H.K.Y.A.C : Bab 2

Romance Series 3937

Lily sampai kerumahnya tepat pukul enam petang.Mana taknya lambat, tayar basikalnya pancit di tengah jalan.Terpaksalah dia berjalan kaki untuk pulang kerumah.

Saat Lily ingin menjejakkan kakinya ke dalam rumah, telinganya menangkap bunyi jerkahan daripada ayahnya.

LILY HUMAIRAH, Kau pergi mana hah.Turun naik dada ayahnya itu.

Lily yang melihat wajah ayahnya yang bengis itu berasa pelik.Kenapa ayah marah sangat dekat aku, bukannya tak biasa pon aku balik lambat macam ni.Yang dia kisahkan hanya lah isteri tak guna nya itu.Desis hati Lily.

Tanpa menunggu apa - apa Lily terus mengorak langkah menuju kearah biliknya.Belum sempat dia ingin memulas tombol pintu biliknya itu, tangan nya ditarik oleh ayahnya itu.

Dia merintih sakit akibat daripada cengkaman tangan ayahnya itu."Sakit la ayah, kenapa ayah jadi macam ni, Selalunya kalau Lily balik lambat pon, ada ayah kisah.Lily tahu dekat fikiran ayah tu hanya ada tentang perempuan tak guna ni".Jerit Lily sambil menunding jari ke arah Mak Munah iaitu ibu tirinya.

Encik Samad yang mendengar anaknya berkata begitu terus menampar pipi Lily."ANAK TAK GUNA".Jerkah Encik Samad lagi.

Mak Munah yang berdiri di sebelah Pak samad sudah tersenyum sinis.Tatkala ini difikirannya hanya terbayangkan Lily yang bakal diusir oleh suaminya itu.

Tanpa menunggu apa-apa Mak Munah terus menghampiri suaminya itu."Dah lah abang, maafkan jer lah Lily ni.Kesian Nah tengok dia ni.
Kata Mak Munah sambil berharap yang suaminya itu tidak akan termakan dengan pujuk rayunya itu.Dia berbuat begitupon supaya dirinya tidak di syaki oleh suaminya itu.

"Nah , kau suruh aku maaf kan anak yang tak kenang jasa ni.Aku dah tak tahu nak buat apa dah.Satu kampung dah tahu yang anak aku ni dah tak suci.

Lily yang mendengarnya terus terkedu.Tanpa menunggu apa-apa dia terus menghampiri ayahnya." Ayah merepek apa ni.Sanggup ayah kata macam tu dekat anak ayah sendiri.Ayah tahu tak Lily ni anak kandung ayah.Tergamaknya ayah.Jerit Lily lagi.

Mak Munah yang mendengarnya terus berdicit.Tak guna punya Lily, aku akan pastikan kau berambus dari rumah ni harini juga.Bisik hati kecilnya.

Taufiq yang merupakan abang tiri kepada Lily hanya tersenyum sinis di celahan pintu rumah mereka.
"Sekarang ni aku nak kau rasa macam mana diri aku ni rasa sakitnya ditipu oleh kau Lily". kata Taufiq sambil menahan air matanya tumpah.Sejujurnya dia memang tidak boleh melihat orang yang dicintainya dilakukan seperti itu.Tapi dia terpaksa.Dia berharap dia dapat melupakan adik tirinya itu.

****

Lily melangkah longlai kearah tempat perhentian bas.Kata-kata ayahnya masih terngiang-ngiang di cuping telinganya.

"NUR LILY HUMAIRAH, MULAI HARI INI KAU BUKAN LAGI ANAK AKU.AKU DAH TAK PERLUKAN LAGI ANAK MACAM KAU".Jerit Pak samad

Lily yang mendegarnya terus merebahkan tubuhnya diatas rumput.Air matanya jatuh berderaian.Tanpa menunggu kata kata ayahnya dia terus melutut di kaki ayahnya.

" A..aayah ta..k bo..boleh bu..at Lil.y macam ni.Lil..y tak per...nah ..buat per..kara terkutuk...tu."
Kata Lily sambil menangis teresak-esak.

Tanpa menuggu apa-apa Pak Samad terus menuju keatas rumah.Dia terus memasuki bilik Lily.Setelah Lima minit berlalu dia keluar sambil menjenjit satu beg pakaian yang sederhana besar.Tanpa menunggu apa-apa dia terus membaling beg tersebut kearah Lily yang sedang menangis diatas rumput.Pandangan orang kampung yang sedang melihat mereka tidak dihiraukan lagi olehnya.Yang dia tahu, dia tidak boleh melihat wajah anak nya itu.BENCI.itulah perasaannya apabila melihat wajah anaknya itu.

Lamunan
Lily terhenti tatkala dia terdengar anjing menyalak.Dia melihat jam yang berada di pergelangan tangannya".Ya Allah, dah pukul sembilan malam".

Lily membuka dompet sakunya.Terdapat Lima keping not RM 20."Cukup la nih"Aku sorang jerr pon.seloroh Lily sendirian sambil menahan air matanya daripada mengalir.Dia tahu nasib yang bakal menimpa dirinya apabila berada di negeri orang.

Dia menapak ke hadapan apabila melihat sebuah teksi yang berada tidak jauh daripada perhentian bas yang sedang dia duduki.Dia terus menahan teksi tersebut Dan memboloskan tubuhnya masuk kedalam perut teksi.

Cik nak pergi mana ya.Tanya pemandu teksi tersebut yang berada dalam lingkungan 40-an.

"Pak cik boleh tak bawa saya ke Johor Bahru".

" Jauh sangatlah cik".Apabila pemandu tersebut melihat raut wajah gadis yang berada di hadapannya.Dia jatuh kesian apabila raut wajah itu sangat pucat.Tanpa menunggu apa-apa pemandu tersebut terus bersuara.

"Cik kalau cik nak pergi jugak pak cik boleh hantarkan".

Betul Kerr Pak cik.Tanya Lily kepada pemandu tersebut.

Betul cik.

Terima kasih pak cik.Nanti Pak cik berhenti kan saya dekat mana-mana bus stop jeer tau.

Ok lah, cik tidur lah dulu.Kalau dah sampai Pak Cik gerak.

Lily mengangguk sambil memberikan senyuman yang manis kepada pemandu tersebut.Di saat dia ingin memejamkan matanya, dia terfikir mengapa dia ingin ke Johor Bahru sedangkan dia tidak mempunyai saudara mara di sana.Selepas itu dia terus hanyut didalam tidurnya.

****

Mak, qimi dah nak gerak ni.

Ha, pergilah, lagi pun sekarang ni dah puku 10 pagi dah.Kang nanti jem pulak kat jalan tu.kata mak aini kepada qimi.

Jap la mak, qimi tengah tunggu Lily.

Ait, Qimi tak kan tak tahu kot Lily dah kena halau dengan Pak Samad semalam.Mak dengar orang kampung kata yang Lily tu dah tak suci.Mak bukan apa Qimi, mak taknak kamu salah pilih isteri.Bukannya mak tak tau yang kamu ni ada niatkan nak jadikan Lily tu sebagai isteri kamu tu kan?

Haqimi yang mendengarnya sudah terkejut besar."Apa yang mak cakap ni.Lily dah tak suci?Mulut orang mak jangan didengar sangat.Qimi yakin yang Lily bukan perempuan yang macam tu.Qimi akan cari dia sampai dapat.Dan kalau mak nak tahu qimi memang nak jadikan Lily sebagai isteri Qimi.

Tanpa menunggu apa - apa Qimi terus menyarungkan kasutnya Dan bergerak kearah keretanya.Sebelum memboloskan dirinya masuk ke dalam kereta dia sempat menyalami tangan ibunya itu.

Lily kenapa kau tinggalkan aku....Tanpa menunggu apa-apa dia terus menggerakkan keretanya Dan meninggalkan kawasan kampung itu.Difikirannya kini, dia pasti yang Lily berada di Kuala Lumpur.Dia juga bertekad yang dia akan mencari Lily.

Ya, dia sudah jatuh cinta dengan Lily.
walaupun dia tahu Lily pasti akan menolaknya..

Happy reading.komen tau.kalau saya ada salah tolong komen supaya saya dapat memperbaikinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience