CHAPTER 11

Crime Completed 1851

Setahun kemudian, aku masih bekerja di kerja di syarikat tersebut sebagai Nur Mikayla. Sahabat aku yang lain pun dah mula berkerja. Mina berkhidmat sebagai akauntan aku dekat pejabat lama aku. Reedzwan pun dah menjadi peguam. Mereka semua mengetahui masalah aku dan masih berkerjasama dengan aku dan berkawan dengan aku.

Mama dan ayah aku sudah tiada. Mereka sudah meninggal dunia semasa di wad. Pembunuh upahan itu telah membunuh kedua ibu bapa aku ketika Darwish balik berehat di rumah. Pengawal keselamatan yang kami upah telah ditewaskan oleh pembunuh itu. Atuk aku telah meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. Sebelum atuk aku meninggal dia pernah memberitahu aku dan Darwish bahawa syarikat musuh mama aku tersebut merupakan syarikat yang mama aku wasiatkan kepada aku,akan tetapi semunya berubah selepas ayah aku telah ditipu oleh pak ngah aku. Pak ngah aku memberikan syarikat itu kepada isteri keempatnya dan merupakan musuh mama aku. Mereka tidak dapat mengenali aku kerana kali terakhir mereka melihat aku sewaktu aku berumur empat tahun. Aku dapat merasakan something fishy here. Dendam aku dan Darwish menjadi bertambah besar dan mendalam. Aku meminta pertolongan dari Reedzwan untuk menjadi peguam aku.

Selama satu tahun aku disitu aku telah mengetahui semua perbuatan terlarang mereka dan menjadi orang kepercayaan mereka. Aku menjadi orang kanan mereka. Aku pun tidak menjangka bahawa aku boleh mengintip mereka tanpa tertangkap. Semua bukti ini boleh menguatkan lagi dakwaan aku dan boleh menambah hukuman yang bakal dikenakan.

"Abang,adik rasa dah sampai masanya kita balas dendam dan mengambil alih semula syarikat mama. Semua bukti dah ada dan jelas."cadang aku.
"Abang pun rasa benda yang sama. Tetapi lagi seronok sekiranya adik mengugut menggunakan bahan bukti tersebut tetapi adik perlu berhati-hati. "balas Darwish.

TO BE CONTINUE

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience