BAB 6

Fanfiction - KPOP Series 1372

Diah terkejut. Dia menjerit kecil.

"Diah! Hang kenapa?" tanya Aufa sejurus berada di sebelah Diah. Aufa melihat dua orang wanita di dalam kereta memandang kearahnya.

"Eh, ni..." kata Aufa perlahan.

"Aufa?" kata salah seorang wanita dari dalam kereta itu. Jari telunjuknya menghala ke arah Aufa. Aufa pun menghalakan jari telunjuknya ke arah 2 orang wanita dalam perut kereta itu.

"Soraya? Aisyah? Betul ka hampa?" kata Aufa. Diah di sebelah Aufa terkaku akibat terkejut tadi.

Wanita yang dinamakan Aisyah dan Soraya oleh Aufa tadi terus keluar dari perut kereta dan memeluk Aufa. Mata Aufa terkebi kebil apabila diperlakukan sebegitu rupa.

Zu pun terkejut. Terkaku macam tugu negara.
"Seriously? Soraya? Aisyah?"

"Yes, it's us, Zubon." jawab Aisyah. Zubon tu nama panggilan kejam Aisyah kepada Zu. Ia membawa maksud Zu + Jebon = Zubon. Tu sebab dulu Zu suka kata Jebon.

Zu terus memeluk Aisyah. Aisyah,Zu,Aufa,Soraya dan Diah saling berpelukan.

"Dah lama kita tak jumpa, Aisyah, Soraya. Rindu gila kat hampa dua. Last time kita jumpak waktu... ermm... Form 3, right?" kata Zu.

"Eh, ingat lagi! Haah, aku dengan Aisyah pindah waktu form 4." kata Soraya.

"Ha, seronok tak surprise cikgu?" tanya Cikgu Azarul yang tiba tiba muncul dari belakang. Lima sekawan itu terus memandang ke arah cikgu mereka.

"Seronok cikgu. Best gila!!" kata Aufa gembira. Diah dan Zu mengangguk.

"Owh, ni lah surprise cikgu Azarul sampai suruh kami berdua duduk dalam kereta senyap senyap eh?" kata Aisyah pula. Cikgu Azarul mengangguk.

"Terima kasih cikgu!" kata lima sekawan itu.

"Ehh, jap. Kenapa Aisyah dengan Soraya boleh ada kat Korea nih?" tanya Zu.

"Depa dua pon dapat tawaran belajar kat Korea. Ingat kamu sorang jer?" kata Cikgu Azarul nada lawak.

"Oh, yaka?" tanya Aufa kepada dua orang rakan lamanya yang baru sampai di Korea itu.

"Haah." kata Soraya.

"Ha! Sebelum kamu tanya, cikgu jawab dulu. Soraya dan Aisyah ni akan duduk satu universiti dengan kamu. Cuma course je lah yang berlainan. Tapi, tak pa.. Kamu duduk sebumbung, takkan tak jumpa?" kata Cikgu Azarul.

"Hah? Seriously, same university?! OhMyGucciiii!" kata Zu. Mentang mentanglah bias dia suka pakai Gucci, suka ja cakap Gucci tu.

Semua tergelak melihat reaksi melampau Zu yang lawaknya boleh tahan.

"Bila hari orientasi tu, Aufa? Aku lupa la." tanya Diah kepada Aufa yang tengah buat nestum. Tak habis habis nestum. Kenapa? Sebab Aufa memang suka air yang satu tu.

"Dua minggu lagi. Kenapa?"

"Tak delah, rasa nervous. Nak jumpa budak budak Korea yang lebih comei, tinggi dan baik dari kita." jawab Diah.

"Eh, mana yang hensem, tinggi, baik hati tu?" kata Aufa sengaja mengusik. Mereka berdua ketawa.

"Satgi kalau jumpa namja hensem aku nak nyanyi, 'wae nae mamuel heundeuneun geondae?(why are you shaking up my heart?)'" kata Diah gatal.

"Amboi, berani benor.. Kang dia maki kau, bukan kau faham pon, kan? Kita ni bukan boleh lagi cakap Korea." kata Aufa.

"Aku bolehlah." kata Diah menyangkal kata Aufa.

"Alah, takat mianhae, saranghae, gamsahamnida tu tak payahlah.. Tu level budak tak minat Korea pun tau."

Diah tergelak. Senyap seketika. Aufa melirik Diah. Hmm, tengok telefonlah apa lagi. Mesti tengah scroll ig ni. Ingat aku tak tau?

Aufa terus angkat cawan yang berisi nestum yang dibancuhnya tadi ke arah sofa yang Diah duduk.

"Tengah buat apa tu? Tengok ig?" tanya Aufa.

"Yelah, apa lagi." kata Diah sambil mengunyah biskut kering ditangannya.

"Ig yang mana? @kpop.page_ ? (saja sy promote ig ni. Tp ig ni xda kena mengena dgn sy. Sapa nk follow dipersilakan)"

"Yelah, yang mana lagi? Eiii seronoklah followers aku bertambah jadi 500+!!" kata Diah. Bahagia sangatlah tu dengan followers dia. Aku pun tak tau lah apa kebaikan banyak followers ni. Haih...

Aufa buat muka menyampah. Yelah, followers bertambah tu memang la gempak. Tapi, pantang orang puji sikit, dia buat muka belagak tahap langit ketujuh tu. Pastu berbangga dapat kalahkan bilangan followers Aufa. Aufa ni bukannya kesah pun pasal followers dia.

"Ah, dahla. Malas nak layan kau punya @kpop.page_ tu. Dahla video curi orang punya." kata Aufa. (sy xtau ok pasai vid/pic dlm @kpop.page_ tu. Jgn percaya apa yg sy ckp ni. Sy ulang, sy xda kena mengena dgn fan acc tu.)

Diah buat tak tau. Aufa tau Diah malas nak layan.

Krik krik... krik krik...

"Hah! Apa kata kita pergi jalan jalan tonight? Ramai ramai ni best sikit, boleh riuh. Nak tak, Diah? Haritu kan tak jadi pi lah apa lah." tanya Aufa tiba tiba.

"Aku on je. Kau tanyalah kawan kawan kau tu. Takut depa tak nak je." kata Diah selamba.

"Ok. Nanti aku tanya depa."

Tok Tok Tok.. "Bisa saya masuk, mbak?" tanya Aufa sambil mengetuk pintu bilik disebelahnya.
Pintu terkuak. Tersembul Soraya yang memakai telekung putih. Baru lepas solat kot.

"Kenapa?" tanya Soraya.

"Kau nak pergi jenjalan tak dengan aku dan Diah?" soal Aufa.

"Boleh ja. Yang lain ikut tak?" tanya Soraya lagi.

"Entah. Aku baru nak tanya depa. Tunggu jap eh, nanti aku bagitau." kata Aufa.

Soraya hanya menganggukkan kepalanya dan menutup pintu biliknya semula.

TokToKtok...

"Yea kenapa Oppa?" Soal Zu sebaik sahaja dia terlihat Aufa di hadapan pintu biliknya.

"Nak pergi jenjalan tak malam ni?"

"Nak!! Soraya, Aisyah dengan Diah, ikut?"

"Ikut." kata Aufa.

"Yesss, kita berlimaaaa!!" kata Zu gembira.

"Eh. Dah mintak permission cikgu?"

"Belum. Nak call takut cikgu busy, messege je la." kata Aufa.

"Oooo key..." kata Zu. Dia menutup pintunya.

Aufa turun ke tingkat bawah. Dia nampak Diah masih bersama telefonnya. Dia menggeleng perlahan.

Aufa mendekati Diah.

"Hah, kau sebilik dengan Aisyah kan? Nanti kau tanya kat dia nak pegi jenjalan tak. Ok?"

Muka Diah tiba tiba menjadi agak keruh.

"Kenapa korang boleh duduk satu bilik seorang tapi aku kena duduk 2 orang dalam bilik tu?" Diah tak puas hati tiba tiba.

"Yelah, bilik kau kan besar. Tak salah berkongsi. Bukan rumah kau pun. Sharing is caring, you know." kata Aufa tenang.

"Memanglah, kau tak rasa. Bolehlah cakap macam tu." kata Diah.

"Lepastu? Kau nak suruh aku duduk dalam bilik kau, kau duduk dalam bilik aku? Berani ke nak duduk dalam bilik aku yang gelap dan paling jauh dari tangga tu?" balas Aufa menyindir. Aufa sengaja mengusik Diah macam tu sebab Diah ni penakut lebih sikit dari Aufa.

"Hahaha, tak palah.. Terima kasih jelah.. Bilik aku tu lagi cantik la dari bilik kau." kata Diah. Dia nak cover takut dia tu ja.

"Hek eleh.." ucap Aufa meleret.

Diah menjeling Aufa.

"Ha, dahlah. Cepat bersiap. Kita nak pi dah ni. Aku bagi 1jam ja ok. Jangan lama lama. Pukul 9 kita keluar." kata Aufa.

Diah mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience