Rate

Bab 2

Romance Series 4862

"Bosannya,aku nak buat apa harini eh!?" jerit si Ahmad dalam perasaan dia yang penuh kekosongan tanpa apa apa aktiviti hendak dilakukannya."Haih,apalah nasib aku menyendiri...dahlah anak tunggal...single pulak..
hok aloh."

Hiyaapp!!
"Baik aku pergi workout harini,sihat sikit badan aku daripada aku duk mereput dalam bilik tu macam orang takde life".Ahmad pun pergi menaiki motor atuknya yang bunyi seperti jentera lama yang perlu diselenggara."Vroom...vroom...krak. Aduh jahnam mampus aje ni dari semalam pebendalah motor ni...haih tunggu jelah aku dapat lesen nanti aku nak claim Y15ZR dengan ayah...hoho...kuat betul aku berangan". Selepas cubaan kedua dia start motor atuknya tu akhirnya dia berjaya.

Sesudah sampai di Padang Astaka.

"Perghhh...hari yang baik untuk single yang berjaya...hahah...aku nak push up 20,pull up 10 dan jog 5 min dah cukuplah tu kot sebagai segarkan badan aku". Ahmad pun memulakan senaman rutin yang dia search di google dengan semangat yang membara."Ehh,rasa sedap badan aku bila workout nih walaupun rasa penat tapi sihat!" berkata-kata seorang diri dalam hati pemuda itu."Cukuplah tu untuk harini aku workout masa untuk balik!". Ahmad balik dengan perasaan puas hati dengan perasan dirinya berasa seperti lelaki sado dan gagah.

"Vroomm...vroom..dufff"
Motor atuknya itu dimatikan dan diletakkan di bawah garaj kereta itu."Assalammualaikum!","Waalaikumussalam". Salamnya itu disambut oleh atuk dan neneknya yang sedang berehat di bawah pokok telur tebu dan pokok pisang yang rendang menutupi cahaya matahari."Watpe tu nek?!",tanya si Ahmad."Ni ha tengah berehat sekejap dengan atuk kamu ni penat buang daun kering",ujar si neneknya itu yang sedang menguis daun daun pisang yang dicantasnya."Orang masuk dalam dulu eh?","Oky!" balas si neneknya. Ahmad pun ke biliknya untuk mengambil tuala namun dia menerima satu mesej daripada sahabatnya. Mesej tersebut mengatakan "Di,esok Muay Thai aku x buat sebab aku pnat handle budak ii kilang haritu diorang buat kerja macam mana entah". Ahmad pun membaca tanpa membalas dan terus ke bilik air.

Setelah selesai membersihkan badan dan berpakaian kemas dengan wangian Ahmad terus ke dapur untuk mencari makanan yang ada namun nasibnya tidak begitu baik kerana seluruh almari tersebut kosong. "Allahhuakhbar,kosong terus...hahha nasib tak keluar lalat". Ahmad masuk ke dalam bilik dan bersiap untuk ke pasar dengan ayahnya. Ahmad seorang yang pandai membeli barang dapur dan keperluan harian jadi emaknya hanya membiarkan Ahmad menguruskan segalanya kerana hendak mengajar Ahmad erti berdikari dari usia di bangku sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience