H.K.Y.A.C : Bab 3

Romance Series 3937

"Cik, Cik bangun cik, kita dah sampai".

Lily yang mendengar seperti ada orang sedang mengejutkannya itu terus membuka matanya perlahan lahan.Dia melihat suasana di luar kereta.

" Pak Cik nak solat ke? Tanya Lily apabila melihat sebuah masjid yang tersergam indah dihadapannya.

"Pak Cik dah solat dah.baru je masa cik tengah tidur".

Oooook.

Cik, sebenarnya Pak cik nak suruh cik duduk sini sebab tadi Pak Cik tengok dekat bus stop dekat tepi jalan tu sunyi sangat.Tak elok kalau cik duduk dekat bus stop tu.

ouh ye ke Pak cik, kalau macam tu tak pa lah saya duduk dekat masjid ni dulu.Berapa ye Pak cik?

20 ringgit yer cik.

Tak payah la Pak cik panggil saya bercik-cik bagai, panggil Lily je.Lagi satu Pak cik kenapa murah sangat tambang teksi ni.Selalunya kalu Melaka nak ke johor ni mesti mahal sikit?.

Tak per lah, ambik je ibarat pak cik sedekahkan untuk kamu ya.Take pa lah Pak Cik pergi dulu ya.

Lily melihat bayangan teksi tersebut dengan pandangan yang sayu." Kalau ayah tak buang aku mesti aku tak kan berada dekat sini sekarang".Katanya sambil mengesat air matanya yang sedang jatuh.

Lily terus mengorak langkah menuju kearah tempat mengambil wuduk.

seusainya dia solat.Lily duduk berteleku di atas sejadah.

"Ya Allah, Ya tuhan Ku.Aku ingin memohon ampun padamu.Aku tak kuat nak hadapi ujian yang telah kau berikan pada hamba mu ini Ya Allah.Aku tak kuat.Tapi aku sebagai hamba mu aku aka cuba untuk hadapinya dengan sabar Ya Allah".Doa Lily dengan mengeluarkan air mata yang tak henti-henti mengalir.

Di saat dia ingin bangun, tubuhnya rebah di atas sejadah.kepalanya terasa sangat sakit.

*************
" HASIF, kamu pergi mana , dah dekat
pukul dua pagi macam ni baru nak balik?".tanya Tengku Aminah kepada anak bongsunya itu.Mana taknya dia marah,anaknya itu tidak pernah berubah dari dulu lagi.keras kepala, ago, macam-macam la boleh dikatakan.

"Mama ni kan, asyik nak marah je.Tau tak hasif ni dah serabut tengok mama yang asyik membebel macam ni". Jerit Hasif dihadapan Tengku Aminah.

Saat itu Tengku Aminah Sudah menitiskan air matanya.

" Woi Hasif, kau kata apa hah dekat mama".?Tanya Amir sambil menahan marah dengan adiknya itu.

"Kau ni kan Amir, beza kau dengan aku cuma satu tahun je kot.Jangan berlagak sangat nak kata dekat aku".

" Apa kau kata, beza kita cuma setahun?
ya memang betul, tapi hati aku dan hati kau beza sangat".Jerkah Amir dihadapan adiknya itu.

Hasif yang sudah tidak dapat menahan amarahnya terus berlari kearah Amir untuk menumbuknya.

"BERHENTIIIII" jerit Tengku Aminah lalu terus bergerak menuju kearah biliknya.Setelah itu dia terus merebahkan badannya di atas katil. "Ya Allah kau kuatkan lah hatiku". kata Tengku Aminah dengan air mata yang mula merembes keluar.Dia sudah tidak mempunyai cara untuk mengubah perangai anaknya Hasif itu.

Disaat itu Tengku Aminah sudah mendapat idea.Ya, dia harus kahwinkan Hasif dengan segera."Tak kiralah bagaimanapun, Hasif harus berkahwin walaupun Hasif tak sukakan pilihan mama". Kata Tengku Aminah dengan nada yang perlahan.setelah itu dia terus tertidur dalam keadaan hatinya yang sakit.

************
" Ya Allah, jerit Hajah Ramlah apabila matanya melihat sekujur tubuh yang terbaring lesu di atas sejadah dengan telekung yang masih tidak dibuka.Hajah Ramlah terus berlari keluar untuk mendapatkan suaminya yang sedang berbual dengan beberapa orang kampung yang baru sahaja selesai menunaikan solat subuh.

"ABANG, ABANG" Jerit Hajah Ramlah memanggil suaminya.

"Kenapa ni Mah". Tanya Haji Dalil yang masih terkejut dengan isterinya yang terjerir-jerit memanggilnya.

" Ada seorang budak perempuan dekat dalam bang.Dia pengsan.Tak tau la dari bila bang.Mah jumpa dia kat tepi sudut tu masa Mah nak kemas telekung kat situ tadi".Cerita Hajah Ramlah dengan riak wajah yang bimbang.Bukan apa dia bimbang akan kesihatan gadis tersebut.

"Kalau macam tu, jap abang nak panggilkan anak kita si Iwan tu.Kalau nak harap kan abang, abang dah tak larat".

" Cepat lah bang, takut jadi perkara tak elok pula
dekat budak tu”.

Haji Dalil terus mengorak langkah menuju kearah anaknya Iwan yang sedang ralit bermain telefon bimbitnya.

"Iwan", jerit Haji Dalil.

Iwan yang mendengar ayahnya memanggilnya terus berlari menuju kearah ayahnya." Kenapa ni yah, terkejut iwan tadi".kata Iwan dengan mimik muka yang sedikit terkejut.

"Ada budak perempuan kat dalam, pengsan katanya.kamu boleh angkatkan masuk dalam kereta sekejap tak. Ayah dah tak larat nak angkat".

Iwan yang mendengarnya sedikit tersentak." Boleh ke Yah, Iwan angkat perempuan yang bukan muhrim?

"Boleh je Wan kalau niat kita ni cuma nak menolong.Hah cepat la Wan, nanti kalau jadi perkara buruk kat budak tu lagi teruk".

Iwan dan Haji Dali terus mengorak langkah menuju ke arah yang ditunjukkan Hajah Ramlah.
Setibanya di sana, Iwan terus mencempung tubuh gadis tersebut menuju kearah kereta Alza berwarna hitam miliknya.Haji Dali dan Hajah Ramlah juga turut menuju kearah kereta milik anaknya.

" Wan, cepat sikit bawak kereta tu, dah macam tak bermaya dah mak tengok budak ni".

"Mak kita bawak balik dulu la rumah kita, takut lambat kalau kita nak ke hospita.Lagi pon mak janganlah risau, anak mak ni kan doktorc.Kata Iwan sambil Cuba untuk melihat wajah gadis tersebut.namun hampa wajah gadia tersebut terlindung degan telekung yang dipakainya.

Setelah sampai Ke rumah, Iwan terus mencempung tubuh Lily menuju keatas rumah diikuti ibu dan ayahnya.Sempat juga dia melihat wajah gadis tersebut" Cantiknya".Desis hati kecil Iwan.

Setelah selesai dia memeriksa keadaan gadis tersebut dia terus memerhati wajah gadis itu.

"Hah Wan, macam mana dengan budak perempuan tu". Bukanya dia tidak tau anak itu dari tadi dok merenung wajah gadis tersebut.

" Hah, ape mak, Wan tak dengarlah".

"Macam mana boleh tak dengar pula anak mak ni"?. Tanya Hajah Ramlah kepada anaknya.

Iwan yang mendengarnya Sudan menggaru kepala.

" Mak tahu , Mak tengok dari tadi kamu dok perhatikan budak perempuan tu.Mak take kisah pon kamu nak pilih bakal isteri kamu tu macam mana pon.Asalkan dia masih ada adab dan pandai jaga maruh diri yang dekat depan mak ni pon, macam mak dah berkenan sangat".Kata Hajah Ramlah sambil memuncungkan mulutnya kearah Lily yang masih terbaring lemah diatas katil milk anak perempuannya yang masih menuntut di universiti.

"Ish, apelah mak ni, ke situ pulak" Kata Iwan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kalau kamu tak luah awal-awal nanti mak takut kamu melepas.Dah la kamu keluar lah.Tak manis kamu duduk dalam bilik ni".

" Ye lah, Wan keluar dulu".Kata Iwan sambil mengorak langkah menuju kearah ruang tamu.
Disaat ini, difikiran Iwan hanya terbayangkan wajah Lily yang manis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience