Rate

Bab 3

Romance Series 3171

Peluh di dahi mengalir deras dan menitik satu demi satu.

"Hah!! ". Rafeeq terjaga dari mimpi ngerinya. Ya allah, petunjuk apakah yang kau cuba tunjuk ni. Aku tak mampu Ya Rabb. Tolong jangan.

Mimpi tu. Sama dengan apa yang Arwah nenek ramal! Mampukah aku? Atau sekadar singgahan mainan tidur? Sejujurnya, aku tak tahu.

Dikerling jam meja di sebelah. 3:20. Masih awal. Langkah dibawa ke bilik air.

Rafeeq menakung air paip yang mengalir ke dalam tapak tangannya. Air itu disapu ke muka. Ditenungnya cermin di hadapan.

Dia teringatkan Naira. Gadis itukah yang akan membawa ramalan nenda? Tak mungkin. Aku baru kenal dia! Dia tak layak diperlakukan sebegitu nanti. Tak boleh!

Aku kena tahan perasaan. Control Feeq, control. Dah 18 tahun kau pendam. Tak kan sekarang kau nak lepas?

"Naira ke.. Gadis yang nenda sebut? ".

Neneknya tidak menyukai Rafeeq sejak lahir. Dia amat membenci ibu Rafeeq, isteri kepada Anaknya. Semasa ibu mengandung, macam macam kerja dikerah kepada ibu Rafeeq. Sampai effect ke dalam kandungan.

Bila dia lahir, nenda amat membencinya. Jika mama atau baba keluar, dia akan diserahkan pada mak sedaranya. Mak sedaranya amat sayang padanya dan tak suka dengan sikap nenda. Dia sering ditampar nenda semasa kecil.

Semasa berumur 8 tahun, Rafeeq mengalami kecelaruan identiti.Kes nya lain hingga dah banyak doktor menelitinya tapi tak jumpa penawarnya. Dia terpaksa dibawa berjumpa pakar terapi.

Dia hanya mampu menahan. Bila dia depress, dia akan jadi orang lain. Dia akan jadi bukan Rafeeq Daniel. Dia sendiri tak faham.

Dia bunuh bapa saudaranya sendiri pada umur 13 tahun. Itu membuatkan nenda semakin benci kepadanya. Sewaktu nenda nazak, nenda ada menyumpahnya dengan berkata,

"Beberapa tahun nanti, bila kau sudah besar kau akan menyakiti sendiri gadis yang kau cintai. Kau akan siksa dia dengan tangan kau sendiri! Itu ramalan aku! ".

Dan aku takut. Takut kalau ianya menjadi kenyataan. Dia terlalu risau sehingga sendiri hanyut dalam lena.

***

Rafeeq membuka mata perlahan lahan. Tangannya merayap mencari Telefon bimbitnya di atas meja.

'Emph. Alhamdulillah aku masih bernafas. Dah pukul 6 la'.

Dia melangkah ke bilik air. Mandi dan mengambil wuduk.

Seusai solat, dia menadah tangan. Meminta, merayu, memuji penciptanya.

"Ya allah ya tuhanku. Kau berkatilah rezeki yang kau beri kepadaku ya allah. Kau ampun kan la dosa kedua ibu bapaku serta keluarga ku ya allah. Kau tolong lah aku menghadapi segala ujian darimu. Kau kuatkan lah aku. Kau lapangkanlah dadaku ya allah. Sesungguhnya engkau maha mengasihani

Ya rahman ya rahim. Engkau kurniakan lah aku kecintaan kepada kebaikan. Kau tabahkanlah aku ya allah. Kau dampingi aku ya allah dalam menempuhi setiap dugaan yang engkau kurniakan. Engkau lindungi lah wanita yang aku bakal cintai nanti ya allah. Sesungguhnya aku tidak mahu melukainya. Engkau berilah aku petunjuk. Alhamdulillahirabbil alamin wassolatu wassalamuala saidina muhammadin waala alihi wasohbih wasallam, wal hamdulillahirabbilalamin". Setiap doa diiringi air mata penuh tulus. Ampunkan hambamu Ya Allah.

Rafeeq menukar baju. Dia ade janji dengan rif dan zaif hendak keluar dengan mereka harini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience