4) Santau Langkah : Biasa berlaku di tempat kerja (office). Di mana orang yang mempunyai hasad dengki dan sebagainya akan menaburkan bahan-bahan santau ini di pintu sambil menyebut 1 menujukan santau tersebut kepada mangsa yang hendak dituju.. Ada juga santau yang dimasukkan ke dalam perigi dan lain-lain. Ia untuk ditujukan kepada seseorang dan terdapat pelbagai kaedah cara untuk pembuat 1 penganiaya ini melakukan santau. Tapi santau hanya akan kena pada mangsa melalui masuk dalam mulut (makan, minum, angin ), pijak langkah …. Wallahu a’lam …
Santau ini boleh dijual beli, contohnya pembuat santau ini akan menternak santau ini secara komersial dan akan menjual kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya atau pembeli boleh mengupah penyantau untuk menyantau mangsa. Pembeli juga boleh hanya membeli santau saja dan belajar dari penternak bagaimana hendak menyantau orang, walau budak umur 12 tahun pun boleh belajar …. Nauzubillahi min zalik.
Santau ini ada gred tersendiri, jika gred yang tinggi kesan pada mangsa seperti muntah darah yang banyak dan kritikal dan berkemungkinan membawa maut, dan ada yang gred rendah tapi kesan untuk jangka panjang ialah mangsa akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit asma, kanser, gatal-gatal yang sukar diubati, dan sebagainya. Dan menyebabkan terjadinya SAKA, sebab jin-jin & syaitan-syaitan yang berada dalam santau masuk ke dalam badan mangsa akan cepat membiak, nisbah bagi manusia melahirkan anak 1 orang = 1 bayi, tapi jin dan syaitan: seekor jin = 9 anak jin dan syaitan. Jenis mangsa : orang yang kuat beramal soleh (good muslim), orang yang mempunyai kelebihan dan baik.
Kenapa syaitan atau jin tidak mengganggu orang-orang kafir atau orang-orang yang tidak
Mengikut perintah Allah S.W.T. Syaitan atau jin tidak akan menyusahkan mengganggu merosakkan sebangsa dengan mereka, jadi makhluk-makhluk ini tidak akan menyakiti atau mengganggu manusia yang sudah buat maksiat atau tidak bermoral kerana mereka memang dah dihanyutkanoleh makhluk-makhluk ini dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Ta’ala. Cuba pergi disko ada tak orang kena santau kat situ … jawapannya, tiada …. cuba pergi ke masjid ada tak orang kena santau kat situ jawapannya ada. Ada orang-orang yang kuat beramal pergi masjid jalankan perintah Allah , itulah musuh syaitan, jin wal iblis laknatullah ….
Thanks yang mana dah like,follow me. Thanks so much... i love u gyys.
Share this novel