Telefon bimbitku berbunyi. Tertera nama Ibu di skrin. "Assalamualaikum ,
anak ibu kat mana ni?" soal suara tua itu. "Kat depan starbucks ni ,
tunggu pak mat ambil." kata aku . "Tak , abang Sayyid ambil kamu" ujar
ibu ku. "Ha , okey. Assalamualaikum" balas aku kemudian mematikan talian.
Kelihatan sekujur tubuh Sasa menghampiri aku. Gaya Rambut pompadour
dengan rambut berwarna perang yang jelas , Kaca mata hitam jenama
Rayban , Genesis Blue Men Shirt yang di pakainya di lipat sehingga ke
siku di shipkan dengan Slack berwarna putih dan tali pinggang hitam yang
mahal. Kasut jenama Zapatos de Hombre Mens berwarna biru itu menapak ke
arah ku. "Abang" ucapku sebelum memeluk erat lelaki tersebut. Ya! dia
abang aku Muhd Sayyid Bin Datuk Hasmin. "Syarie rindu gila dengan adik.
Wah sekarang dah cun" kata abang aku. Aku tersengeh kecil.
Kami masuk ke dalam starbucks dan duduk di sebuah meja. Pakaian aku
abangku teliti. Aku hanya mengenakan Lexie sandal berwarna merah satin
, Red Long Sleeve Contrast Leopard Dipped Hem Blouse , Jeans hitam
Skinny dan Shwal satin berwarna merah. Handbag berwarna merah jenama
michaels kors ku letakkan di sit sebelah. Ya , sekarang badan aku dah
kurus. Dulu berat aku 99 KG , lepas duduk Landon dengan nenek belah ibu
terus aku turun berat sampai 58 KG. Lagi pun kat sana bukan makan nasi
pun. Makan steak lah tu lah ni lah.
"Adik , cantik kau sekarang . Abang rasa macam nak ngorat je kau"
Seloroh abang Ayyid .
"Hah ! Mula lah meraban tu. Dulu sakat adik. Kata
adik kingkong lah tak da sepa nak lah. Sekarang hiah ! Abang ni. Kita
kan adik beradik" bebel aku. "Alah relaxlah abang gurau ja pun" abangku
membela diri.
"Ni pakai handsome gila ni dari mana?" soal aku "Hey , ni
memang style abanglah" ucap abang Ayyid.
"Ha yalah. Entah-entah baru lepas dating dengan perempuan memana tah" madahku "Eii, mana adalah abang dating dengan kau je" balas abang Ayyid . Ku cubit pehanya , dia mengadu.
"Keras peha abang. Dah lama tak kene cubit kot" ujar aku
sambil ketawa. Dia hanya mengumam menyumpah aku.
Aku dan abangku berjalan keluar daripada airport. Aku terlanggar
seseorang. "Eh , Sayyid you buat apa kat sini and siapa girls ni?" soal
wanita sexy di hadapanku ini. Hiah, wanita ni hanya mengenakan Short
Satin Royal blue dress yang terbelah di bahagian dada , kasut Guess
Shoes Hondo 7 Dark Pink dan Blue Suede Clutch Bag.Rambutnya pula di
warnakan Dark Red. Please jangan cakap ni calon bini dia. Wanita ini pun
pandang aku atas bawah. Asal? soal hati aku. "Ni ambil my girl baru
balik dari London." kata abangku sambil menyikuku. Aku memeluk erat
lengan abangku. Sambil tersenyum. "Oh, hi my name is neesa" kata wanita
tersebut. "Oh, saya Syarie Zuyyin" kata aku. "Pasal yang awak tanya
Sayyid siapa girls ni tu. Saya rasa yang awak maksudkan saya kan?Saya
rasa saya sorang je perempuan yang awak maksudkan tu. So , aslo you cant
use 's' at the last word" terang aku.
Aku dan Abangku meninggalkan perempuan itu. Selepas jauh dari wanita itu
aku tergelak bersama dengan abang ku. "Hahaha jahat Abang Ayyid" Ulas
aku. Dia ketawa. "Dia tu suka gedik dengan abang menyampah gila. Kau pun
nampak tadi macam mana baju dia belah dadahlah eii geli I" ucap abang
ayyid. Aku tergelak. Kami masuk ke dalam kereta BMW M3 milik abangku.
Kami bergerak pulang.
Aku memberi salam sebelum kaki kanan melangkah menapak ke dalam rumah.
Ibu yang baru menyimpan apron berlari anak memelukku. Ibu aku walaupun
dah kahwin tapi badan macam anak dara, kulit still cerah tangan dengan
muka kedut tak banyak. Kiranya macam tak di mamah usia walaupun sudah 48
tahun. Pelikkan , 48 tapi anak 23 dengan 22. Walaupun datin, kat rumah
ibu aku suka pakai baju T-shirt polo yang bercolar dengan seluar track
suit canvas. "Anak ibu!!" kata ibuku girang sambil memelukku.
Selepas pelukkan di lepaskan ibuku mencapai sesuatu yang terletak di
sofa sebelah kami. "Nah , ni untuk anak ibu yang dah lama tak balik
malaysia ni" aku mencapai beg kertas putih tersebut , di dalamnya
terdapat sebuah kotak besar. Boleh muat baju dengan kasut. Kotak itu ku
bukak. "Ibu!!!" terjerit aku apabila melihat isinya. Di dalamnya ibu
letakkan sepasang Long Bohemian Dress , Summer Women Sandal Ankle Strap
Platform Wedges High Heels yang bercorak bunga ,Satchel Bag with Strap
berwarna pink bercorak bunga dan Jam Rolex berwarna emas. Aku memeluk
ibu. Urgh!! ibu memang tahu kesukaan aku. Aku rasa seperti sedang
terbang di awangan sewaktu memeluk ibu. Sudah tiga tahun aku tak balik
malaysia , rindu pada abah ,ibu , abang dan bumiputera ini.
Share this novel