Dah sebulan aku duduk malaysia. TupTup aku dah ada orang masuk meminang. Nak tahu dengan siapa? Buaya raptilia Syed Mustaza. Masa hari aku kene pinang tu
dia tak datang pun. Bak kata mamanya manjang kerja aja.Aku pandang
cincin di jari manis aku. Cincin perak yang bertahtakan belian itu ku
usap. Rasanya 8 karat cincin ni. Maklumlah Syed pun orang kaya juga
macam aku. Aku terasa bahuku di tepuk lembut. Aku menoleh. Senyuman
buatan di lemparkan. "Lama ke kau tunggu?" soal manusia itu. Aku sekadar
menggeleng. Ku tatap cincin di tangannya. Sama macam aku. Tapi lebih
berkelakian. "Kau sekarang kerja apa?" soal dia "Kerja dekat syarikat
abah. CEO" balas aku. Kali terakhir aku jumpa dia masa aku Form 4 masa
tu aku dah kurus sikit , dalam 85 KG berat aku.
"Kau sekarang macam mana? Still buaya ke dah berhenti? Or nak ejek aku
gemuk lagi?" soal aku "hahaha , entah." balasnya sambil meghirup air
coffe latte yang baru di pesan. Mungkin , jodoh aku dengan kau Syed.
Getus hatiku. "Kau sekarang makin cun melecunlah , kau sebelum ni duk
mana?" soal syed kepada aku. "Alah , dekat aja. Kat England sana . Dok
london balik rumah mummy ibu" terang aku." Kenapa kau tak pandnag kau
ni?" soal syed. ya , dari tadi aku main cincin ni. "Alah , bukannya apa.
Belum halal pun wat pa nak pandang." Balas aku. Selamba badak ja hahaha,
"Oh , aku dah tak handsome ke ni?" soal syed lagi. Hati aku berdebar.
Muka dia kan putih , sado , mata brown. Apa benda yang tak handsome.
Aku teliti fesyennya. Rambut potongan well-groomed hairstyle menampakkan
seperti remaja. Dengan Warna rambutnya yang serba hitam , Fit Brand Long
Sleeve berwarna coklat muda di lipat sehingga ke lengan menonjolkan lagi
badannya yang sado. Dia kenakan dengan slack hitam dan Kasut jenama
Upanah berwarna hitam yang formal. Aku tahu dia sedang berkerja. Dan aku
jugak. Tapi saja-saja nak jumpa tunang sendiri tak salahlah kan? Asalkan
tak buat maksiat.
Aku hari ni hanya mengenakan Kemeja berwarna putih style ala-ala korea ,
celana berwarna hitam. Tudungku hanya bawal satin berwarna hitam. Malas
rasanya nak pelangi hari ni. Kasut aku padankan dengan kasut tumit
tinggi jenis pumps berwarna hitam dan emas. serta Prada Handbag berwarna
putih hitam .Alah tak payah nak beria sangat pergi kerja je pun. Bukan
pergi shopping ke apa. Tapi kalau aku. Kasut mesti kasut yang elegant.
Namapak lah yang aku jaga penampilan. Ni kalau pergi kenduri pakai
selipar , Abah pun henyek aku guna treler 10 tan.
"Weh ! Syarie ,aku kene garak ni" ucap syed seraya berdiri. "Okey ,
hati-hati. Karang kau exident aku sesorang pulak atas pelamin." ucap aku
dalam nada bergurau. Syed hanya tersenyum "Ehhh , nak lagi rupanya kau
kat aku yer?" tawa syed.
Share this novel