Pengenalan

Other Completed 596

Pada zaman yang sentiasa berubah ini, penting bagi kita untuk membentuk cara pemikiran yang baik. Dengan ini baru Kita dapat membentuk masa hadapan.

      Pada suatu hari, ada seorang professor ingin melintasi sungai, lalu beliau mengupah seorang pendayung sampan untuk menyeberangi sungai. Ketika dalam perjalanan professor mengambil sebiji batu dan bertanya kepada pendayung sampan, pernahkah kamu belajar geologi? Lalu beliau "menjawab tidak".

       Professor itu berkata, sungguh rugi 25% kehidupan kamu. Apabila pendayung mendengar kata-kata daripada professor ia merasa dirinya terlalu rugi & terhina. Ketika sampan melalui celah pulau professor ternampak sehelai daun sedang terampung dan professor itu berusaha mendapatkannya.
 
       Professor itu bertanya dengan angkuh, pernahkah engkau belajar biologi?. Sekali lagi beliau menjawab "tidak" dengan perasaan malu. Professor itu berkata kamu sudah merugikan kehidupan kamu sebanyak 50%, pendayung sampan sekali lagi memikirkan tentang dirinya.

     Apabila melalui kawasan pulau professor itu ternampak banjaran gunung dan bertanya sekali lagi, adakah kamu pernah belajar tentang geografi?. Dengan rasa terhina ia menjawab tidak. Professor itu menghina beliau kamu sudah rugikan 75% kehidupan kamu. Pendayung sampan amat terasa hina dan malu.
  
      Apabila semakin jauh perjalanan, semakin bertambah kuat arus sungai menentang mereka dengan tidak sengaja terlanggar batu lalu terjatuh mereka. Pendayung sampan melihat professor Lemas dan segera menolongnya. Pendayung sampan bertanya kepada professor, adakah kamu belajar berenang?. Professor menjawab tidak, lalu beliau berkata sungguh rugi 100% hidup anda sia-siakan.

     Sama seperti arus sungai itu, pada hari ini kita hidup dalam zaman yang sering berubah. Apa yang sebelum ini mengambil masa bertahun-tahun untuk berubah kini hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja. Cuba anda fikirkan hal ini. Telefon nokia mengambil masa bertahun bagi menggantikan telefon publik. Tetapi, smartphone mengambil masa 3 tahun bagi menggantikan telefon nokia.

      Perusahaan yang bernilai jutaan ringgit jatuh bankrap dalam sekelip mata sahaja. Pada masa yang sama, syarikat-syarikat yang kecil mampu mengembangkan pasaran secara global dalam masa beberapa tahun sahaja.

"Dunia terus berubah dan kita juga turut berubah"

      Zaman ini nampak menakutkan tetapi pada masa yang sama ia mewujudkan banyak peluang bagi mereka yang mengikut arus perubahan. Apa lagi bagi mereka yang mempunyai impian.

     Adakah anda memiliki apa yang diperlukan bagi menghadapi arus perubahan ini? Mampukah anda melalui segala cabaran di hadapan anda, atau adakah anda bakal tenggelam dalam arus yang deras?. Bagi mereka yang tidak mampu menghadapi arus ini tidak mungkin mampu mencapai kejayaan mereka.

      Didalam buku ini, anda belajar bagaimana melengkapkan diri anda dengan minda, perilaku dan kemahiran yang diperlukan bagi mencapai kejayaan dan impian.

   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience