Keesokkan harinya,aku memberanikan diri untuk pergi ke pejabat dan bertemu dengan bajingan yang membunuh ahli keluarga aku,Encik Hanafi yang dihormati oleh semua orang akan tetapi disebalik semua itu terdapat rahsia yang menjijikkan. Seorang abang sanggup membunuh adiknya disebabkan harta yang disebabkan tamak dan serakah.
"Hai. Boleh saya masuk Encik Hanafi."tanya aku.
"Boleh lah. Jemput duduk."pelawanya. Menyampah sekali dengan perangai palsunya itu.
"Ya ada apa?"katanya dan mula mendekati aku dengan mukanya yang ingin mengoda aku.
"Well,did you know me?"tanya aku untuk memastikan.
"Mestilah awak kan Cik Mikayla dan merupakan orang kepercayaan saya. Saya dah lama suka dekat awak tapi awak jual mahal."katanya dan tangannya mula merayap.
"Well,kau memang tak kenal aku siapa. Aku anak satu-satunya adik kau. Kau bunuh mak ayah aku macam tiada apa-apa masalah ekk. "kata aku dan menampar pipinya.
"Jadi kau anak Rosyam. Bukankah kau sepatutnya dah mati disebabkan kemalangan jalan raya 20 tahun lalu?"balasnya terkejut.
"Mak ayah aku selamatkan kami dan sembunyikan kami. Kau memang lebih teruk dari binatang."kata aku dengan muka yang merah kerana marah.
"Apa yang kau nak? Kau nak balas dendam ke? Kau tidak ada bukti untuk mendakwa aku di mahkamah."balasnya dengan bangga.
"Kau ingat aku bangang macam kau ke? Semua benda yang kau buat aku yang uruskan. Semua dokumen yang aku uruskan tu,aku buat copy. Semua dokumen yang ada dekat kau hanyalah salinan semata-mata. Selama setahun aku disini semua rekod kau sudah aku membuat salinan agar boleh digunakan untuk memerangkap kau. Selama ini aku cuma berpura-pura bodoh,setiap hari kau mengatal dengan aku dan isteri kau yang tak guna tu selalu marah aku sebab kau. Kau ingat aku bersabar sebab apa sangat? Semuanya sebab arwah mak ayah dan atuk aku je."
"Mustahil semuanya kau simpan. Aku tak percaya meh aku tengok. Mungkin kau saja nak kenakan aku."katanya dan menghulurkan tangan sambil memberi isyarat meminta bukti tersebut.
"Nah."kata aku sambil menghulurkan semua dokumen itu.
"Semua bukti kau dah tiada. Hahahahahahahahahahahahahaha. Puas hati aku."ketawa Hanafi dengan kuat.
"Kau ingat aku bodoh ke? Nah satu kotak lagi salinan kau koyak lah kalau rajin. Kalau kau nak semua rahsia kau selamat, baik kau jangan cari pasal dengan aku. Kalau tak nahas kau aku kerjakan. One more thing,baik kau rahsiakan semua ni sebelum aku bongkarkan semua kerja illegal kau."kata aku sambil membetulkan baju aku dan keluar dari bilik dengan senyuman.
TO BE CONTINUE
Share this novel