Magnet Motivasi

Other Completed 596

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda kerana ingin membaca buku ini. Kesedian anda mengorbankan masa bagi membaca buku ini, anda mahu menikmati hidup ini dengan lebih baik.

      Anda mengambil langkah pertama yang penting adalah bertindak bagi melaksanakan keinginan itu. Anda ingin menjadi seorang hebat? Apa pun keinginan anda, ketahuilah :

MAGNET MOTIVASI

Manusia umpama sebuah "magnet" yang mempunyai daya tarikan untuk merealisasikan banyak impian atau terus hidup.

Terdapat 3 jenis magnet motivasi

1. Pemikiran
2. Komunikasi
3. Tindakan

1. Pemikiran

Dahulu saya sendiri merupakan seorang negatif, di dalam minda saya asyik kata boleh ke saya buat?... dah bukan rezeki saya?... saya orang susah?... Memang takdir saya macam ini?

       Apabila saya dengar Dr. Azizan Osman berkata "Bagaimana anda mengetahui bahawa itu takdir anda? Pernahkah anda melihat buku takdir?. Jadi saya cuba renung renungkan, ternyata saya silap.
Apabila saya bertanya kepada guru di pondok, beliau berkata:

Rasulullah Shalallahu Alaihi Wassalam adalah Maha Guru yang mengajarkan erti kemerdekaan sebenar.

Seorang insan yang merdeka ialah yang memerdekakan akalnya, tubuhnya dan hatinya untuk patuh pada suruhan Allah SWT, itulah hamba yang merdeka.

Seseorang yang dakwa dirinya merdeka tetapi masih dijajah oleh hawa nafsunya, sesungguhnya dia hamba yang tidak merdeka kerana dia masih dijajah oleh hawa nafsunya sendiri,

Jika pandangan kita erti kemerdekaan itu bebas untuk melakukan apa saja, maka itu pandangan yang salah.

Kemerdekaan seseorang adalah bilamana pemikiran seseorang itu dipandu oleh Al Quran, jika pemikiran kita bercanggah dengan Al Quran, bukan Al Quran yang salah, tapi hati kita yang bermasaalah.

Penjajah yang sebenar adalah penjajahan yang ada didalam hati kita dan yang ada didalam minda kita.

Jika seseorang sudah mendapat kemerdekaan sebenar, maka tidak ada dalam hatinya melainkan Kerana Allah dan RasulNya,

Tidak ada dalam mindanya kecuali memikirkan untuk Allah dan untuk RasulNya dan tidak ada dalam tubuh badanya kecuali untuk berbakti kepada Allah dan RasulNya.

        Mereka bertanya, adakah saya masih mahu menjadi seorang gagal? Lantas saya menjawab sudah tentu tidak mahu.

        Kita perlu sedari diri kita ini perlu di kawal oleh pemikiran yang positif. Kita tak boleh bergantung dan berserah kepada amalan semata-mata untuk menjaga diri kita. Tidak di nafikan bahawa amalan dapat membantu memberi kekuatan kepada rohani kita untuk melemahkan nafsu dan syahwat namun syaitan tidak akan pernah putus asa untuk menjerumuskan manusia kepada kemaksiatan dan kemungkaran. Justeru dengan bermujahadah itu ia akan dapat diperlihatkan siapakah dikalangan manusia itu yang paling baik ketaqwaannya.

        Sebagai alternatif asas yang perlu kita lakukan untuk kita selamatkan diri kita dari dihanyutkan oleh fitnah-fitnah kehidupan adalah kita perlu move atau menjauhkan diri dari berkawan rapat dengan orang-orang yang negatif. Jika kita tidak melakukan sesuatu tindakan maka akan pasiflah selamanya keadaan itu. Carilah kawan-kawan baru yang dapat mengingatkan kita kepada Allah serta kita tidak boleh putus asa dengan doa. Mohonlah kepada Allah hidayah dan mohonlah kepada Allah agar ditunjukkan jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa berusaha untuk TAQWA kepada Allah SWT.

2. Komunikasi

        Komunikasi adalah merupakan peranan penting dalam kehidupan dan kejayaan. Cuba anda perhatikan orang-orang berjaya, mereka semua mempunyai komunikasi luar biasa yang mampu menarik jutaan orang untuk mendengarnya.

        Apa yang membuat kita tertarik kepada seseorang sangat bergantung dengan cara kita berkomunikasi. Kita hanya mudah bercakap atau berkomunikasi dengan orang yang mempunyai gaya bahasa yang sama dengan kita juga. Dalam hal ini, orang positif hanya bercakap dengan orang positif sahaja. Jadi, jika kita ingin menarik orang yang berkualiti ke dalam hidup kita, terlebih dahulu kita perlu mesti menampilkan gaya bahasa dan tutur kata yang positif.

"Menyampailah kamu dengan nyata dan jelas"

Surah 36 : 17

       Adakah anda seorang yang berfikiran positif dan selalu syukuri kehidupan anda sendiri? Adakah anda seorang cepat percaya atau mudah kecewa? Semua inilah yang menentukan masa depan anda.

       Terkadang Allah SWT mengingatkan kita melalui karakter-karakter unik yang ditunjukkan oleh orang-orang di sekeliling kita. Tujuannya tidak lain supaya kita banyak belajar tentang kehidupan, hubungan sosial, kesantunan komunikasi dan interaksi dalam strategi dakwah.
Beruntunglah mereka yang banyak belajar kebaikan dari setiap karakter kemudian memperbaiki dirinya sendiri.

3. Tindakan

"Saya tidak percaya dengan kata-kata, hanya percaya dengan tindakan"

Dunia memberi tindakbalas terhadap apa yang anda niat atau fikirkan. Ia juga akan bertindak balas kepada setiap tindakan anda. Kadang-kadang hati kita terdetik
"Bilalah hati kita nak berubah" Sebenarnya kita dah berubah cuma tiada tindakan, penyakit malas itu susah nak buang.

        Apabila kita bertindak, sebenarnya kita sudah menggerakkan semua emosi untuk menarik impian kita supaya menjadi semakin hampir kepada kita.

       Jangan tunggu hidayah sampai baru nak berubah. Takut sapaan izrail lagi cepat, berubah perlu usaha bukan menanti tanpa tindakan dan carilah sesuatu dalam kehidupan dengan perasaan khusyuk dan tawadduk kerana ia pakaian mukmin. Jauhilah sifat riak dan angkuh dalam sesuatu tindakan. Moga peringatan sebegini melekat dan berbekas dalam hati kita. Doa mendoakan sesama kita. Ingat, redha Allah swt adalah segalanya.

JAWAB SOALAN BERIKUT :

1. Tuliskan cara pemikiran yang baik
     untuk anda?

______________________________________________________________________________________

2. Tuliskan kehebatan tentang diri anda?

______________________________________________________________________________________

3. Senaraikan nama orang-orang yang
    anda suka berkongsi cerita?

______________________________________________________________________________________

4. Tuliskan sifat-sifat yang anda perlu
    upgrade?

______________________________________________________________________________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience