Rate

Prolog

Romance Series 3853

Pusara ibunya kelihatan usang sungguh kerana ketiadaan dirinya di Malaysia selama 5 tahun menyambung pelajarannya di Korea.

Nampak sangat maksunya itu, Dewi Kalsom tidak pernah datang menjenguk pusara ibunya ini. Benci sungguh maksunya itu pada ibunya yang sudah lama tiada.

"Ibu, Ari minta maaf sangat sebab dah lama tak datang tengok ibu kat sini. Pusara ibu pun dah usang. Tapi Ari janji lepas ni Ari akan datang jenguk pusara ibu selalu yer".

Ariana duduk berteleku di pusara ibunya itu sambil tangannya membersihkan lalang lalang yang dah semakin merimbun di tepi pusara ibunya itu.

Hati Ariana sedih mengenangkan arwah ibunya, Dewi Hairani yang dah 10 tahun pergi meninggalkannya ketika beliau baru berumur 15 tahun.

Segala kesedihan dan kepayahan ibunya itu untuk membesarkannya masih segar diingatannya. Ariana takkan pernah sesekali dapat melupakan kepayahan dan kesusahan ibunya itu untuk membesarkannya.

Ibunya sanggup berhempas pulas keluar siang dan malam mencari rezeki demi membesarkan beliau. Tanpa mengenal erti penat dan lelah, ibunya itu tetap berusaha untuk membesarkannya.

Walaupun tidak pernah mengeluh, tapi Ariana tahu yang ibunya penat dan menderita selama ini sehinggalah satu hari ibunya pitam dijalanan dan terus pergi meninggalkannya buat selama lamanya.

Doktor mengesahkan yang ibunya mempunyai jangkitan kuman di paru paru dan keadaannya ketika itu sudah kritikal dan tak dapat diselamatkan lagi.

Setelah kematian ibunya itu, selama 5 tahun juga Ariana hidup menumpang di rumah maksunya, yang sememangnya tidak suka akan kehadirannya itu.

Ariana hanya dijadikan kuli dan orang gaji oleh maksu dan keluarganya juga.

Beliau tetap terus bersabar dengan mereka demi menghabiskan pengajiannya sehingga ke tingkatan enam.

Apabila dia mendapat tawaran dan biasiswa untuk menyambung pelajarannya ke Korea, terus sahaja dia menerima tawaran itu kerana beliau sudah tidak sanggup lagi dikulikan oleh maksunya itu sendiri.

Maksunya pula apabila mengetahui tentang niatnya itu untuk menyambung pelajarannya ke Korea, terus dihalaunya Ariana keluar dari rumah.

"Budak tak mengenang jasa. Kau dan mak kau sama je kan, dah lah menyusahkan hidup aku lepastu senang senang je kau nak berambus dari sini".

"Apa kau ingat selama ni aku bagi kau makan semua tu free je ke. Bila agaknya kau nak bayar balik semua makan minum kau yang aku tanggung selama ni tu hah??" jerit maksunya kepada Ariana selepas terbaca surat tawaran sambung belajar Ariana itu.

Ariana tidak menjawab tapi beliau tetap yakin ini je caranya untuk beliau lepas dan bebas dari terus hidup menderita di situ.

Memori memori lama itu semua masih segar diingatannya dan tidak akan pernah sekalipun beliau buang dan padam kerana disebabkan merekalah beliau kembali bangkit untuk membalas setiap dari perbuatan mereka itu.

Ariana terus merenung pusara ibunya itu dengan hati yang penuh dendam.

Tengku Hisham!!!

Yes!!! Insan pertama yang beliau akan cari. Bagi Ariana, Tengku Hisham adalah orang yang paling bertanggungjawab atas segala penderitaan dan kesusahan yang beliau dan ibunya tanggung selama ini.

"Ari takkan maafkan dia ibu. Ari akan balas dendam untuk ibu. Ari janji satu hari nanti dia akn datang sini dan melutut untuk memohon keampunan bagi semua dosa dosa dia pada kita. Itu janji Ari pada ibu, Ibu jangan risau. Ari janji!!!".

Ariana tersenyum puas. Beliau mengesat air mata yang jatuh dan berjanji tidak akn pernah menangis dan meratapi kesedihannya itu lagi.

............

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience