Rate

00 | prologue

Drama Series 722

youniverse; [noun] used to indicate that a person has knowledge only of him or herself, their universe consist only of them.

| ? |

2017
NURA AMANDA, 14 TAHUN

Langkahnya terhenti di hadapan rumah banglo tiga tingkat itu.

Bunyi muzik rancak yang lantang datang dari dalam kediaman tersebut menerpa jelas di koklea telinga.

Ditambah lagi dengan pekikan dan jeritan anak-anak muda yang tidak terkira bilangannya semakin membingitkan suasana di petang hari itu.

Perlahan tangannya naik dan menolak pagar putih yang sudah semakin pudar warnanya.

Langkah diatur menuju masuk kedalam.

Di laman rumah banglo itu saja sudah berpuluh remaja yang liar menari dengan gelas minuman ditangan.

Hud jaket Nike yang dipakai ditarik ke hadapan, menutupi wajahnya yang semakin menarik perhatian ramai.

Baru saja selangkah kakinya menyentuh lantai rumah, bahu ditahan oleh seseorang.

“Kau siapa? Jangan pandai-pandai masuk rumah orang” ujar lelaki itu dengan tegas.

Tanpa amaran, tangan yang menahan bahunya ditepis kasar.

“Hands off me” balasannya membuatkan beberapa remaja lelaki yang berhampiran bersiul nakal.

Lelaki itu mendecit sinis.

“Kurang ajar. Lebih baik kau blah sebelum—”

“Calm down, Fiq. Adik aku tu” sampuk satu suara.

Mata Nura automatik mencari wajah kakaknya.

Dan apabila mata mereka bertembung, penumbuknya digenggam erat.

Batang tubuh kakaknya ditilik dari atas kebawah.

Dengan gaun singkat berwarna merah yang agak jarang dan ketat, Amaya kelihatan cantik seperti biasa.

Posisi kakaknya yang duduk diatas riba Damien, teman lelakinya yang beragama Kristian membuatkan dada Nura terasa sesak dengan pemandangan itu.

Terlalu jijik untuk dilihat.

Kakaknya kelihatan terlalu...murah.

Jikalau setahun yang lalu Amaya ialah insan paling sopan dan ayu yang pernah dia kenali, Nura sudah tidak tahu apa panggilan yang sesuai untuk gadis itu saat ini.

Gadis lagikah dia?

Tanpa berkata apa-apa, Nura meredah lautan manusia yang sudah hanyut dengan arak yang kian mempengaruhi minda dan jiwa mereka.

Tangga didaki sepantas yang mungkin menuju ke tingkat atas di mana bilik tidurnya berada.

Dia sudah terlalu penat untuk hari ini.

Rehat. Hanya itu yang dia perlukan sekarang.

Namun dia terhenti lagi apabila melihat senario yang sedang berlaku.

Dua orang lelaki sedang berhadapan sesama sendiri dan objek ditangan mereka bertukar.

Salah satu daripada mereka mengira sejumlah wang manakala yang seorang lagi menghidu bungkusan yang mengandungi serbuk berwarna putih dengan gaya yang sangat ghairah.

“Kau tak pernah kecewakan aku, Haz. Call aku, kalau kau nak lagi” ujar lelaki itu sebelum menepuk bahu Harraz dan menuruni tangga.

Harraz memasukkan bungkusan itu kedalam poket seluar jeansnya dan berpaling.

Bawah matanya yang terdapat lingkaran hitam menjejaskan rupa paras yang selama ini dibanggakan.

Tubuhnya yang kurus keding kesan daripada pengambilan dadah pelbagai jenis membuatkan keadaannya nampak sangat lemah, tidak ubah seperti mayat hidup.

Tidak dapat menahan dirinya, Nura mengetap bibir sebelum bersuara.

Tersekat-sekat suaranya, cuba mengawal perasaan yang kian bercelaru.

“Bang, dadah apa lagi yang kau ambik? Kau—”

“Kau jangan sibuklah, Manda. Ni bukan urusan kau. Aku takda ambik duit belanja kau pun kan?” bidas Harraz pantas.

Wajah adiknya ditenung tanpa perasaan.

Dia melangkah melintasi tubuh Nura sebelum menghilang disebalik dinding.

Nafas Nura semakin pendek.

Dengan perasaan yang sebal, pintu biliknya dihampiri dan dibuka luas.

Dan apa yang terhidang dihadapannya membuatkan darahnya mendidih tahap maksima.

Kesabarannya yang semakin tipis sejak tadi hilang begitu saja.

“What the hell are you doing here?! Keluar!” suaranya lantang membelah udara.

Figura seorang lelaki dan perempuan yang berpelukan kelihatan mamai dan mabuk terkial-kial melangkah keluar dari bilik itu.

Nura menolak tubuh keduanya sebelum cadar tilam ditarik kasar dan dihumban ke luar bilik.

Pintu dihempas dan tombol kunci dipusing.

Beg galasnya dibuka sebelum tubuh perlahan-lahan melorot jatuh ke lantai.

Botol arak yang ditinggalkan oleh mereka berdua tadi dipandang jijik.

Belakang tubuh tersandar lemah ke pintu sebelum tangan yang sedikit menggigil ditekup ke muka.

Lutut pula dipeluk erat dengan esakan yang semakin menggila.

'Ibu, ayah...apa yang patut Nura buat?'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience