Chapter 2

Short Story Series 310

Hari Sabtu, hari yang agak membahagiakan bagi pelajar MRSM dengan sekadar menghadiri kelas persediaan pagi dan disambung dengan aktiviti bebas. Rachel yang menyiapkan beberapa tugasannya sambil mendengar lagu. Suasana di blok akademik ketika itu agak bising kerana hari itu merupakan hari santai mereka.
"Perhatian, perhatian kepada semua pelajar. Sila berkumpul di dewan selera selepas tamat prep pagi." pengumuman daripada ahli badan wakil pelajar disambut dengan keluhan ramai pelajar.
"Niat aku baru nak jemur cadar yang aku hantar dekat dobi." ucap Grace kepada Rachel. Rachel sekadar tersenyum. Nathan yang duduk di hadapan meja Rachel berpusing dan berkata, "Rachel, kau tahu kan, Uncle Am ada suruh pergi rumah dia. Nanti ada makan-makan. Kau ajaklah siapa yang tahu identiti Uncle Am." Rachel menyahut dengan sekadar mengganggukkan kepalanya. Grace sekadar memandang Nathan kerana dia tahu tentang Sir Amir itu.
"Wei korang tahu tak, result pratikal 1 dah keluar." ujar seorang rakan mereka yang membuatkan ramai pelajar memenuhi ruangan papan kenyataan di tengah-tengah blok kelas tingkatan 4. Rachel dan Grace tidak menghiraukan mereka. Tiba-tiba Mary dan Alia datang ke meja Rachel dan Grace. Rachel memberhentikan lagu yang sedang bermain di telefon pintarnya.
"Gilalah Rachel. Powernya kau maintainkan result. Dari form 1, kau je yang dekat tempat pertama. Tak pernah ada seorang pun kalahkan kau." ujar Mary panjang.
"Itulah Mary. Kau makan apa Rachel, sampaikan boleh jadi pandai sangat. Pointer kau pun jauh dari orang yang dapat tempat kedua." sambung Alia pula.
"Aku makan apa yang korang makan, jangan risau." jawab Rachel selamba membuatkan mereka tertawa kecil.
"Dahlah, prep dah nak habis. Jom, nak berkumpul dekat dewan selera nanti." ajak Grace yang masih tertawa kecil. Rachel mengemaskan buku-bukunya dan mereka berdua menuju ke arah dewan selera tanpa menghiraukan batchmate mereka yang lain tengah sibuk dengan keputusan ujian pratikal itu.

"Hebatnya kembar kau, Rayyan. Tak sangka aku. Mesti kau pun pandai macam dia kan?" ujar Adrian. Rayyan tersenyum simple mendengar pernyataan itu.
"Rayyan mesti lah pandai kan? Kau kan dari private school." kata Aubrey yang berjalan di hadapan Rayyan dan Adrian.
"Hm, tapi aku still tak boleh kalah kan Rachel. Rafael pun tak pernah kalahkan Rachel lagi. Rafael, international student." beritahu Rayyan dengan humble. Semua mereka terkejut dengan Rayyan.

Setelah habis berkumpul, Rachel mengajak Emma, Grace dan Anna untuk menyertainya berjamuan di rumah Sir Amir.
"Datang juga anak uncle, ingatkan tak nak datang." ayat pertama keluar dari mulut Sir Amir.
"Pernah ke adik tak datang kalau makan dekat rumah uncle?" bidas Rachel manja. Rachel sangat manja dengan Sir Amir lepas pemergian mummy dan daddy nya. Rachel merupakan satu-satu saudara perempuan dalam keluarga sebelah daddy nya.
"Amboi manjanya." sindir Nathan. Rachel sekadar menjulingkan matanya ke atas. Bukan itu sahaja, dia lebih terkejut apabila melihat kehadiran Aubrey. Setahu dia, hanya Adrian yang tahu tentang uncle nya itu. "Aubrey baru tahu. Abang ajak." beritahu Rayyan. "Whatever." jawab Rachel

Habis jamuan di rumah Sir Amir, mereka pun pulang ke bilik masing-masing. Rumah Sir Amir adalah rumah warden yang terletak di hujung bangunan asrama aspura. Tiba sahaja di bilik, Rachel dan Emma terus baring di katil dan mengeluh apabila melihat roommate mereka yang lain. Anna pula ingin sambung menyiapkan tugasannya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience