BAB 5

Fanfiction - KPOP Series 1335

"Hah..semalam kamu pergi jalan-jalan kat mana? Best tak?" soal Cikgu Azarul pagi itu.

"Kami tak pergi keluarlah cikgu..." kata Zu.

"Lah...awat tak pi?" tanya Cikgu Azarul lagi.

"Sebab dua ekoq budak nilah... nak sangat tengok What's Wrong With Secretary Kim? tu." kata Diah menyindir sambil menjeling budak dua ekoq tu.

"Hok aloh... Malam tu pun Twice release Dance The Night Away. Dia pon sebenarnya tak nak pergi sebab nak tengok lagu baru tu." kata Zu tak mahu kalah.

"Eh hang ni...aku pang kang!" kata Diah.

"Ehh apa gaduh gaduh ni nanti cikgu bukak silat cikgu, tak pasai pasai masuk hospital setahun." marah Cikgu Azarul.

"Ops sorry cikgu." kata Diah dan Zu serentak.

"Astu, bila nak keluar?"

"Entahlah cikgu..tengoklah kalau kami free kami keluarlah."

"Ermm yelah.. kalau kamu nak keluar cakap kat cikgu jangan main keluar je kalau sesat cikgu bolehlah tolong. Arasso?" kata Cikgu Azarul.

"Hmm!" balas mereka bertiga sambil mengangguk.

"Uyeoni aninikka...DNA." Zu mengeluarkan suara yang perasan merdu walaupun memang merdu.

"Zu, nak pi tak keluaq?"

"Hmm.. Tak tau. Hang nak keluaq ka?" jawab Zu.

"Aku..."

TOK TOK TOK!
"Assalamualaikum!" kata seseorang dari luar selepas mengetuk pintu.

"Waalaikumussalam!" jawab Aufa. Dia pergi membuka pintu.

"Eh, cikgu?" kata Aufa terkebil kebil.

"Awalnya cikgu balik." kata Zu sambil melihat jam tangannya. Baru pukul 5 petang.

"Tak palah. Ni rumah cikgu. Biarlah cikgu nak balik bila bila pon." kata Cikgu Azarul selamba sambil tersenyum.

"Hmm.. yelah cikgu.." kata Aufa.

"Taklahh.. cikgu sebenarnya nak bagi surprise."

"Eh, cikgu?" kata Diah yang tiba tiba muncul di tangga sambil memegang telefon bimbitnya.
Ayat yang sama dengan Aufa dilemparkan kepada cikgu tersebut.

"Haa.. Ada pun kamu, Diah. Cikgu nak bagi surprise ni." ulang cikgu muda itu.

"Surprise?" mata Diah bercahaya. Cikgu Azarul mengangguk dan tersenyum.

"Kat mana surprise tu cikgu?" tanya Diah.

"Kat dalam kereta cikgu." jawab cikgu Azarul.

"Kereta cikgu kat mana?" tanya Zu pula.

"Kat dalam tandas bilik kamu, Zu. Pergilah cari sampai jumpa." balas Cikgu Azarul memerli.

"Ish, serius la cikgu.."

"Serius la.. Cuba kamu check kat dalam tandas tu." kata Cikgu Azarul lagi.

"Hang ni, Zu. Nama pon kereta mesti la duduk kat luar rumah. Boleh kau tanya lagi. Dah jom." kata Aufa. Dia mencapai sehelai tudung yang disangkut di tepi pintu rumah untuk kecemasan.
Zu dan Diah mengikut rentak Aufa. Cikgu Azarul pula masih ketawa dengan kenaifan Zu tadi.

"Jeng jeng jeng!!!" kata Aufa. Sengaja nak debarkan hati rakannya dua ekor tersebut.

"Ish, Aufa.. Kau senyap jelah." kata Zu. Aufa menyeringai.

"Aku pergi dulu lah. Korang ni lambat sangat." kata Diah. Dia terus berlari kearah kereta Cikgu Azarul.

"Ehh, tunggu la Diah!" kata Aufa dan Zu. Mereka berdua mengejar Diah.

Diah yang telah sampai ke kereta terus membuka pintu seat belakang. Dua lembaga melihat Diah dari dalam kereta.

Diah terkejut. Dia menjerit kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience