BAB 7

Romance Completed 8227

“Nurin pergi dulu, Abang Fariz.” Tangan Farizzul Aniq dicium. Lama. Air mata sudah berlinangan memenuhi pipi Nurin Hana Rose. Hidungnya merah, menahan sebak.

“Pergilah. Belajar betul-betul. Capai kejayaan. Biar nanti bakal anak-anak kita bangga dapat ummi yang pandai plus kiut-miut ni. Tak mahu sedih-sedih. Jangan nangis, sayang. Nanti dah tak cantik isteri abang ni.”

Farizzul Aniq cuba berseloroh. Menceriakan hati isteri tersayang. Nurin Hana Rose tersenyum kelat. Terasa berat sungguh hati ingin meninggalkan suami tercinta. Tapi nak buat macam mana. Ilmu harus dicari dan dituntut.

Suaminya dipeluk erat. Farizzul Aniq membalas pelukan isterinya. Dia turut berasa berat hati untuk melepaskan Nurin tercinta tetapi dia memahami cita-cita isterinya harus diutamakan sekarang ini. Air mata isterinya diseka.

Nurin Hana Rose kini selain bergelar seorang isteri, dia juga bergelar seorang pelajar semester kedua Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan&Pemakanan) di Universiti Malaysia Terengganu. Setelah mendapat keputusan yang memberangsangkan di matrikulasi, suaminya membenarkan dia menyambung pelajaran. Itu syarat yang Nurin tetapkan sebelum mereka bernikah. Untuk membenarkan dia menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Untung suaminya memahami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience