Bab 2: Jumpa lagi kita!

Romance Series 3220

Sebulatnya bumi. Sekecilnya lagi negeri di Utara. Ke mana pergi, pasti berjumpa. Takdir DIA, sekali lagi kami dipertemukan. Kali ini cukup berbeza. Di alam pekerjaan kami bersua muka.

Pada awalnya, kami tak bertegur sapa tapi sahabat 1 department berlainan divisionlah permula "segala". Ada satu hari ni, sahabat 1 department dengan aku tu, namanya Iqa, dialah tiba-tiba datang kepada aku dan bertanya, "Ellyssa, jom rehat sama-sama hari ni nak?" Aku pun balas, "Boleh tapi aku kena tanya member aku dulu. Kalau dia mau tukar waktu rehat, okeylah. Hang keluar makan dengan siapa lagi?" "Dengan hang dengan budak department bawah. Alaaa. Hang kenal juga dia. Syazrell, budak badminton sekolah kita dulu ni." Terdiam. "Okeylah, aku pergi tanya member sat. If boleh, satgi kita rehat sekali." Iqa senyum dan terus menyambung kerjanya.

Setelah berjaya menukar syif. Aku pun keluar dengan Iqa dan Syazrell. Itulah kali pertama kami sembang semeja dan mula kenal-kenal. Throwback cerita hal di sekolah, bertanya perkembangan semasa dia dan sebagainya. Sejak itu, kami mula mengatur masa rehat bersama sehinggalah satu tragedi berlaku.

Keluar dengan seseorang yang dilahirkan dengan rupa paras idaman wanita, berpenampilan elok, berhidung mancung dan sebagainya. Tersangatlah menguji. Ada sahaja yang tidak berpuas hati sampai satu tahap, dituduhnya aku cuba mencaras lelaki pujaan Malaya ni. Alahai. Lawak bila dikenang semula.Jauh akal dari perbuatan mahu bercinta dengan si mamat tu. Buat pening kepala nak hadap skandal-skandal dan peminat dia yang tak terhitung ramainya.

Dan dari situ, segalanya bermula.. Hye Mr BFF. Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience