Rate

Bab 1

Romance Series 4137

"Seriuslah!!!"ujar Muhammad Hariz Irfan dengan nada terkejutnya atau lebih dikenali sebagai Hariz.

"Ya lah...kenapa? kau tak percaya"Arman ketawa kecil apabila melihat wajah terkejut rakannya itu.

"Bukan tak percaya tapi..aku pelik.Sejak bila kau tangkap cintan cantun dengan dia?Tup tup kau dah bertunang dengan dia! Apa ni?Kenapa aku tak tahu? sampai hati kau Arman kau buat aku macam ni."Fikiran Hariz dipenuhi tanda tanya.Ada kalanya dia berasa gembira yang rakannya sudah bertunang dan ada kalanya dia berasa geram dan marah kepada rakannya.

"Alaaaa...sorry lah beb.Bukannya aku tak nak beritahu kau...tapi Suraya yang minta rahsiakan.Katanya nak buat surprise!"ujar Arman bersungguh - sungguh.Dia tak mahu nanti Hariz menolak untuk menjadi pengapitnya.Al-maklumlah Hariz sajalah satu-satunya bff yang dia ada.

"Surprise? Inilah surprise yang paling tak akan aku lupakan sepanjang hayat aku.Aku terharu sangatttt"perli Hariz.Hariz mencebik sambil anak matanya memandang ke atas dan ke bawah membentuk roll.

"Tak payah nak buat muka macam tu lah Hariz oi,naik loya tekak aku ni"Arman sengaja ingin menaikkan darah rakannya itu.Tanpa berlengah masa Hariz mengambil dokumen yang berada di atas mejanya lalu dibaling ke arah Arman.

"Adoiii!!!"Arman menjerit kesakitan .Dokumen yang dibaling oleh Hariz tadi jatuh di atas lantai.

"Kau dah kenapa ?"marah Arman sambil merenung tajam Hariz

"Dah kenapa apa?"soal Hariz.Baru sahaja Arman ingin membalas pintu bilik diketuk.

Tok!Tok!Tok!

"Masuk!"arah Hariz sambil membetulkan duduknya.Arman yang duduk di atas meja Hariz cepat- cepat berdiri.

"Tuan Hariz,tuan dah lambat nak meeting "
muncul Alia dari luar sambil jarinya menunjuk pada jam tangan miliknya.Alia merupakan PA kepada Tuan Hariz.Umur Alia baru sahaja mencecah 25 tahun tetapi sudah mempunyai anak seramai 4 orang.Agak-agaknya berapa umur dia semasa kahwin?.Hariz cepat-cepat memandang ke arah jam tangan berjenamanya.Benar kata Alia yang dia sudah lambat .

"Wei,Arman Aku cau dulu nanti apa- apa rojer"Hariz menepuk bahu Arman sebelum melangkah pergi.

"Jangan lupa macam biasa!"jerit Arman sebelum sempat Hariz menutup pintu biliknya.

"Ya aku tahu!"balas Hariz dari luar.

Baru sahaja Arman ingin keluar,matanya tertancap pada dokumen yang berada di lantai.Arman menggelengkan kepalanya .

"Ini mesti kes banyak makan semut ni,sampai terlupa dokumen yang dia hempuk kat kepala aku tadi ,dokumen yang dia kena bawa meeting.Ish..
ish..ish...akulah tu yang nak kena bagi dia.Takkan orang lain pulak.Nanti tak bagi salahkan aku pula.Aku yang kena.Hantu punya kawan."bebel Arman sendirian.

Black Aurora Cafe,9.00 malam

"Woi! Arman kau buat apa terhendap - hendap dari tadi.Kau tunggu siapa ?"soal Hariz.Panas punggungnya apabila melihat Arman.

"Tunggu siapa lagi...Suraya lah"balas Arman lalu menghirup lemon ais dihadapannya.

"Kau ajak Suraya datang sekali ke?"soal Hariz buat kali kedua.

" Bukan macam tu...kebetulan masa aku tengah tunggu kau tadi Suraya call aku katanya ada perkara nak bincang dan kebetulan aku dekat cafe ni dan kebetulan lagi aku ajaklah dia join kitaa..."jawab Arman selamba.Banyak betul kebetulan dia ya..

"Banyak keb-"belum sempat Hariz meneruskan ayatnya ,Suraya datang memotong.

"Hai.."sapa Suraya dengan wajah yang ceria.Tak dinafikan yang Suraya mempunyai wajah yang cantik.Kalau tak cantik tak adanya Arman nak terpikat ya tak.

"Hai.."Arman dan Hariz membalas dengan serentak .Suraya melabuhkan punggungnya di kerusi yang bersebelahan dengan Arman .

"Hariz..dah lama Su tak nampak Hariz .Bussy sangat ke?"Suraya menegur Hariz.

" Bussy juga lah...baru je balik outstation sebab tu Su dah lama tak nampak"

" Aikk...orang sebelah awak ni tak nak tegur ke?" tegur Arman seolah -olah berjauh hati.

"Alaaa janganlah ngajuk... soryyyyy"Suraya memohon maaf sambil membuat muka comel .

"Auchhh!!panahan cinta.."Arman meletakkan tangan kanannya di atas dada sambil membuat muka kesakitan .Hariz yang jadi pemerhati membuat muka ingin muntah.

"Dah,dah lah tu...buat sakit mata aku je."Hariz memulakan perbualan kerana tidah sanggup melihat drama tak berbayar di hadapannya .Suraya sudah memerah muka serupa tomato kerana ditegur oleh Hariz.Manakala Arman pula dengan muka selambanya.

"Ok,straight to the point .Apa yang yang Su nak bincang dengan saya ?"soal Arman.

"Sebenarnya ....Su ada satu permintaan...Su tahu permintaan Su ni melampau.Su harap awak berdua boleh tolong Su.Su tahu Su ni tak malu nak minta tolong.Cuma awak berdua je yang Su harapkan"
jelas Suraya dengan muka yang berharap.

"Tolong apa..kalau kitaorang boleh tolong
kitaorang akan tolong"ujar Hariz .Arman menjeling Hariz sebelum tersenyum memandang Suraya.

"Ehh..awak cakap je awak nak minta tolong apaa..saya tolong!lagipun...Saya kan....tunang awak.... so apa salahnya kan...kalau saya tolong awak..."Arman yang tersimpul malu itu sengaja
memutus-mutuskan ayatnya.

'Ceh...dah mula lah tu sengal dia ....'bisik Hariz sendirian melihat Arman dan Suraya bersilih -ganti

'Nak kena halang ni...kalau tak sampai kesudah tersenyum-senyum macam kerang busuk...menyampah pula aku'desis Hariz

PAP!!

Hariz menghentakkan tangannya di atas meja untuk menyedarkan dua orang rakannya yang sudah Tak ingat tempat.Suraya dan Arman tersentak.

"Ehemm....ehemmm ...macam mana nak tolong kalau cerita pun tak tahu"last-last Hariz juga lah yang mulakan perbualan .Apa pun tak boleh harap.

"Sebelum Su bercerita..Su nak tanya soalan dekat Arman dulu,boleh?"

"Tanyalah...kalau nak tanya pasal kita pun tak ada masalah".miang Arman datang lagi.Suraya pula mukanya sudah merah menyala menahan malu nasib tak meletop.

"Amrannnnnnn"Hariz memberi amaran.

"Teruskan.Teruskan. "Arman senyum sumbing

"Arman betul ke awak serius dengan saya.."

"Suraya ....saya betul -betul serius dengan awak.
Dalam hati saya ni hanya nama awak yang terukir kemas.Hanya awak yang mampu buat jantung Saya berdegup -kencang.Hanya awak ...hanya awak Suraya..."Hariz yang mendengar sudah ternganga mulut.

'Sejak bila kawan aku ni pandai buat ayat cair ni...sejak bila..kenapa teruk sangat sawan dia ni..'

Suraya yang mendengar pengakuan Arman tersenyum manis.Ya lah siapa je yang tak suka kan.

"Kalau macam tu awak kena tolong saya......"

Riesha nak minta maaf sebab dah lama tak update. Riesha sibuk dengan pdpr kalau ada masa lapang je riesha akan update ya...selamat membaca ..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience