Bab 5

Short Story Series 8553

Iskandar masuk kedalam bilik apabila mummynya sudah masuk tidur. Dhiya duduk dimeja kerjanya.

"Kau buat apa tu?" soal Iskandar seraya melabuhkan punggung atas katil

"Buat kerja lah."

"Hari cuti pun nak buat kerja juga ke? Takreti penat ke kau ni?"

Dhiya diam. Dia terasa kerana baginya perkataan 'aku dan kau' dalam rumah tangga sangatlah tidak baik.

"Aku tanya ni. Takreti penat ke? Pagi sampai kepetang layan orang ramai. Nipulak kena buat kerja. Kau ni robot ke apa?"

"Hm nak buat macam mana. Dah tadi staff call kata boss nak cepat pulak kerja ni. Nak taknak kena buat juga lah." Matanya masih lekat pada skrin laptop.

"Penting sangat ke?"

"Pentinglah. Dahlah abang tidurlah. jawab soalan abang ni, sampai esok taksiap kerja dhiya. selamat malam." Dhiya menyelak helaian kertas kertas yang bersepah diatas meja

Iskandar menjeling. Dia baring dan menarik selimut sampai kedada dan memejamkan matanya.

"Jangan tidur lewat sangat."

"hmmmmm...."

*****

Dhiya terjaga apabila sayup sayup kedengaran azam berkumandang dari arah masjid.

Dia mengangkat kepalanya. Terasa pusing. Dia mula hairan.

"Aik? setahu aku, aku buat kerja malam tadi. macam mana aku boleh ada dekat sini pulak? omg mamat ni angkat aku ke macam mana?" dhiya bercakap perlahan. dia memegang kepalanya. masih bertudung. dia mengucap syukur.

Dia bangun dan kebilik air. Apabila selesai bersihkan diri dan ambil wuduk. Dia mengejutkan Iskandar yang masih lena.

"Abang...bangun, subuh dah ni."

"Hm ye bangunlah ni." suaranya serak serak basah

"Dhiya tunggu abang tau, solat sama sama."

"Hmmmmmmmm....."

Dhiya ke meja kerjanya. Barangnya yang bersepah kini tersusun rapi.

'Mamat tu ke yang kemas?' Bisik hati Dhiya

"Abang....." panggil Dhiya

"Ye, kau ni kacau aku nak mandilah. lepas mandi takboleh ke nakpanggil?" wajahnya yang basah menampakkan mukanya yang bengis dan garang

Dhiya menelan liurnya. seram melihat wajah iskandar.

"sorry sorry. dhiya nak tanya, abang yang siapkan kerja dhiya ni ke? abang yang printkan ke?"

"ish! nantilah cakap, aku nak mandilah!"

"ish yela yela. pergilah mandi." dhiya menjeling sambil membelek belek kertas yang sudah siap diprint dan dikepilkan sekali. serupaa dan menepati apa yang dia mahukan.

'bijak juga mamat ni. baik pulak buatkan kerja aku.' bisik hati dhiya. matnya tidak lepas melihat kepilan kertas itu

*****

Iskandar turun. dia melabuhkan punggung dimeja makan.

"is...mana dhiya?" soal rohaya

"dhiya dah pergi kerja ma, lepas subuh tadi."

"aik? dah masuk kerja? cuti seminggukan?"

"ha'ah tapi, dia kena pergi harini. staff call dia semalam."

"kenapa kamu takhantarkan dhiya?"

"is dan cakap nak hantar dia tadi. tapi, dia kata taknak susahkan is. puas dah paksa, dia tetap tolak. tahu tahu dia dah tempat grab."

"pagi pagi tempah grab? ada ke pagi pagi macam ni grap operasi?"

"tahlah my. takpelah nanti balik is ambiklah dia."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience