Rate

Bab 3

Romance Series 4862

"Emak,adik nak ke pasar ni...barang dapur ada lagi tak?",tanya Farisya gadis yang berbaju kurung merah kepada emaknya. "Jap adik,emak nak tengok dulu barang dapur apa yang kita perlukan" kata Puan Zunaida kepada anak gadisnya Farisya. "Baiklah emak" jawab Farisya dengan sopan. Farisya duduk di tepi tangga rumah sambil terbayangkan masa depannya yang ingin melanjutkan pelajaran ke UITM namun apakan daya keluarganya hanyalah hidup bersederhana tapi semangat Farisya yang ingin mencapai impiannya tak pernah luntur walaupun secebis halangan.

Farisya yang sedang duduk bersandar di tepi tangga rumahnya itu mengelamun sementara menanti Puan Zunaida memeriksa barang dapur yang hendak dibeli. Farisya terbayangkan seorang lelaki yang muncul di dalam mimpinya disaat dia tidur lena semalam. Rupa wajah jejaka itu tidak kelihatan jelas didalam ingatan Farisya namun perasaannya seakan akan benar."Astaghfirullahhalazim,dah ii lah tu mengelamun mungkin semalam tu cuma mainan syaitan", ujar Farisya kepada dirinya sendiri. "Ha , adik...mak panggil tadi tak dengar ke? Amboi kuat mengelamun nih ye." Perli Puan Zunaida yang dah lama perhatikan anak gadisnya mengelamun di tepi tangga tanpa Farisya sedari."Hahah,takdelah mak...adik cuma teringat mimpi semalam tu je mana ade mengelamun jauh sangat". "Iyelahh,dah pergilah cepat nanti habis barang disapu orang kat pasar tu" kata Puan Zunaida. "Okey mak,adik pergi dulu ya. Assalammualaikum!". "Waalaikumussalam".

Setelah tibanya Farisya di pasar,dia terus mencari barangan yang tertulis dalam sehelai nota itu. Mata Farisya amat tajam sehinggakan barang yang dicarinya dijumpai dengan senang. Sehinggalah Farisya tiba di satu kedai dia terlanggar seorang lelaki muda kerana terlalu bergegas hendak mendapatkan barang tersebut. "Aduhh,sakitnya!" kata Farisya. Lantas lelaki yang dilanggar Farisya itu bangun dan mengutip barangan milik Farisya yang terjatuh."Awak okey?",tanya jejaka itu kepada Farisya namun Farisya segan silu hendak menjawab kerana malu dengan perbuatannya tadi. "Ermm,sa...sa...saya oky..awak pula?". "Jangan risau,saya baik ii aje. Boleh saya tahu nama awak?',tanya pemuda itu yang bercakap dengan penuh kesopanan. "Nama saya Farisya", kata Farisya dengan perasaan malu-malu kucing." Wah,nama yang cantik untuk orang yang cantik macam awak!",kata jejaka itu. "Ahaha,terima kasih...mak dan ayah saya yang berikan dan saya bersyukur dengannya." balas Farisya. "Alhamdulillah",kata jejaka itu dan terus mengundurkan diri dari perbualan mereka setelah kenderaannya sampai. "Saya minta diri dulu ya,awak berhati-hati ya lain kali. Assalammualaikum". "Waalaikumussalam". Selepas itu,Farisya terus pulang tanpa melengahkan masa kerana waktu hampir tengah hari dan emak Farisya belum memasak lauk kerana tida mendapat bahan bahan yang diminta olehnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience