Lebih kurang pukul 10 lebih pagi baru Tinta bangun dari tidur nya. Masih terasa sengal-sengal di badannya.
Telefon yang dibiarkan cas semalaman di atas meja di cabut kasar.
"Lapar lah pulak" Tinta mengeluh. Pantas dia bangun dan turun, langkahnya mula menapak ke arah pintu bilik.
Senyap je?
Pintu biliknya dikuak perlahan, menjengah kan sedikit kepala melihat ke arah pintu bilik yang bertentangan dengan biliknya.
Bilik Ethan la siapa lagi..
Terjengket-jengket gadis itu menapak ke arah depan pintu bilik temannya. Nak tahu sama ada Ethan dah keluar ke belum, sebab harini sabtu. So cutilah kan?
"Asal senyap do? Bukan mamat ni selalu pasang lagu ke pagi-pagi hujung minggu macam ni?" Tinta menekap telinganya ke pintu.Cuba dengar kalau-kalau ada bunyi.
Oh dah keluar kut? Bawa diri la tu merajuk lagi.
Krak! Pintu bilik terbuka.Tinta yang masih bersandar di depan pintu mulai tergamam.shet!
"Hey.." Tinta sengih. Rambutnya yang kusut diselak ke belakang telinga.
"Tak ada kerja ke curi-curi dengar bilik orang?" Ethan menjeling baju tidur malam yang dipakai oleh Tinta.
Baju kain satin bertali halus separas lutut berwarna merah darah membuatkan lelaki itu mengalihkan pandangan ke arah dinding.
"Aku kebetulan nak sarapan sebenarnya, aku ingat kau ada dalam bilik so aku nak ajaklah, bukannya nak curi-curi dengar" Tinta membela diri. Jangan kantoi..
"Change your clothes and pergi gosok gigi. Aku ada beli sarapan tadi,ada kat dapur" Ethan menapak keluar dan menutup pintu bilik. Sempat dia menjeling ke arah Tinta sebelum turun ke bawah.
Tinta tersenyum.Yes, ni yang dia suka pasal Ethan. Caring sangat! Hahaha.
____________
"Still in pain?" Soalan yang keluar dari mulut Ethan menghentikan suapan sudu Tinta.
Gadis itu merenung tanpa berkelip wajah temannya. Pain? Jap dia tanya pasal err..
"I mean your body. Kau ingat apa?"
Oh,Tinta senyum terpaksa. Dia tak suka bahas tentang pekerjaan dan akibat kerja yang dia buat tu.
"Still..sakit.." Perlahan suaranya membalas sebelum menyambung semula suapan yang tergendala.
Ethan diam sejenak.Mata hitamnya itu masih merenung bibir Tinta yang sedang mengunyah.
"Okay." Balas lelaki itu ringkas.
Suasana mulai menjadi senyap. Tinta mengeluh perlahan,masih cuba menelan kejadian semalam.
Kenapa dengan aku ni? Asal aku teringat kan dia pula? sebelum ni aku tak peduli langsung.
"Dah call mak kau?"
Huh? Tinta mengangkat wajahnya. Terkebil-kebil mata dia mencari anak mata Ethan.
"Mak kau, dia call kan haritu?" Dahi lelaki itu berkerut.
"Oh ya". Tinta hanya mengangguk ringkas. Malas dia nak bahas tentang keluarganya. Anggap saja dia anak yatim, senang.
"You should call her" lelaki itu menyambung lagi. Sengaja dia nak uji reaksi Tinta, macam tak ada perasaan je.
"Look Ethan, I know you care about me but kalau pasal family aku. Kita pura-pura jela aku ni anak yatim" mati pula seleranya apabila isu ibunya dibangkitkan. Benci!
"Kau tahu tu bukan salah dia kan?" Tak putus asa, Ethan masih cuba memujuk sebenarnya dia bukan nak pujuk pun. Dia nak Tinta marah.
"What the hell Ethan? Kau tahu kan apa yang dia buat kat aku!" Tangan gadis itu menghentak kuat sudu yang dipegang ke atas meja. Mati seleranya.
Satu jelingan tajam dihadiahkan pada wajah beku Ethan. Apa masalah mamat ni?
"She tried her best sampai dia minta cerai dengan bapak kau. Why don't you just talk to her?"
What? Tinta berkerut. Bodoh ke apa mamat ni? Aku ni trauma dengan family aku, pasal doranglah aku kerja jadi pelacur macam ni.
"Bapak tiri!" Tinta membentak. Geram pula hatinya. Sedangkan lelaki ni tahu sejarah hitam hidupnya masih juga bebal tentang perasaan dia.
"Why? Oh so nanti kau boleh lah cerita kat dia yang anak dia ni pelacur murahan? Macam tu ke?!" Benda do mamat ni serius nak buat aku mengamuk pagi-pagi buta ni. Tinta mengeluh kasar.
Ethan diam. Wow,nampaknya dia betul-betul tengah marah. Mission completed.
Ethan bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke arah Tinta yang sedang duduk berhadapannya.
Teman kesayangan nya sedang marah so kena pujuk.
Tinta terus terkedu apabila terasa usapan lembut di kedua belah bahunya. Rasa tegang di bahu semakin kendur.
Nak tolak rasa tak sanggup. Shit Ethan..
"I'm sorry Tinta" Ethan meletakkan dagunya di atas kepala Tinta. Perlahan-lahan tangannya mula memeluk erat bahu gadis itu.
"Are you mad, emm?" Bisiknya perlahan di telinga Tinta.
Spontan bahu Tinta terangkat sedikit kerana hembusan panas yang keluar dari mulut lelaki itu.
Rasa ngilu..
"No.." Tinta geleng. Seram sejuk pula lama-lama macam ni.
"Good,aku keluar dulu. Ada hal, nanti tolong kemas eh pinggan aku" Satu ciuman ringkas hinggap di ubun-ubun gadis itu sebelum laju dia menapak keluar.
what?! Ingat aku apa? Bibik? Tinta mencebik. Argh! Zap! Satu sudu penuh bihun goreng disuap kembali ke dalam mulut.
Share this novel