bab 6

Family Completed 1340

Kepada perempuan di luar sana tolonglah berhenti pakai tudung bawal, tudung shawl atau apa sahaja jenis tudung yang belit dekat leher lepas tu ikat belakang sampai nampak dada dan leher. Berfesyen tidak salah tapi jangan jadikan fesyen itu fesyen yang di benci oleh Allah.

Pakai tudung brand yang mahal-mahal lagi trendy masa kini. Harga ratusan ringgit tapi bila pakai yang di belakang labuh dan yang di depan pula bagai tak cukup kain. Wahai perempuan bila pakai tudung tolonglah tutup aurat dengan sempurna.

Allah dah bagitahu dalam Al-Quran labuhkan kain tudung hingga menutupi dada dan haram hukumnya mendedahkan aurat sekalipun hanya 'bentuk aurat' kepada bukan mahram.

Sebenarnya niat kalian pakai tudung kerana Allah atau kalian pakai tudung sekadar nak ikut trend masa kini? Bak kata pepatah, "Tepuk dada tanyalah selera". Kalau niat kalian pakai tudung kerana Allah saya harap selepas ini kalian boleh melabuhkanlah kain tudung kalian hingga menutupi dada-dada kalian.

Wahai perempuan,

Kalian nak nampak cantik pada pandangan manusia atau nak nampak cantik pada pandangan Maha Pencipta? Nak raih pandangan manusia atau nak raih pandangan Allah? Bernilai sangat ke pujian manusia yang belum tentu ikhlas pada mata kamu itu?

Berhentilah dambakan perhatian dan pujian daripada manusia. Lagi-lagi daripada seorang lelaki. Kerana hidup ini yang kita mahu adalah redha Allah, bukannya perhatian dan pujian manusia.

Sedarlah bahawa kalian adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Dan di dunia ini wanita solehah tidak pernah lenyap kerana wanita solehah itu adalah kalian yang tinggi cintanya kepada Allah dan Rasulullah.

Jika tulisan saya tentang nikah, jodoh boleh viral. Saya berharap tulisan ini juga boleh viral. Silalah kongsikan tulisan ini kepada semua. Tag adik-beradik dan kawan-kawan. Semoga Allah hadirkan keikhlasan dalam kita mentaati perintah-Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience