bab 4

Short Story Series 8553

BUTIK PENGANTIN AZ-ZAHRA

"kau pergilah tengok baju tu. aku malas." iskandar duduk disofa bersama telefon ditangan.

dhiya memandang tajam kearah lelaki berseluar slack hitam dan baju kemeja biru laut yang disinsing lengannya sehingga siku. smart memang smart tapi tu la bengis betul mukanya. 24 jam series je. annoy betul

"abang, tengok ni. okey ke tak?"

"ha ye okey." jawab iskandar tanpa memandang kearah dhiya

dhiya merengus kasar. dia merampas telefon iskandar membuatkan lelaki itu berdiri tegak.

"kau ni kenapa?!" bentak iskandar

"dhiya cakap dengan abang kan, tengoklah!"

"aku tengok lah ni. masalah lah kau ni. takreti nak hormat aku ke?"

"habistu, abang pun tak hormat dhiya."

"ala kau tu setakat bakal isteri aku je, buat apa aku nak hormat kau. belum jadi isteri aku lagi lah." iskandar merampas telefonnya dan berlalu keluar dari butik itu

"ish! menyampah betul!"

pergaduhan itu menjadi penyaksian semua staff didalam butik itu. dhiya menahan malu. dia masuk kedalam fitting room dan menangis.

**********

dhiya masuk kedalam biliknya apabila selesai mandi dan solat maghrib dibilik sebelah. dilihat iskandar lena diatas katil queennya dengan membelakangkannya.

dhiya perlahan menghampiri suaminya itu. ditepuj perlahan bahu lelaki itu.

"abang..."

"hmmmm..."

"bangun, mandi, solat maghrib. dah dekat jam 8 ni."

"hmmmm..." iskandar membuka matanya dan duduk

"bangun tau, pergi mandi, solat. lepastu turun makan. dhiya tunggu abang dekat bawah dengan yang lain." dhiya memulas tombol pintu dan keluar

iskandar turun dari katil dan masuk kebilik air untuk membersihkan diri dan solat maghrib. Selepas itu, dia turun kebawah untuk makan malam bersama keluarga

*****

"ha turun pun budak bertauh ni."

iskandar hanya tersengih. dia menarik kerusi disebelah mummynya dan mengundang rasa pelik buat rohaya dan khatijah.

"laaa kenapa is takduduk sebelah dhiya? duduk sebelah dhiya la.."

"takpelah my, biar je abang duduk sebelah mummy, dhiya takkisah."

"dhiya pun takkisah. is duduk sini eh, dengan mummy?" iskandar melentokkan kepalanya kebahu khatijah

"eh eh kamu tu dah kahwin tau, bermanja dengan dhiya lah, mana boleh bermanja dengan mummy lagi dah."

"alaaa dhiya pun takkisah. biarlah is manja dengan mummy. nanti is dah duduh jauh. takduduk dengan mummy lagi dah." iska dar mencebikkan bibirnya

"ish mengada betul." khatijah mencubit lengan anaknya itu. iskandar mengaduh sakit

"dah dah mari makan." pelawa rohaya

dhiya hanya diam, sepatah ditanya sepatah dijawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience