BAB 8 : BAGAIMANA SANTAU DIBUAT DAN DIPROSES

True Story Completed 597

1) Pembuat santau akan mengumpulkan segala bahan-bahan yang hendak dibuat santau  

2) Kemudian bila semua ramuan dah cukup, pembuat santau akan mencari suatu hari dalam bulan gelap betul-betul gelap (kalendar melayu kalendar islam ) dan mereka akan membawa bahan santau ini ke simpang tiga yang tak ada orang lalu lalang  (simpang yang menuju ke hutan) di tengah malam tanpa membawa rakan hanya seorang diri

3) Kemudian mereka akan memulakan bacaan mentera jampi serapah mengikut bahasa masing-masing sambil menutup bekas santau itu dengan sehelai kain. 

4) Cara bahan santau itu aktif ketika mana pembuat santau tu membaca mentera kain yang menutup bekas santau tu naik ke udara kemudian keluar suara (jin, syaitan, iblis laknatullah) bercakap ‘aku ikut perintah kamu’ itu bermakna ramuan santau itu sudah jadi (apabila bahan santau  ‘menjadi’ ia membiak macam yeast – cepat membiak walau kalau dah masuk dalam tubuh mangsa pun cepat membiak macam virus). Tapi sekiranya bahan santau itu tak jadi maka pembuat santau  ini akan menunggu hari gelap yang lain untuk mengulangi ritual yang sama sampai menjadi.

 5) Apabila bahan santau ni diaktifkan ia akan disimpan dalam bekas tabung contohnya zaman dahulu ia disimpan dalam batang buluh kecil dan digantung pada para di dapur. Kalau zaman sekarang Wallahu alam mungkin dalam balang atau sebagainya. 

6) Jadi, dalam 3 atau 4 bulan sekali pembuat santau ini akan memeriksa bekas santau itu samada penuh atau tidak, jika dah penuh dan melimpah terpaksa lah pembuat santau ini membuang santau ni dengan cara yang diterangkan sebelum ni samada pada khalayak ramai atau sebagainya. Jika tiada pilihan dan tak sempat nak buang ia akan memakan tuannya sendiri (samada pembuat terpaksa memberi makan atau minum pada ahli keluarga atau memakan diri sendiri). Boleh tak santau ini dibuang? Jawapannya boleh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience