengang Qish dibuat.
Share this novel