Rate

d.u.a

Romance Series 3865

Malam itu, aku duduk di ruang tamu bersama Riz. Sesi yang paling aku suka. Buka hadiah! Sengih lebar aku melihat deretan hadiah yang dibalut cantik. Abang-abangku turut serta. Ayah juga.

Aku punyai 3 abang dan aku merupakan anak bongsu. Ibuku meninggal dunia saat aku baru berusia setahun. Sejak itu kami menjadi dunia ayah. Ayah enggan berkahwin lagi. Masanya dihabiskan untuk membesarkan kami 4 beradik. Hubungan kami sangat rapat.

Selesai sesi itu, abang-abangku kembali menonton tv. Ayah sudah masuk ke bilik. Ayah memang jenis tidur awal. 9.30 sudah bersiap untuk tidur. Abang-abangku pula bila sudah berkumpul begitu, pasti menjelang jam 3 pagi nanti baru tidur!

Melihat semua sedang leka menatap skrin tv, aku tarik tangan Riz. Mengisyaratkannya agar bangun perlahan-lahan mengikutiku. Berkerut wajah Riz.

"Shh... kalau awak bising, nanti abang-abang saya perasan. Nanti dibahannya kita ni kalau masuk tidur awal." Sungguh aku penat. Aku mahu segera melelapkan mata. Tangannya masih aku pegang.

Sampai di bilik, perlahan-lahan aku menutup pintu. "Ok, dah selamat!"

Cepat-cepat aku rebahkan tubuh di atas tilam yang empuk itu. Ahh... selesanyaaa! Riz masih kaku di pintu. Seketika aku teringat sesuatu. Tidur di mana dia nanti?

Aku berganjak memberikannya ruang untuk baring di sebelahku. Dia melihatku hairan. Aku angkat kening membalas renungannya. Seakan mengerti apa yang difikirkan lelaki itu.

"Takpe. Kita dah halal." aku sengih. Teragak-agak dia melangkah ke katil.

"Jangan risau, saya takkan terkam awak. We both need time," ujarku lalu memusingkan tubuh membelakangkannya. "Takkanlah saya nak suruh suami saya tidur atas lantai," sambungku lagi. Namun sepi tiada jawapan.

Eh, lupa. Suamiku bisu!

Entah jam berapa kami terlelap. Aku tersedar dengan bunyi guruh dan hujan lebat. Cahaya kilat yang menyambar sesekali menerangi bilik itu. Guruh berdentum kuat. Aku berkalih posisi. Hampir terkeluar jantung melihat Riz yang sedang merenungku. Begitu dekat dia denganku.

"Awak ok?" soalku dalam debaran. Aduh... janganlah dia buat benda pelik-pelik.

Dalam kesamaran, aku lihat matanya seakan bergenang dengan air mata. Aku terus merenung ke dalam matanya. "Awak... takut guruh?"

Dia mengangguk perlahan. Matanya dipejam rapat saat guruh berdentum. Seperti anak kecil tingkahnya. Comel, getus hatiku.

Entah apa yang merasukku, selamba saja aku tarik Riz ke dalam pelukan. Dia terkaku. "Jangan risau ya. Saya ada."

Allah! Apa aku buat ni... macam aku pula yang lelaki. Tak segan langsung!

Lambat-lambat Riz membalas pelukanku. Tangannya melingkar di pinggangku. Aku cuma mampu berharap dia tidak dengar degupan jantungku yang sudah kehilangan rentak. Malu oi!

Aku membelai rambutnya hingga aku terlelap.

* * * * *

Aku menggeliat sepuas hati. Perlahan mata kubuka. Yang pertama aku lihat adalah Riz. Sedang khusyuk berdoa di atas sejadah. Indahnya pemandangan itu. Aku senyum sendiri.

Selesai berdoa, dia memusingkan tubuh menghadap aku yang masih berbaring malas di atas katil. Pandangan kami bertemu. Sesekali aku angkat kening, mengusik. Wajahnya dingin dan beku. Sedikit pun tidak terkesan dengan usikanku.

Jarinya menunjuk ke arahku. "Apa?" aku menyoalnya kembali. Tangannya menepuk-nepuk comforter sambil menunjuk sesuatu. Aku melihat ke arah yang dimaksudkan. Ada tompok merah yang mencurigakan di situ.

Ya Allah! Datang bulan! Kelam kabut aku capai tuala, mahu segera membersihkan diri. Dalam kekalutan itu, aku tersadung dan hampir saja tercium dinding namun aku masih berjaya mengimbangkan diri. Dia hanya memerhati dari tempat duduknya.

Malunya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience