Bab 5
Kenapa Pakwe Anda Curang
(Sebab musabab)
Yang pertama, jenis lelaki yang “Saya hensem, tinggi, kacak, dan bergaya? Kenapa hanya diguna oleh seorang perempuan saja?”
Seperti yang tertera di atas, lelaki ini sedang perasan yang dia handsome dan ini
sangat bahaya. Mungkin somebody just tampal muka Shah Rukh khan dekat cermin muka dia. Dan bila dia pandang, he though yang his dream just came true.
Tapi, ada jugak kes yang dia memang muka hensem sejati. I means, muka dah la
kacak, tinggi rambut korean lagi. So, why stop at one girlfriend right? Membazir.
Kehkeh.
Kedua, ada jenis gadis comel diluar sana yang rela hati jadi madu lebah yang sedap nyum nyum.
Ada ketika dimana lelaki sedang lepak-lepak sambil minum kopi di starbuck sambil tangan kanan lelaki itu memegang buku “Cara-cara menjadi lelaki romantik” sambil mata kadang kala membaca dan kadang kala usha gadis yang pakai skirt pendek serta pakaian yang sangat seksi seksa. Kemudiannya kepala digelenggelengkan konon insaf dan tertanya-tanya“Apsal la mereka ni pakai seksi-seksi? Mak bapak diorang tak ajar ke?” sambil mata masih lagi menatap kaki diorang yang gebugebu tu sampai la hilang dari pandangan. Ingatan tu mula diselang-selikan dengan adengan-adengan yang tak senonoh kalau gadis tadi tiba-tba datang sembah diri kepada lelaki ini di sebuah hotel Lima bintang dan mulalah segala adengan yang ditonton dalam video yang dilakonkan oleh Jenna Jamesson ataupun Maria Ozawa berlansung. Cuma yang berbeza muka si pelaku.
Tapi, aku tak macam ni. Aku kan baik. Aku cuma minum kopi je. Itu pun kat rumah. Yang mak buat. Itu lagi sedap.
Tiba-tiba datang seorang gadis comel, putih, dan suci yang hakikatnya lelaki tu kenal dia maybe sebab satu course dengan lelaki tu tiba-tiba datang menyerah diri.
Eh, no i mean buat pengakuan yang dia ada memendam rasa dekat lelaki tu dan suddenly say “I Love you” pada dia. Sebelum lelaki tu bukak mulut, si gadis dah kata yang dia tahu lelaki tu sudah bercouple dan bersedia jadi madu dia. Tak kisah kata dia. Kerana cintanya pada lelaki itu sangat dalam. SANGAT dalam.
Biasanya almost all guy will say yes even dia tahu perbuatan itu salah. Lagi-lagi kalau yang datang tu is a very big deal. I mean, kalau muka dia sangat Emma Watson berbadan Scarlett Johanson. Then, siapa je yang mampu menolak? Kalau lelaki yang baik sikit ,dia akan kata kat gadis tu “bagi masa i fikir dulu ye?” dan terus membawakan hal ini kepada awek dia dengan harapan yang awek dia pun memberi jawapan yang sama seperti yang berada di dalam hasrat hatinya (Jawapan dia yes dia nak). Kalau yang baik banyak sikit, dia akan fikir dulu dua tiga kali, then say no mungkin atas sebab awek dia lagi bidadari dari gadis tu. Kalau yang dengan tegas kata NO tu, mungkin dia gay.
The point is, bila orang dah offer nak belanja makan, takkan nak tolak yedak?
Nanti hampa tuan rumah. Kan? Kan?
Yang ketiga, sengaja hendak mencuba pasaran saham diri sendiri.
Ada satu-satu masa itu, para lelaki akan saja-saja nak test market dia kat pasaran
dunia. Dia nak tahu lah,
”Muka aku ni market ke tak?”
”Aku ni jenis lelaki yang disukai perempuan ke?”
”Aku ni hensem ke tak?”
”Perempuan ada usha aku ke tak?”
”Skill mengayat aku ni still boleh pakai ke tak?”
…dan pelbagai lagi persoalan yang kadang-kadang tak masuk akal lansung akan bermain-main di minda lelaki ni.
Jadi bagi membuktikan diri tu hensem, kacak, digilai wanita, tak gay, macho, maka dia pun akan mula test ilmu dia pada perempuan lain. Maka, berlaku lah curang. Kalau perasan, benda ni lebih kurang sama jer dengan yang nombor satu. Cuma yang ni, kadang-kadang muka macam Mickey Mouse pun ada hati nak buat macam tu. Dah la tak kaya, tak kacak, tak tough, tak tahan lama apa semua. But still, masih berkeinginan untuk berlaku curang. Lelaki macam ni memang bahaya. Sila jangan kahwin dengan mereka. Sebab biasanya mereka ni akan berterusan dengan habitnya walaupun anak dah lapan cucu dah sembilan belas.
Yang keempat, jenis yang “kalau kawan saya boleh, kenapa saya tidak?”
Oh personally, bagi aku jenis yang ini sangat lahanat dan bullshit. Pantang tengok kawan lebih sikit mula lah. Kawan ada awek sampai lapan, dia pun nak lapan. Alasan?
”Aku lagi hensem dari member aku kot. Takkan lah aku awek sorang sedangkan member aku tu lapan? Tak boleh jadi. Aku mesti nak lebih!”
Kalau ikutkan yang jenis ni, mereka sangat mudah jeles dengan kawan-kawan sendiri. Kawan ada kereta mewah, dia pun nak pakai kereta mewah walaupun hakikatnya spenda pun mak bapak belikan. Kawan ada laptop Mac, dia pun nak pakai Mac walaupun berus gigi yang dipakai tak pernah-pernah tukar dari sekolah Menengah. Kawan ada awek sampai lapan, dia pun nak jugak sampai sembilan walaupun muka sangat tidak kacak, tidak kaya dan tidak sopan budi bahasa. Kalau dah rasa yang nombor satu tadi cukup teruk,yang dia ni Darab lapan.
Walaupun aku tahu lelaki memang naluri dia kadang-kadang ada rasa nak curang, tapi bagi aku kalau curang sebab member curang kan, itu sangat tidak bertepatan dan sangat tidak elok. Ia seakan-akan mempermainkan wanita-wanita yang comel yang lagi suci murni innocent. Kesian mereka.
Share this novel