Series
310
Keesokkan harinya, Rachel bangun kerana mendengar tapak kaki pelajar muslimah yang menuju ke surau lalu melihat jam di skrin telefonnya. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 5 setengah pagi. Dia pun berniat untuk menyambung tidurnya namun terbatal apabila melihat message penting dari rakannya di WhatsApp.
Ayden: Kau tahu kan aku sebilik dengan Rayyan
Rachel: Hmm
Ayden: Malam tadi aku ada dengar dia cakap kau ada seorang lagi kembar. Maksud aku, korang kembar tiga.
Rachel: Yaa
Ayden merupakan pelajar tingkatan 3 yang rapat dengan Rachel namun tiada siapa yang tahu tentang persahabatan mereka kecuali Nathan dan Emma. Rachel mengeluh untuk kali yang kelima selepas puas menenung message dari Ayden itu. Dia merasakan kehadiran Rayyan dalam sekolah itu menyebabkan identitinya sebagai pelajar misteri akan hancur. Rachel bukan sahaja menyembunyikan identiti kembar dan unclenya, malah tentang kematian mummy dan daddy nya. Rachel juga menyembunyikan identitinya sebagai cucu kepada ceo hospital haesung itu. Namun, dia harus tetap perlu merahsiakan walaupun dengan pengetua sekali.
"Rachel, pasti ke tak nak join kami main volley petang nanti." Emma meminta kepastian bilik mereka sebilik merancang untuk bermain pada waktu riadah nanti kecuali Anna dan Camelia yang menyertai program homeroom mereka.
"Aku joging petang nanti. Aku nak bersendirian." jawab Rachel lalu bangun dari meja belajarnya dan menuju ke katilnya. Setelah selesai mencuci baju dan menggosok baju sekolah, Rachel mengulang kaji pelajaran. Namun, otaknya makin serabut dan memilih untuk tidur sebelum berjoging pada waktu riadah nanti.
Tepat pukul 4 setengah, semua ahli bilik itu turun untuk beriadah termasuk Rachel yang ingin berjoging. Rachel berjoging sendirian mengeliling kawasan blok akademik dan gelanggang permainan. Rachel terserempak dengan Rayyan dan rakan-rakannya yang lain yang menuju ke arah gelanggang untuk bermain futsal. Rachel berhenti kerana ingin membiarkan mereka berjalan di hadapan terlebih dahulu. Namun Rayyan dan Aubrey menyapanya.
"Hey, what are you doing sister?" soal Rayyan.
"Bro, don't see me washing my clothes right now? What's type of question is that, stupid?" balas Rachel kasar.
"Hoho, kasarnya. Did Rafael message you last night?" tanya Rayyan.
"I'm not sure, I didn't check my Whatsapp today." jawab Rachel jujur. Ayden dan rakan-rakannya juga menuju ke arah gelanggang futsal. Rachel memandang Ayden, Ayden memandang Rachel.
"Aubrey, main futsal ke korang?" tanya Kenn membuatkan rakannya yang lain berhenti termasuk Ayden.
"Yaa, mereka yang lain sudah pergi ke gelanggang." balas Aubrey.
"Hai Rachel." sapa Theo yang merupakan rakan baik Ayden dan satu-satunya rakan Ayden yang mengetahui persahabatan mereka. "Oh hai Theo." sapa Rachel balik dan menyambung perjalanannya untuk terus ke asrama aspuri.
"Jesus, I just finished my jogging for three round and they just ruined my mood to continue my jogging?" marah hati Rachel.
Rachel kembali ke biliknya dan mencapai tuala. Dia mula dengan membasahkan rambutnya. Dia masih berfikiran jauh tentang Rayyan. "Apa niat abang untuk masukkan Rayyan ke sekolah saya?" soal hati Rachel. Dia tidak mengetahui tentang Rayyan yang berpindah dari sekolah private ke MRSM. Selesai saja mandi, dia terus mengenakan pakaian santai sebelum mengenakan pakaian prep malam. Rachel baring di katilnya sambil bermain telefonnya dan dia teringat bahawa Rayyan ada menanyakan tentang Rafael. Dia terus melihat message dari Rafael dan Justin, abang sulungnya di group chat adik beradik mereka. "Banyak sangat spam chat ni." bisik hati Rachel.
Justin, abang sulung Rachel yang berumur 26 tahun dan bekerja sebagai doktor di Hospital Haesung. Rafael pula merupakan kembar sulungnya yang belajar di Saint James International High School dan Rayyan yang merupakan kembar kedua yang sebelum ini belajar di Saint James National High School dan berpindah ke MRSM. Ayah mereka, Professor Doctor Richard Leonard yang merupakan pengarah bahagian cardialogy di Hospital Haesung. Atuk mereka pula, Doctor Leonard Patrick merupakan chairman Hospital Haesung. Ibu mereka, Doctor Rhea Raquel yang merupakan pakar bedah di Hospital Haesung. Namun itu, ketika Rachel berumur 10 tahun, mummy dan daddy nya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan bas awam dan beberapa kenderaan termasuk mereka. Kemalangan ini punca kematian mummy dan daddy mereka.
Ya, tiada siapa tahu latar belakang keluarga Rachel. Rachel merahsiakan kerana ingin merendahkan diri lebih-lebih lagi, Hospital Haesung ada membuat foundation dengan sekolahnya.
Share this novel