Bab 1: Hye "awak"!

Romance Series 3220

Putar masa ke belakang. Mengira semula detik perjalanan bersahabat. Macam tak percaya, 11 tahun lebih dua figura berlainan jantina ini, berkawan dan bersahabat baik. Satu tempoh masa yang cukup lama untuk "pegang" utuh ikatan ukhwah terjalin. Syukur.

Dalam tempoh itu, dah beribu janji sudah terpatri. Walau sudah berkali masing-masing bertukar pasangan. Sungguh, ini benar-benar terjadi. Dan seingat minda menerbangkan balik ke zaman ke belakang, kali pertama bertentang mata, pada usia yang cukup muda. Naif, zaman jahiliah dan masih berkamera kodak.

Sejujurnya, walau "pernah" berjumpa berkali-kali, ingatan antara satu sama lain tak pernahnya ada. Sampailah masuk ke Tingkatan 3, di sekolah yang sama, di situlah "semuanya" bermula.

Sapaan pertama, di koridor sekolah. Dalam suasana yang janggal, berlaku tak sampai 5 saat, "Hye awak! Ellyssa kan? Anak Cikgu Nashrin?" Teguran dia kepada aku. Reaksi aku? Kau rasa? Okey, jangan bayangkan. Haha. For sure, yup, terkejut dan terpinga. Out of nowhere, selisih dan tiba-tiba ja tegur. Biar betik?

Aku balas ringkas, "Ya, saya. Kenapa?" Terus dia membalas, "Eh, tak ada apa-apa. Saja tanya. Okey, bye." Dan terus berlalu pergi macam itu saja. Manusia pelik dan itulah dia, Syazrell, seorang jaguh badminton di sekolah aku, suatu ketika dulu.

Selepas dari kejadian tu, kami tak lagi bertegur sapa dan tahun depannya dapat berita, dia pindah ke sekolah sebelah, jadi budak SM Teknik yang kini dah berubah menjadi Kolej Vokasional. Salam perkenalan yang tersangatlah rare.

************** B E R S A M B U N G ***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience