Rate

s.a.t.u

Romance Series 3865

"Ayra," terdengar suara ayah memanggil lembut. Aku angkat kepala, membalas senyumannya.

"Ayra marah ayah ke?" perlahan suaranya bertanya. Cepat-cepat aku menggeleng.

"Ayra tak marah pun. Maybe Riz is the right guy. Who knows?" aku lempar senyum semanis mungkin. Cukuplah aku heartbroken separuh nyawa dek gilakan si Harris tak guna tu. Bercinta 5 tahun, sudahnya dia simpan perempuan lain.

Malas nak fikir pasal cinta, bila ayah buka cerita tentang wasiat Tok Abah, aku angguk setuju saja. Mungkin benar bercinta selepas kahwin itu lagi indah. Mungkinlah. Doa yang baik-baik sajalah.

Rizqi Firdaus kini sah bergelar suamiku. Tak banyak yang aku tahu tentang dirinya. Yang aku tahu cuma nama penuhnya dan keadaan dirinya yang bisu akibat trauma. Mengapa Tok Abah meninggalkan wasiat sebegitu?

Khabarnya, Tok Abah dan datuk Riz dulu merupakan sahabat karib yang susah senangnya sentiasa bersama. Tok Abah ingin berbesan dengan Tok Da (datuk Riz), malangnya kesemua anak Tok Abah dan Tok Da adalah lelaki.

Jadi Tok Abah mewasiatkan agar cucunya dan cucu Tok Da disatukan dengan ikatan perkahwinan. Aku anak perempuan tunggal. Riz pula si yatim piatu yang telah kehilangan adik perempuannya akibat kanser.

Riz bukanlah bisu sejak lahir. Dia jadi bisu kerana trauma. Trauma apa? Itu aku tak tahu. Semoga dia pulih nanti. Teringin juga aku dengar suaranya.

Aku tersedar. Lama pula fikiran ni melayang. Aku toleh kiri kanan. Ayah tiada. Eh, dah keluar ke?

Seketika kemudian, pintu kamar terbuka. Riz berdiri merenung aku. Aku gugup. Lambat-lambat aku sengih. Wajah dinginnya aku renung. Kacak. Tapi beku tidak beriak.

"Awak nak air ke? Saya ambilkan."

Riz menggeleng sambil menutup pintu. Selamba dia melangkah ke meja solek. Butang baju melayunya dibuka dan diletakkan di atas meja. Kain sampin ditanggalkan, disangkut di kerusi. Dia duduk di birai katil, meraup wajah berulang kali. Aku tak pasti apa yang sedang bermain di fikirannya.

Aku merapatinya. "Awak ok?"

Riz angkat wajah. Tangannya mengisyaratkan sesuatu. Sesekali jarinya dituding ke arahku.

Aahhh... aku tak faham bahasa isyarat. Melihat wajah bingungku, dia pantas mencapai kertas dan pen. Aku memerhati tingkahnya.

"Awak tu ok ke kena kahwin tanpa rela macam ni?" sebaris ayat itu aku baca perlahan. Satu senyuman terukir di bibirku.

"Kalau ini takdir saya, saya terima. Saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak. Kita start slow and steady, ok?"

Dia merenungku dengan pandangan kosong sebelum bingkas bangun menuju ke bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience