Rate

Bab 2

Romance Completed 18462

Ketika itu, Wafiyya sedang membantu ibunya bercucuk tanam di tepi halaman rumah mereka. Kebetulan ketika itu, sebuah kereta mewah berwarna hitam berkilat berhenti di hadapan rumah mereka. Saiful keluar dari tempat duduk pemandu dengan bercermin mata hitam. Dia melangkah ke arah anak-beranak itu dengan langkah yang cermat.

“ Assalamualaikum makcik..tumpang tanya boleh?” Saiful menegur ibu Wafiyya, Mak Milah. Sambil itu, matanya menyorot ke arah gadis manis bertudung litup di belakang ibunya. Nasib baik dia memakai kaca mata hitam, kalau tidak, mesti dia dituduh bermata keranjang.

“ Waalaikumussalam…ya encik, nak tanya apa?” Mak Milah berasa segan dengan tetamu yang tidak diundang itu. Sudahlah pakaian mereka sudah dikotori tanah dan berbau peluh, lelaki yang berada dihadapan mereka pula segak berkemeja dan berseluar slack. Wafiyya pula hanya menundukkan kepala.

“Eh..makcik, jgnlah berencik dengan saya…mak cik dah tak ingat kat Saiful lagi ke? Saiful anak Pak Sahak. Selang 3 buah rumah ni je..” Saiful menanggalkan kaca matanya, lalu menghadiahkan senyuman ikhlas kepada kedua beranak itu. Mak Milah cuba meneliti raut itu, mata tuanya dikecilkan bagi mendapatkan kepastian. Wafiyya di belakangnya sudah membeliakkan mata. Masakan dia lupa, anak teruna ketua kampung yang menjadi gilaan gadis-gadis. Malah, dia juga tidak terlepas dari memasang angan-angan itu.

“ Astaghfirullah…Saifull!!! Besaq dah hang na!!! mana la nak kenai, hang pi pakai spek mata hitam. Segak hang na!!! hang kerja apa la ni? Eh, maila naek. Paneh la tgh2 hari ni.mai2!! Wafi, hang pi masuk dapuq, jeghang ayaq. Hidang apa yang patut. Mai kita naek Saiful.” Mak Milah bersungguh-sungguh mengajak anak muda itu. Wafiyya pula hanya tersenyum kecil menyambut kata-kata ibunya, lalu melangkah menaiki tangga rumah mereka.

“Eh, makcik2…tak payahlah..saya singgah kejap je ni..kebetulan nampak makcik dengan… siapa nama tadi??” Saiful cuba memancing perhatian Wafiyya. Nampaknya ada hati yang telah tersangkut.

“ Haaa. Ni anak makcik yang kedua. Wafiyya. Hang tak kenai kot. Dia ni pon baru habih blajaq kt Selatan nu.” Wafiyya hanya mendengar kata-kata ibunya, tidak berniat untuk menyampuk. Dia hanya mengangguk sedikit sebagai tanda perkenalan kepada Saiful sedangkan dia telah mengenali jejaka itu sejak di bangku sekolah lagi.

“ooh..patutla macam tak pernah nampak..mmmm.oklah makcik, saya beransur dulu ye. Mak dengan ayah mesti risau kat anak diorang ni yang tak sampai2 lagi ni,” Saiful ketawa kecil dan disambut oleh Mak Milah. Wafiyya pula sekadar tersenyum sopan.

“Takpalah kalau lagu tu. Ada masa nanti hang singgah lagi na! Satgi makcik masak sedap2!!hehehe.”

“In sya’ Allah…oklah makcik…Wafiyya…assalamualaikum..” Saiful menyalami tangan Mak Milah. Matanya kembali menyorot gadis manis itu. Kedua-duanya saling bertentang mata. Dalam hati ada taman lah jawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience