bab 1

Family Completed 1340

Perkara Yang Dihramkan Apabila Mengajak Ibu Bapa Tinggal Bersama
Sering kita mendengar kisah anak-anak meninggalkan ibu bapa di rumah kebajikan masyarakat ataupun di bawah jagaan rumah orang tua. Ini berpunca daripada kesempitan wang, bimbang keselamatan ibu bapa dan juga tidak tahan dengan karenah ibu bapa yang semakin lanjut usia. Tetapi ada juga yang berhati mulia ingin membawa ibu bapa tinggal bersama.

Bagaimanapun perlu diiingatkan, dalam keghairahan membawa ibu bapa tinggal bersama, kita sebaiknya elakkan 7 perkara ini daripada berlaku kerana bimbang niat untuk mencari syurga, akhirnya menempah neraka.

1. Rumah saya, peraturan saya.

Sudu salah letak komplen. Pinggan dicuci kurang bersih bising. Tidak ingatkah ibu bapa semakin uzur, penglihatan semakin kurang. Terimalah kekhilafan mereka seadanya. Atau kita lupa masa kecil berapa kali pecahkan pjnggan dan cawan ibu, tumpahkan nasi, ibu juga yang lapkan. Perkara Yang Dihramkan Apabila Mengajak Ibu Bapa Tinggal Bersama

2. Bantal lembik dan busuk.

Nampak macam mudah tetapi sebenarnya ramai yang abaikan. Berilah ibu bapa ruang tidur dan bantal terbaik. Ingat tak dulu masa kita lahir, ibu bapa sediakan satu set tilam dan bantal baru untuk menyambut kita?

3. Tengking anak.

Tahulah kita ada anak-anak. Mereka pula degil. Di hadapan ibu bapa ini lah nak tunjuk kuasa. Jangan. Ibu bapa yang semakin tua jiwanya sensitif. Mereka mungkin terasa kita sedang memarahi mereka, biarpun kita tidak bermaksud sebegitu. Alangkah baik, panggil anak masuk ke bilik dan nasihatkan mereka baik-baik. Ini juga salah satu teknik ‘good parenting’. Perkara Yang Dihramkan Apabila Mengajak Ibu Bapa Tinggal Bersama.

4. Membandingkan keluarga mertua.

Tetamu seharusnya diutamakan tetapi di mana-manapun ibu bapa kita adalah keutamaan. Walaupun keluarga mertua hebat dan berpangkat tinggi, tetapi semiskin atau sejahil manapun ibu bapa anda, layanilah mereka seperti raja.

5. Kikir.

Kita tidak akan jatuh muflis jika memberikan ibu bapa makanan terbaik. Berikan kepada ibu bapa, bukan hanya untuk anak dan isteri. Jemput ibu bapa makan bersama.

6. Anak jadi tuan.

Dunia akhir zaman, ibu bapa jadi pengasuh cucu-cucu. Jimat kos. Lupakah kita ibu bapa sudah mengasuh kita, berilah peluang mereka berehat. Ibu bapa tidak menolak permintaan kita bukan bermakna mereka suka. Perkara Yang Dihramkan Apabila Mengajak Ibu Bapa Tinggal Bersama

7. Merungut.

Beras cepat habis. Bil semakin tinggi. Sedarlah wahai anak-anak, ibu bapa hanya menggunakan sebahagian kecil perkara yang disebutkan tadi. Mereka bukanlah pengguna utama.

Sekiranya ada di antara anda melakukan perkara-perkara ini segeralah berubah. Mungkin anda tidak sedar dan menganggap ia perkara kecil, tetapi ia sebenarnya boleh membuatkan ibu bapa terkilan. Diharapkan senarai ini dapat memberikan sedikit input buat anda

Sekiranya terbuat seperti ini, masih sempat lg berubah, ibu bapa kita dah berkorban wang ringgit, masa dan tenaga untuk menjaga kita dari kecil hinggalah berjaya. Apa kata kita balas jasa ibu bapa dengan menjaga mereka seperti Raja baru lah hidup diberkati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience