Rate

01 | beggining

Drama Series 722

A-LITE ACADEMY, 2020

Seorang pelajar lelaki yang sederhana tinggi berlari pecut menuju ke pejabat pentadbiran akademi.

Nafasnya yang tidak teratur tidak diendahkan, malah langkahnya semakin lama semakin laju.

Masuk saja kedalam pejabat yang luas itu, pintu bilik pejabat milik guru disiplin diketuk bertalu-talu.

Beberapa orang guru yang lain sudah memandangnya hairan.

Pintu itu dikuak dari dalam.

Belum sempat Encik Zill menengkingnya, Qalief sudah bersuara.

“Amanda buat hal lagi, Encik Zill. Dah nak mati abang-abang senior tu!” nadanya tertahan-tahan.

Encik Zill menghela nafas berat.

Tubuh yang sedikit gempal tersandar pada birai pintu.

“Tunggu sini, Qalief. Cikgu nak masuk tandas” tutur Encik Zill sebelum dia menutup pintu kembali.

Terkebil-kebil Qalief dibuatnya. Biar betul cikgu ni.

“Hm...budak Amanda tu lagi? Entah bila dia berambus dari sini. Merosakkan nama baik AA betul” Cik Melissa, salah seorang pelatih di bahagian Sport Department memulakan gosip dikalangan mereka yang duduk disitu.

Sesetengah guru mengangguk, manakala yang lain pula hanya membisu dan mengabaikan perbualan itu.

Sudah biasa mereka dengari. Sebut saja nama Amanda, semua kes disiplin yang berkaitan dengan pergaduhan akan muncul dikotak fikiran masing-masing.

“Aish, tak elok cakap budak macam tu, Mel. Setahu aku sepanjang aku jadi guru dia untuk English Literature dan Theatre, dia antara student paling excellent. Cuma tulah...baran dia susah nak kawal” Puan Farhana pula cuba mempertahankan Nura.
Cik Melissa hanya mencebik sedikit sebelum menyambung tugasnya.

Qalief masih lagi termangu dihadapan pintu.

Dia sebolehnya cuba menepis sebarang tanggapan negatif dan bersetuju dengan Puan Farhana.

Tapi...
Minggu ini saja sudah tiga kali dia melapor kepada Encik Zill mengenai Nura, salah seorang seniornya dari department yang berlainan.

Kes yang sama.

Mangsa yang berbeza.

“Dekat mana gelanggang gusti tu?” soalan itu mengejutkan Qalief.

Encik Zill yang berdiri dihadapannya dengan jari yang mengelus misai melentik diatas bibir menayang wajah serius dan tegang.

Air liur ditelan gerun.

“Kafe, Encik Zill”

| ? |

Bangs rambutnya yang serabai ditiup-tiup.

Sungguh dia bosan duduk di bilik yang sama buat entah kali yang keberapa.

Disisinya, tujuh orang pelajar lelaki yang tua setahun daripadanya menundukkan kepala.

Setiap kali dia bergerak sedikit, pasti bahu mereka ternaik dengan badan yang mengejung.

Nura mengukir senyuman senget.

Nama saja jantan, pengecut bukan main.

Cari pasal lagi dengan aku, kan?
You asked for it.

Kekura tangannya dikerling sekilas.
Kemerahan dan sedikit bengkak. Jujur, dia langsung tidak kisah.

Engsel pintu berkeriut menandakan ia dibuka dari luar.

Nura menyandarkan tubuh pada kepala kerusi, cuba menyelesakan diri.

Akan ada ceramah panjang eksklusif daripada Encik Zill.

Kalau boleh dia mahu mendengarnya dengan mata yang terbuka luas, walaupun dia terlalu mengantuk dan ingin saja baring terlentang diatas sofa ini.

Encik Zill mengeluh dalam diam.

Raut wajah Nura yang nampak tenang ditatap dengan perasaan menyampah.

Perbualannya dengan pengetua akademi sebentar tadi benar-benar mengganggu benaknya.

“Amanda, Profesor Joveeana panggil ke pejabat” dengan penuh keterpaksaan dia berkata.

Wajah dipalingkan ke tingkap pejabat.

Tidak ingin lama-lama menatap wajah pembuat masalah paling tegar dalam akademi elit itu.

Kening Nura terangkat rendah.

Profesor? Interesting.

Tanpa berkata apa-apa, punggung diangkat sambil tangan mencapai beg galas hitamnya sebelum disangkut ke bahu belah kanan.

Sempat dia menjeling wajah-wajah mereka yang masih lebam dan berdarah itu sebelum keluar dari bilik pejabat Encik Zill.

Mereka tidak akan dihukum, tidak kira sama ada mereka atau dirinya ialah penyebab utama pergaduhan.

Kenapa? Kerana wang dan reputasi akademi adalah segalanya bagi pengajar di akademi ini.

Ibu bapa pelajar-pelajar yang menerima tumbukannya tadi memang amat kaya dan berharta.

Daripada dirinya didenda atau digantung atas kesalahan yang nyata dia tidak lakukan, lebih baik dia mencari sendiri alasan itu, bukan?

Sekurang-kurangnya hati terasa puas kerana dapat membela diri yang tidak pernah dibela oleh sesiapa.

Hanya kerana nama dan harta keluarga pelajar, pihak akademi sanggup membutakan mata mereka dan menyalahkan mangsa yang tidak memiliki keluarga yang berkuasa.

Yang lemah sentiasa berada di bawah tapak kaki mereka.

Pengecut dan memalukan!

Dan dia, tidak akan sesekali tunduk kepada golongan seperti ini.

Sampai dihadapan pintu bilik pejabat Prof. Joveena, Nura terhenti sejenak.

Tangan yang sudah memegang tombol pintu ditarik semula.

Hanya ada dua pilihan yang ada di dalam.

Sama ada dia digantung buat tempoh masa yang panjang atau sekaligus dibuang dari akademi ini.

Lima saat terpacak seperti kayu disitu, dia mengetuk pintu dua kali sebelum memulas tombol dan menolak daun pintu.

Kening spontan berkerut melihat siapa yang sedang berada didalam pejabat mewah bercirikan royal Inggeris itu.

Jauh nun di sana, Prof. Joveeana duduk tegak dengan kaca mata di batang hidungnya.

Manakala bahagian sofa yang lain pula sudah diduduki oleh tujuh orang pelajar yang memerhatikannya dengan pandangan terkejut.

Terselit kebencian dan rasa meluat apabila matanya bertembung dengan salah seorang daripada mereka.

Harap maklum, Nura tidak kisah. Dia sudah lali dengan pandangan sebegitu rupa.

Orang hanya tahu menilai, tapi tidak pernah mendalami.

Hujung bibir Nura ternaik sedikit sebelum dia menunduk rendah.

“I'm sorry for disturbing. I—”

“Sit down, Amanda. We're gonna have a very long conversation here. Please make yourself comfortable” Prof. Joveeana mengangkat cawan tehnya dengan tenang.

Gayanya tidak gopoh, nampak sangat sofistikated dan anggun.

Dengan usia yang sudah menginjak 50 an, Prof. Joveeana boleh dikatakan awet muda dengan rupa paras yang masih jelita dan senyuman mahalnya.

Serentak dengan itu, mata mereka yang lain kembali memanah wajah Nura yang sudah mengetap bibir.

TBC
[ 858 words ]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience