Bab 8

Other Series 734

"Hei, aku rasa kita perlu ada seorang lelaki." Kata Tazz.

"Kenapa? Kau ingat kita ni lemah ke?"

"Tak lah... Kan lebih selamat kalau ada lelaki..."

"Ish kau ni... Aku dah agak! Ini yang kau akan cakap. Jom cari kawan lelaki!..."

Secara tiba - tiba seseorang melanggar Qish.

"Aduh!"

"Aku minta maaf. Aku pergi dulu..."

"Wah... Kacaknya lelaki tu... Sebiji macam artis Korea..." Kata Tazz.

"Mengarutlah... Setakat lelaki...

"Apa kata kita suruh dia join kita? " Tanpa habiskan kata - kata, Tazz menyekat.

"Amboi, sebab dia macam artis Korea, terus nak..." Kata Qish sambil menjeling Tazz.

"Hei, aku tahu kau tak minat lelaki... Jual mahal! Kau tahu tak ramai yang nakkan kau tapi kau tu jenis yang..." Tazz berfikir.

"Kau jangan cakap aku suka sama jenis..."

"Haa! Tulah yang aku nak cakap! " Jerit Tazz.

"Jahanam punya kawan!!!!!" Jerit Qish kegeraman. Qish terus mengejar kawannya yang sudah lari ketakutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience