Rate

PROLOG

Romance Series 4137

"Hamidah binti Samad ! kau dengar baik - baik apa yang aku nak cakap" Puan Hamidah yang dalam keadaan marah itu mula menahan air matanya daripada melimpah seperti sudah tahu apa yang akan diungkapkan oleh suaminya sebentar lagi .

"Aku ceraikan kau dengan talak tiga ! " Zapp!! akhirya perkataan yang paling dia takuti keluar dari mulut lelaki yang pernah dia cintakan sepenuh hati.

Hanya kerana seorang janda anak satu tegar Tuan Mukhriz menceraikan isterinya

" Ba...baik ,kalau ini yang awak mahukan kita jumpa dimahkamah" Puan Hamidah berluru masuk ke dalam bilik untuk mengambil barangan peribadinya .Hatinya hancur tidak terkata sakitnya.Air Mata yang gugur tidak dihiraukan.

"Ibu..ibu nak pergi mana? kenapa ibu bawa banyak beg?"soal seorang gadis kecil yang baru berusia lima tahun .Gadis kecil yang sedang memeluk anak patung itu sedang berdiri dimuka pintu .Matanya tidak lepas memandang wajah ibunya.

Puan Hamidah yang mendengar suara anaknya cepat - cepat mengelap air matanya.Tidak mahu anaknya melihat .Puan Hamidah berjalan ke arah anaknya lalu bercangkung dihadapan gadis kecil itu.

"Sofea..Sofea sayang ibu tak?" soal Puan Hamidah

" Mestilah ayang !!Sofea ayang ibu..ayang ayah...ayang adik .." Gadis kecil yang bernama Sofea itu menghadiahkan sekuntum senyuman yang menampakkan barisan gigi hadapannya .

"Kalau sayang ibu...Sofea kena tinggal dengan ayah tau.."balas Puan Hamidah

"Tapi ...Sofea nak ikut ibu.."wajah Sofea yang ingin menangis dipandang kilas.Tidak betah berlama lagi di situ kerana tidak sampai hati melihat wajah anaknya.Puan Hamidah ligat mencari alasan

"Ermmm..Sofea,Sofea tinggal dengan ayah dulu ya.Nanti ibu datang ambil Sofea okay..."jawab nya bersungguh - sungguh.

"Janji ehh"Sofea menghulurkan tangannya kepada Puan Hamidah

"Apa ini?" Puan Hamidah kebingungan

"Pinky promise ..."

"Kena ke? "

" Kenalah!!"Sofea menunjukkan mimik muka yang sedang marah

"Okay"Puan Hamidah menurutkan kehendak anaknya

'Maafkan ibu sayang ..jangan tunggu ibu..' bisik hatinya

Maaf kalau cerita ni tak menepati rasa korang ... riesha masih lagi mentah dalam bidang penulisan ini. Siapa yang dah baca dan berminat dengan cerita ini bolehlah follow riesha,sebagai pembakar semangat di masa hadapan .Terima kasih sebab luangkan Masa untuk membaca cerita ini.Sayang korang.Jumpa lagi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience