Bab 8 Perlu Ke Saya Kembali Ke Ex Saya

Romance Series 12345

Bab 8
Perlu Ke Saya Kembali Ke Ex Saya

(Kisah contoh)

Masa cuti seminggu Raya Haji hari tu. aku lepak-lepak dengan member aku dekat mamak. Well kepada para pembaca ,lepak’ing with your friend especially dekat mamak kompom akan mencambahkan lagi idea-idea keparat dan kadang kala kelakar untuk dijadikan bahan dalam penulisan kau. Maka, andaikata ketandusan idea, grab RM10, call a few friend, then lepak sambil berbual kosong. Anda dilarang keras untuk berbual lucah kerana ini adalah tempat awam walaupun itu adalah topik wajib para lelaki. Aku tak buat la tapi. Aku baik.

Tengah sibuk bercerita pasal kolej member sikit, pasal hidup yang terumbangambing sikit, kutuk orang sikit, lucah sikit, aib orang sikit, anak makcik bedah kena tangkap basah sikit, suami makcik hendut kahwin dua sikit, ada janda bukak kedai nasi kangkang apa semua, mesti tak sah kalau tak cerita tentang kisah masa lampau.

Dan, kalau dah masuk kisah masa lampau ni confirm-confirm la masuk bab cintan cintun nostalgia apa kejadah haram euw euw semua bagai kan. Mencik!

Untuk pengetahuan, kisah cinta aku dulu suck. Kamon la. Aku masa dulu adalah shrek. Kau masa kecik dulu, nak ke kapel dengan shrek? Hendak? Shrek gemuk muka tembam sememe. Hendak ke? Ah,sial la kau senyum-senyum apa? Gelakkan aku ke apa? Ya, kau dulu hensem macam Zac Efron. Semua orang sanggup bogel dekat tapak perhimpunan untuk bersama dengan kau. Sorry sebab marahkan kau.

Then, dia pun cerita la pasal ex dia. Ada yang dah kahwin. Ada yang dah ada balak lagi hensem. Ada yang dah dapat pakwe Dato’. Banyak la jugak hikayat yang dia boleh keluarkan. Maklum la. Muka hensem dia hensem kata gadis-gadis. Maka, haruslah ramai gadis rela serah tubuh diri ke kawan aku ni. Entah mende. Bagi aku biasa jer muka dia (aku hensem lagi. Ok, sorry tak realistik impian aku tu). Si gadis yang lain-lain la berlebih-lebih.

Aku punya cerita hikayat pun ada jugak. Tapi tak pernahnya happy ending.

Semua jadi tahi. Ending tahi.

Maka,dia pun bertanya.

“Eh Mikael, kalau ex kau mintak kapel balik dengan kau, kau nak tak balik dekat dia?”

Jawapan aku?

Nehi, nope, taknak, ne, pas, nicht.

TIDAK! TIDAK! TIDAK!

Mengapa aku harus kembali ke kisah silam aku yang penuh gelap lagi kurang ajar semata-mata tiba-tiba kau rasa mahukan aku semula? Kenapa perlu aku undur waktu, padamkan segala kenangan menyakitkan, tampal balik segala luka sakit hati semata-mata mahu memenuhi hajat kau hendak bersama aku semula? Kenapa? Kenapa?

Aku rasa diorang ni tak lebih daripada sebijik penyibuk dalam hidup aku. Kalau dalam cerita Drama Melayu, diorang ni kira yang pegang watak sebagai saudara mara yang asyik la nak berhimpit hendakkan harta ayah korang atas alasan sedarah. Padahal, masa tengah usahakan harta tu dulu, mampus la nak bagi bantuan. Mengutuk time berkumpul raya lagi ada.

Plus, kau kena fikir. Dia pernah sakitkan hati kau sekali dulu. Mungkin sudah lama kau bersabar dengan dia. Maka, tidak mustahil dia akan mengulang semula kisah sial itu dalam kamus hidup kau. Buat apa hendak mengambil risiko?

Dia macam kau tengah tengok movie dekat wayang tentang cerita yang kau sudah baca novel dia. Kau dah tahu ending cerita tetapi kau still nak tengok atas alasan ianya mungkin di ubah kerana ianya sudah menjadi sebuah movie. Bukannya novel tebal. Memang aku akui best. Tapi tu sebab ianya cerita fiksyen. Bukannya realiti. Plus, best ke sesebuah movie itu andai kau sudah pun boleh agak endingnya berdasarkan episod yang terdahulu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience