Pukul 8.15 malam,Tinta senyap-senyap keluar dari penthouse Izrail. Sakit tubuhnya melayan nafsu lelaki itu, bukan sekejap.Bayangkan dari pagi tadi.
Nope, this is the last time Izrail akan jumpa dia. No more next time.Yang penting, Izrail bayar dirinya empat kali ganda dari yang biasa.
Walaupun sudah beberapa bulan dia berkecimpung dalam bidang haram ni tapi tak pernah lagi dia jumpa orang sepelik Izrail.
Tidur lelaki itu mahu didodoikan seperti anak kecil dan setiap masa badannya akan dipeluk,langsung tak bagi dia peluang untuk pergi mana-mana. Manja, muka je garang.
Tinta menghela nafas lega apabila kakinya melangkah keluar dari lif,matanya melihat jalan utama yang sibuk dengan kereta lalu-lalang. Dia tersenyum.
Now let's go home baby.
***
Perjalanan dari penthouse Izrail untuk ke rumahnya agak lama. Dalam setengah jam juga, maklumlah dia duduk di Hulu. Izrail duduk di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Tinta merenung ke luar tingkap teksi.Berbagai andaian mula muncul di benak kepalanya. Terutamanya tentang keluarganya..
Trutt.. truttt..
Terhenjut bahu Tinta kerana terperanjat dengan nada dering telefon sendiri.
Oh no, takkan Izrail?! Memang tak aku nak angkat. Telefon di dalam beg tangannya dikeluarkan.
Tersenyum bibirnya melihat nama pemanggil. Ethan?Butang hijau ditekan.
"Hi,kenapa call malam-malam ni?"
"Where are you?Kau kata nak datang jumpa aku petang tadi?Lama sia aku tunggu dekat taman rumah kau" Suara Ethan yang fasih berbahasa Melayu itu kedengaran agak keras.
Alamak! Tinta menepuk dahi. Sial.
"Actually aku kerja lebih masa tadi do,sorry la Ethan. Jumpa aku kat rumah, boleh?" How could I forgot about him?Tinta mengeluh ringkas. Semua salah Izrail la ni.
"Ethan?hello?" Berkerut dahinya. Dia memandang skrin telefonnya. Shit, Ethan dah matikan call.
Argh! Serabut. Sekarang ni terpaksa dia pujuk Ethan. Sudahlah lelaki itu satu-satunya sahabat karib dia.
----------------------
"Thank you,pakcik. Please keep the change" Ucap Tinta sambil menghulurkan not 200.
"Sama-sama, eh banyaknya cik! Tambang cik 65 ring_"
Pakcik kurus dengan rambut kerinting itu berpaling ke belakang.
Tidak sempat dia menyambung kata-katanya Tinta dah keluar dan masuk ke dalam rumah. Tergesa-gesa gadis itu dilihatnya.
Alhamdulillah,dia suruh simpan baki. Hati tuanya tersenyum.
"Ethan?!" Tinta menjerit setelah tangannya membuka daun pintu utama rumah teres miliknya.
Senyap je, mamat ni kat mana?
Kat bilik kut.
Aduh.. terasa nyeri celah kelangkang nya. Sakit..
"Come on Ethan, I'm sorry" Tinta bersuara sambil melangkah naik ke tingkat atas.
Tepat sekali tekaannya. Ethan sedang baring meniarap di atas katil dengan pintu bilik yang terbuka.
Senyuman tipis menghiasi wajah ayu Tinta. Lelaki kalau merajuk boleh tahan teruk jugak eh?
"Ethan sayang" Tinta melangkah masuk ke dalam bilik lelaki itu.
Ethan merupakan salah seorang penyewa di rumahnya,this is like a side income, so why not kan?
"Ethan kau tidur ke?" Punggung lelaki itu ditepuk perlahan. Tinta tunduk untuk melihat wajah Ethan yang terselindung di balik tangannya.
Oh my.. em Ethan. Dia betul-betul tidur?
"Look Ethan, please wake up" Tinta menggoncang lengan temannya. Salah dia juga sebab lupa nak bagitahu lagipun telefon dia habis bateri.
Ethan melepaskan tangannya dari pegangan Tinta dan memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Ethan, i'm sorry. Tolonglah jangan merajuk dengan aku. I'm working dude, I'm freaking tired. That guy really use all my energy non stop" Tinta mula beralah. Dia penat,fizikal dan mental. Terduduk gadis itu di atas lantai.
Haih, satu keluhan dilepaskan. Sengaja gadis itu mengeluh kuat-kuat, biar Ethan dengar.
"Really?kau yang nak sangat kerja tu kan?" Kali ini terdengar suara lelaki itu membalas tanpa memalingkan wajah memandang ke arah Tinta.
Balasan Ethan membuatkan Tinta terdiam. Entah kenapa ada rasa marah yang terselit dihatinya ketika lelaki cina itu seakan memerlinya.
Fuck it. Tinta bangun. "I'm going to my room and again, I'm sorry Ethan. Kita sambung esok okay" lemah balasan suara gadis itu. Diam,kalini Ethan tak balas. Haih mamat ni.
Terasa longlai langkahnya ketika keluar dari bilik Ethan.
Share this novel