Rate

Bab 1

Romance Series 3171

Mata dicelik. Jam dilihat sepintas lalu. Pukul 6:34. Apa yang nak dibuat? Baju dah digosok, buku dah susun, kerja dah siap.. Nak buat breakfast awal lagi. Nanti umi dengan Abah kata apa pula.

Kaki dijejak ke lantai. Terasa pening kepala gadis itu. Mungkin sebab semalam tidur lewat menyiapkan assignment yang belum siap.

Naira mengambil tuala dan melangkah ke bilik air. Naira menyanyi kecil. Nak nyanyi kuat takut nanti mengganggu umi abah pula.

Tiba tiba dia teringat Prof. Hadi. Lelaki yang menginginkan nya. Gila! Nasib baik dia dah pindah sekarang. Dah berkeluarga dah pun. Haih. Terasan Aman kolej itu tanpa prof. Hadi!

Naira berkemban keluar dari bilik air menuju ke almari pakaian. Dia menyarungkan pakaiannya . Hari ini hari jumaat!. Jadi, esok cuti! Tapi esok dia ada kelas yang perlu diganti memandangkan pensyarahnya cuti hari tu dan diganti kepada esok.

'Why god! '

Naira duduk di atas katil sambil bermain dengan telefon bimbitnya.

'Alaa. Baru pukul 7:04.' Ada sejam lagi sebelum dia perlu pergi ke kolej. Kolejnya tidaklah jauh dari rumah. Dalam 15 minit saja dan selalunya dia berbasikal. Tapi harini Abah yang hantar sebab dia cuti. Kalau naik kereta awal lah sampai.

Naira pergi ke meja solek. Disebabkan dia sudah putih semula jadi dan tak ada jerawat jadi dia hanya mengenakan bedak basic saja. Lip tint dicolek sedikit diatas bibir pink itu.

Naira memakai tudung bawal berwarna pink lembut dan baju t shirt putih lengan panjang bercorak bunga peach dan seluar jean. Tubuh lansing dan lampai itu membuat kan apa saja yang dipakai Naira sesuai dengannya.

Naira mengambil bag dan memegang dua fail biru. Satunya penuh dengan kertas yang belum ditampal. Jadi dia perlu berhati hati atau kertas itu semua akan 'terbang'.

Dia melirik jam tangan pemberian abangnya yang sekarang sedang melanjutkan pelajaran di German. Rindunya!

'Fuh, dah jam 7:40. Boleh la sarapan dulu. '.

Naira turun dari tangga dan melihat uminya sedang menyiapkan bahan untuk breakfast.

Naira meletakkan bag nya dia atas sofa. Dia menuju ke dapur.

"Umi masak ape tu? ".

"Eh, budak ni! Terkejut umi. Ntah la ira. Umi pun tak tahu nak masak apa".

"Apa kata, umi duduk, biar ira masak". Kata naira sambil membawa uminya duduk di kerusi makan.

"Ish, janganlah. Nanti Naira lambat ke sekolah".

"Alaa, tak de la. Nanti Ira suruh Abah laju sikit. Preennggggg, haa dah sampaii".

"Dari kecik sampai besar sama aje". Kata Puan Suraya sambil meletuskan tawa.

"Hah, ni mesti mengumpat Abah kan? Bagitau sekarang, Ira sembang apa dengan umi tadi? ". Kata Encik Sufi yang baru turun dari tangga.

"Eh, mana ada sembang apa apaa. Hehehe".

"Awak mana boleh tahu. Ini hal perempuan. Kan ira? Hahaha". Sambut Uminya

"Betul tu! Hehe".

Encik Sufi hanya menjeling manja permaisuri dan puteri nya itu. Kalau tiada mereka, macam mana lah aku dengan Naz nak hidup. Haih.

Ira bergerak ke dapur dan menyiapkan bahan bahan menggoreng bihun. Itu saje yang sempat. Bihun bodoh bodoh je, settle!

"Okey, here we go! Mr. Sufi, Mrs. Suraya. Silakan makan".

"Eh, marilah makan sekali ".

"Takpe lah. Ira dah masak untuk ira sendiri. ". Dia tak boleh makan makanan yang berat pada waktu pagi. Kalau tidak, malang menimpa la waktu tengah hari nanti!

"Yelah. Abah makan dulu.. Emphhh.. Sedapnyaaa". Usik Encik Sufi.

Usikan Abahnya membuatkan dia terliur.. Sabar Naira Khadija, sabar sabar!

Seusai makan, dia menyalami uminya dan bergerak mengikut ayah nya ke parkir kereta. Dia masuk ke dalam dan meletakkan file² birunya ke tempat duduk belakang.

"Okey, dah sampai. Apa apa call abah tau. Belajar elok elok. Duit ada? Nah ambil dulu ni. Nanti lebih simpan".

"Okey, tq abah".

Seusai bersalam dengan ayahnya, dia menaiki tangga masuk ke pintu utama.

BUK!

"Woi! ".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience