Bab 9

Romance Completed 1278903

Pak Leman mengajak Lisa ke dalam kawasan rumah. Tanpa tahu kegusaran hati Lisa, Pak Leman melangkah ke depan, dengan langkah yang perlahan, Lisa membontoti Pak Leman ke dalam rumah.
“Tiqah, ada tetamu ni”, Pak Leman menguatkan suara agar orang di dalam mendengar kedatangan mereka. Hati Lisa berdegup kencang, berdoakan agar dia tidak berjumpa dengan mereka yang meninggalkan cerita duka pada dirinya.
“Selepas Lisa pergi, Tuan rumah melantik satu syarikat untuk menguruskan rumah ni. Mereka cuma perlu kemaskan rumah seminggu sekali dan memotong rumput sebulan sekali. Kalau ada tetamu, biasanya syarikat akan menghantar orang untuk menguruskan makan minum mereka”, terang Pak Leman panjang lebar. Lisa di jemput masuk oleh penjaga rumah, aircond di hidupkan dan penjaga yang bernama Atiqah itu berlalu ke dapur.
“Lama Pak Leman kerja sini ya?”, Lisa bertanya kerana setahu Lisa, sudah hampir 10 tahun Pak Leman menjaga rumah agam ini.
“Betul tu Lisa, Pak Leman tak sampai hati nak menolak pelawaan Nenda Sri, sebab Pak Leman kenal mereka dah lama. Masa Pak Leman sakit dulu, mereka yang bantu Pak Leman. Jadi apa salahnya Pak Leman tolong mereka, kan? Lagi pun kerja Pak Leman senang jer, jaga rumah agam ni, pastikan semua sempurna,”, lembut suara Pak Leman selembut hatinya.
Lisa masih ingat bagaimana Pak Leman menawarkan kerja sebagai penjaga rumah agam ini kepada Lisa, sementara Lisa menunggu keputusan SPM. Pak Leman menceritakan tentang library kecil di rumah agam itu. Ya… Lisa memang hantu buku, dapat mentelaah buku, tidak makan pun boleh kenyang.
Walaupun abang Lisa mengajak Lisa untuk tinggal di Johor selepas peperiksaan tamat, Lisa sanggup tinggal lebih lama sedikit sebagai menghormati permintaan Pak Leman. Lagi pula Lisa hendak explore library yang diceritakan oleh Pak Leman itu.
Kisah pedih itu bermula selepas gadis itu menjejak kab kaki ke rumah agam ini
“Masa Pak Leman sedar Lisa dah takde tu, Pak Leman call Nenda Sri, tanya mereka kot Lisa ada minta izin utk kemana mana, tapi mereka semua tidak tahu keberadaan Lisa. Pak Leman juga call kawan kawan sekolah Lisa, mereka jugak tak tahu. Walaupun masa tu, Pak Leman rasa ada sesuatu yang tak kena, tapi Pak Leman percaya Lisa akan baik baik sahaja. Pak Leman ada pergi ke rumah orang tua Lisa, tapi mereka yang jaga rumah Lisa tu menyatakan yang mereka di upah oleh agensi oleh menjaga rumah Lisa. Mereka tak tahu contact number Lisa pun. Pak Leman solat hajat, solat taubat, berdoa bersungguh pada Allah agar Lisa selamat. Pak Leman sedih betul masa tu,” terang Pak Leman panjang lebar. Matanya berair menahan tangis. Lisa tahu Pak Leman ikhlas.
“Sekali lagi Lisa minta maaf, sungguh sungguh minta maaf, Lisa tak patut hilangkan diri begitu. Lisa tak fikir kesan pada Pak Leman,” Lisa memandang Pak Leman tepat ke mata, agar Pak Leman tahu Lisa bersungguh sungguh meminta maaf.
Pak Leman tersenyum mesra, lega dengan penjelasan Lisa. Lisa bangun menghampiri bingkai gambar yang tergantung di dinding itu. Tangannya menyentuh bingkai gambar itu. Airmatanya hampir menitis, rasa sebak itu bertandang lagi.
Dalam diam Lisa menyapu air matanya perlahan, bimbing Pak Leman tahu kewujudan air mata itu.
“Pak Leman, mereka semua sihat ya?,” Lisa masih lagi memandang bingkai gambar itu. Lima tahun dulu, bingkai gambar ini tiada di sini. Lima tahun dulu, tidak ada satu pun gambar “dia” yang mereka gantung di dinding rumah agam ini. Yang ada cuma gambar lukisan dari pelukis terkenal di seluruh dunia. Tapi gambar wajah kacak ini tergantung di sini. Yeah, Lisa ingat satu persatu wajah yang membuatkkan Lisa hamper gila. Wajah yang kacak ini yang membuatkan dia jadi bodoh. Lisa menyapu mukanya, entah kenapa, Lisa kembali bertandang. Airmata Lisa tidak malu untuk membasahi pipinya.
“Alhamdulilah, semua masih sihat, cuma Nenda Sri yang selalu sakit sebab asma. Tuan dan Puan semua masih sihat. Anak anak mereka juga masih sihat. Pak Leman tak tahu sangat perkembangan mereka, cuma tengok dalam fac yang kak Ain kamu tunjukkan. Kalau Lisa nak tahu, boleh tanya kak Ain,” terang Pak Leman panjang lebar. Lisa faham, zaman teknologi sekarang, semua ada di hujung jari.
Lisa tersenyum kaku. Kerana peristiwa pahit itu, dia telah deactive kan semua social media, benar benar delete semuanya. Masa dia lemah, along yang menetapkan semua syarat untuk dia concentrate dengan dirinya. Selama 5 tahun itu, Lisa Cuma menonton TV sahaja, jadi tidak banyak yang dia tahu. Lisa bersyukur, formula along berjaya membuat dirinya seperti sekarang.
“Pak Leman, jemput tetamu minum ya, saya cuma ada air kosong jer,” lembut ajakan penjaga rumah itu. Lisa duduk kembali di kerusi kulit di ruang tamu besar itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience