BAB 6

Romance Completed 8227

“Sayang, senyumkan apa tu? Duk senyum sorang-sorang. Dah macam orang tak betul je.” Aniq berasa lucu melihatkan isteri yang baru dinikahinya itu duduk tersenyum sendiri di meja batu itu sedari tadi. Tak lain tak bukan, duk berangan lah tu. Sampai dia yang masuk ke taman mini di laman rumah itu pun isterinya tidak sedar. Kuat berangan betul bini aku ni! Ish ish ish…

Mati terus senyuman isterinya dikata begitu. Satu cubitan halus hinggap di lengan sasa Aniq.

“Aduiii, sakitlah! Cubit macam ketam.”

“Padan muka! Abang ni. Tak betul tak betul saya ni pun isteri siapa? Isteri abang jugak kan. Senang-senang je panggil kita tak betul.” Sang isteri mulai menarik muka. Dia berpaling dari suaminya. Pura-pura merajuk.

Dia tersenyum tadi pun bukannya apa. Teringat kisah bagaimana kalutnya pertemuan pertama mereka sebelum disulam cinta selepas nikah. Siapa sangka selepas sahaja dia tamat pengajian di matrikulasi, dirinya terus disunting sang jejaka tampan tambah beriman idaman hati ini. Suaminya dengan ‘gentleman’nya berjumpa orang tuanya untuk merisik jika si gadis sudah berpunya. Kemudian, mereka bertunang hanya beberapa bulan, terus bernikah. Untuk menjalin hubungan kasih sayang dengan cara yang diberkati. Umurnya baru sahaja mencecah 20 tahun tetapi sudah pun bergelar isteri seorang jurutera tampan pujaan. Huhu, Alhamdulillah tak sudah.

“Puan Nurin Hana Rose. Hey, pandang sini sayang.”

“Shireo! (tak nak).” Terkeluar juga bahasa Korea di hadapan suami Korea celupnya ini.

“Dari pandang abang, baik Nurin pandang bulan tu. Lagi cantik.” Nurin Hana mendongak memandang bulan penuh dan bintang-bintang yang memenuhi langit. Aniq hanya tersenyum. Dia mencapai tangan isterinya yang masih dipenuhi inai. Aduhai, baru kahwin dah merajuk bagai pulak. Nasib baik dia ni pakar memujuk. Isteri pakar merajuk, suami pakar memujuk. Baguslah tu.

“Sayang, pandang sini. Berdosa tau tak melawan cakap suami Nurin.” Aniq berkata lembut. Selepas berkahwin, Hana lebih mesra dipanggil Nurin. Dia mahu nama itu satu-satunya nama manja antara dia dan suaminya. Aniq pula dia panggil ‘Abang Fariz’. Kod nama manja itu hanya antara mereka berdua sahaja katanya.

Nurin Hana Rose memandang suaminya. Takut betul dia bila suaminya ugut-ugut pasal dosa ni. Farizzul Aniq sudah tersenyum sumbing. Dia tahu isterinya seorang yang patuh walaupun rajin merajuk dan sentiasa ingin dipujuk. Inilah cara isteri kesayangannya bermanja. Alahai, kahwin dengan budak-budaklah katakan.

Rambut yang sudah menutupi separuh wajah manis isterinya itu dielus manja. Wajah manis itu masih bermonyok. Redup mata Farizzul Aniq memandang isterinya.

“Sayang intan payung zamrud umbrella abang ni. Abang minta maaf, okay. Abang gurau je. Abang bukan sengaja nak panggil sayang macam tu. Isteri abang yang cantik-molek plus bijak pandai ni, takkan lah tak betul pulak kan. You don’t know how much I love you.”

Farizzul Aniq memujuk sambil buat muka comelnya. Alahai isteri, kau tau tak betapa aku mencintai kau selama ini. Nurin Hana Rose sudah tersengih melihatkan suaminya yang sudah mulai bersikap kebudak-budakan. Macam dia juga. Cair dia bila suaminya buat muka comel ala kucing ‘Pussy’ mereka tu. Walaupun Abang Fariz tercintanya itu lebih tua hampir lima tahun daripadanya, tetapi mereka sekepala bila bermanja dan gila-gila.

“Tapi panggil orang tak betul. Tak baik tau abang ni.” Dada suaminya pula menjadi mangsa pukulan lembut Nurin Hana Rose.

“Tau tak sebenarnya abang jeles bila sayang tengok bulan tu lebih lama dari sayang pandang abang.”

“Yeke? Macam tu Nurin pandang abang lama-lama lah. Nah, hadiah untuk abang sebab berjaya pujuk Nurin yang tak betul ni.” Satu kucupan nakal hinggap di pipi Muhammad Farizzul Aniq Hyun. Memerah muka pasangan suami isteri itu. Mereka memandang satu sama lain. Panahan mata Farizzul Aniq berjaya membuatkan Nurin Hana Rose tertunduk.

Nurin Hana Rose menyembamkan pula mukanya di dada bidang suaminya. Tergugat iman bila memandang ke dalam anak mata suaminya itu lama-lama. Farizzul Aniq mengusap-usap lembut rambut panjang isterinya. Kuat betul getaran hati masing-masing pada saat ini.

“Meh sini. Kita nak bagi upah kat orang yang dah bagi kita hadiah ni.” Tubuh kecil Nurin Hana Rose dikendong oleh Farizzul Aniq. Nurin sudah terpinga-pinga memandang Abang Fariznya itu. Pipi Nurin Hana Rose dikucup lembut oleh sang suami. Dibawanya isteri tercinta masuk ke mahligai bahagia mereka, meninggalkan laman yang terhias indah itu.

“Abang Fariz!!! Nakal eh.”

“Eleh, awak pun nakal jugak. Tiba-tiba je cium kita, sekarang biar abang pulak buat nakal. Love you my sweety girl.”

Malam pun berlalu pergi menyaksikan penyatuan cinta halal dua orang anak Adam.

Muhammad Farizzul Aniq Hyun dan Nurin Hana Rose.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience